YH MARKETING
771 subscribers
57 photos
15 videos
7 files
292 links
LECEH MAHU PROMOTE CHANNEL SENDIRI?? USAH RISAU!! KAMI BANTU ANDA PROMOTE CHANNEL ANDA KEPADA CHANNEL YANG ADA DALAM LIST KAMI! MURAH DAN BERBALOI!!

**T&C APPLY

YH Marketing (MA0229920-K)

PM @yhautoswap_bot atau paid review di @yhpaid_bot
Download Telegram
Manusia yang paling tidak bahagia dalam dunia adalah mereka yang sering menjadikan "pandangan" manusia terhadap dirinya mengatasi segala-galanya.
#Tahukahanda
@yhmarketing
Meletakkan gula sekitar luka, melecet atau terhiris akan mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan
#Tahukahanda
@yhmarketing
Kemampuan memberi tindak balas secara "spontan" terhadap perkataan berunsur "kecaman", "lawak" mahupun soalan tidak masuk akal menandakan kecergasan dan kesihatan minda seseorang
#Tahukahanda
Sekiranya anda merasa tidak selesa ketika berbual dengan memandang mata sesorang, pandanglah dia dengan melihat antara tengah hidung ketika berbual, mereka tidak akan perasan. Cubalah.
#Tahukahanda
Insan yang kuat sering tersenyum walaupun dalam keadaan sulit atau sempit. Senyuman terbukti mampu menjadi kekuatan dan sokongan emosi bagi diri insan. Teruskan tersenyum 😊
#Tahukahanda
​​Kebiasaannya anda tidak akan mengetahui "nilai" sesuatu situasi atau keadaan itu sehinggalah ia bertukar menjadi "memori" yang akan anda rasai seperti mahu agar situasi dan keadaan itu berulang semula. Hargailah 😊
#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Kajian daripada World Health Organization (WHO), setiap 40 saat akan ada orang yang mati kerana bunuh diri di serata dunia. Mudah-mudahan Allah pelihara iman dan amal kita supaya tidak terjerumus kepada kehinaan dunia dan akhirat. In shaa Allah, aamiin
#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Manusia yang tidak menjaga waktu tidurnya dan tidur sehingga melebihi 10 jam ke atas setiap hari beresiko tinggi untuk mendapat sakit jantung, tahap dua diabetis dan kemurungan teruk

#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Amalan memakan buah-buahan ketika perut kosong mampu mengelakkan tanda-tanda keguguran rambut, kebotakkan, dan garisan hitam bawah mata.

#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Kajian membuktikan bahawa dengan menulis segala perkara yang baik sejak 24 jam yang lalu secara harian selama dua minit mampu memberikan energi dan semangat positive dalam hidup anda. Tidak percaya? Cubalah☺️

#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Sekiranya anda mampu menjadikan sifat "amarah" sebagai satu kunci kepada motivasi mencapai sesuatu matlamat yang baik, sifat itu pasti menjadi sangat berguna dan mampu menghasilkan kekuatan dalaman yang positif.

#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Gagak hitam mempunyai daya ingatan yang kuat pada manusia yang pernah menggangu mereka dan boleh mengingati semua wajah pelaku tersebut. Adakalanya gagak boleh membuat satu tindakkan menyerang pelaku yang telah mengganggu atau melayan mereka dengan tidak wajar.

#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Nyamuk meludah pada bahagian anggota badan anda yang ingin dihinggapinya sebelum menyedut darah anda. Dan disebabkan itulah terdapat tanda merah atau rasa gatal di bahagian tersebut.

#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Sejarah roman kuno tidak mengukur masa dalam 60 minit sejam. Sejam diukur dengan 45 minit pada musim sejuk, 75 minit pada musim luruh.

#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Facebook berwarna biru kerana pengasasnya Mark Zuckerberg seorang yang buta color merah hujau dan disebabkan itulah warna biru yang sering dilihatnya.

#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Lebah secara umumnya mempunyai 21 lebah ratu dara yang saling berusaha untuk mengekalkan kekuasaannya hingga yang tinggal hanya seekor sahaja

#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Pada zaman mesir kuno, apabila ada seekor kucing yang mati, tuan kepunyaan kucing tersebut akan mencukur keningnya.

Berbeza pula dengan kematian anjing, tuan kepunyaan anjing tersebut akan mencukur keseluruhan bulu yang terdapat pada badan mereka.

#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Seekor kongkang atau sloth boleh berenang 3 kali ganda lebih laju berbanding pergerakannya di darat.

Dan boleh menahan nafas ketika berada dalam air sehingga 40 minit lamanya.

#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Labah-labah tidak boleh mengunyah atau menelan.

Apabila dia berjumpa makanannya seperti serangga, dia akan menyengatnya dengan racun yang dimiliki pada taringnya.

Racun tersebut akan menukarkan bendalir dalam badan serangga itu menjadi sejenis air dan kemudian labah-labah akan menyedut "air" dalam badan serangga tersebut.

#Tahukahanda
@yhmarketing
​​Seorang penderma darah akan kehilangan sekitar 650 kolestrol dengan mendermakan 1 pint darah.

1 pint darah tersebut mampu menyelamatkan sehingga 3 nyawa. Ayuh menderma darah ❤️

#Tahukahanda
@yhmarketing