YH MARKETING
739 subscribers
58 photos
18 videos
7 files
293 links
LECEH MAHU PROMOTE CHANNEL SENDIRI?? USAH RISAU!! KAMI BANTU ANDA PROMOTE CHANNEL ANDA KEPADA CHANNEL YANG ADA DALAM LIST KAMI! MURAH DAN BERBALOI!!

**T&C APPLY

YH Marketing (MA0229920-K)

PM @yhautoswap_bot atau paid review di @yhpaid_bot
Download Telegram
Forwarded from YH Testimoni
Forwarded from YH MARKETING
AUTOSWAP ATAU PAID REVIEW?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Admin nak share sikit tentang core biz yang admin jalankan dalam channel @yhmarketing.

Admin buat PROMOSI CHANNEL KE CHANNEL iaitu secara list dengan menggunakan bot.

so takdelah korang bersusah payah message satu channel ke channel lain untuk promote channel korang bagi tujuan naikkan subscribers channel korang tu.

LEBIH KURANG SWAP PROMOTE

Bagi channel baru buat, yang subscribers masih tidak banyak, admin sarankan guna alternatif OPEN SWAP supaya channel anda lebih cepat berkembang.

OPEN SWAP ni adalah cara promote secara manual. Anda perlu cari mana2 channel yang creatornya boleh izin promote channel anda dalam channel mereka.

Anda promote channel mereka dalam channel anda, mereka promote channel anda dalam channel mereka.

So anda kena contact beberapa creator dalam satu masa.

Ramai yang bertanya dengan admin kenapa admin tidak buat autoswap bagi channel yang bawah 500 subscribers?

Jawapannya ada channel yang bawah 500 subscribers ni tidak bertahan lama.

Ada tu tak sampai setahun da beku channel penuh dengan list iklan. 😂

Dari channel quote da jadi channel iklan 😅

So admin tak nak berlaku macamtu pada channel korang tu.

Jangan sampai tulisan PRECIOUS korang yang berharga tu ditutupi dengan iklan-iklan. 😘

So disebabkan itu admin tidak promote channel yang bawah 500.

Once korang da guna autoswap dari @yhmarketing, bot akan automatik akan send list tu sampailah bila2. So sebabtu autoswap ni hanya relaven dengan channel yang aktif sahaja ya. 😘

Dan dalam masa sama admin ada jalankan khidmat paid review juga.

Paid review ni pula sama je lebih kurang dengan autoswap. Dengan menggunakan list juga.

NAMUN APABILA TIBA GILIRAN CHANNEL ANDA, GAMBAR PROFIL CHANNEL ANDA AKAN TERPAMPANG DI HAMPIR KESEMUA LIST KAMI.

So dalam paid review ni admin akan promote channel anda berbeza sedikit dengan autoswap.

Dan yang paling penting, IKLAN TIDAK KELUAR DALAM CHANNEL ANDA 😘

Dan link channel anda akan berada dalam HAMPIR KESEMUA LIST KAMI

PROMOTE
690X sebulan if menggunakan full pakej kami. jika pakej biasa promote pun baru 300x jerr 😂

anda kena faham apa yang dimaksudkan dengan promote 690x sebulan. maksudnya hari-hari admin promote channel anda sehinggalah sampai next due date channel anda.

yelah cuba anda fikir, kalau admin promote jam 9 pagi contohnyakan. jam 9 malam kemudian, list yang admin promote tu dah berada nuuunnn jauh diatas, sebabnya admin channel tu mesti posting something dalam channel mereka dan tentunya ada iklan lain dalam channel tu. so kenalah scroll-scroll baru jumpa list tu.

so, bila admin rajin update list setiap hari, rajin promote channel anda setiap hari, takdelah list anda berada jauuuhh kat atas. tepat masanya terus keluar iklan setiap hari. so yang baru lihat channel akan nampaklah iklan admin tu dan join channel anda.

bila admin post je, akan keluar notification pada phone subscribers channel yang berkaitan. so dorg akan start servey ler iklan admin dan join channel anda.

itulah kelebihan paid review dari @yhmarketing

Kalau autoswap, link anda hanya ada dalam satu list sahaja dan iklan keluar dalam channel anda.

Biasanya yang join autoswap ni channel yang jenis quote je.

Sebab mereka aktif berchannel dan rajin delete list iklan kami bila sampai masa yang ditetapkan. 😘

Sebabtu kami sarankan channel quote join autoswap kami.

Cukup 500 subscribers ke atas je da boleh join 😘

Sekian pencerahan dari admin.

Admin doakan anda berjaya dalam apa jua yang anda usahakan. In shaa Allah, aamiin 😍🌹

Keep it up.

HUSTLE DEMI HASIL

PAKEJ LANJUT PAID REVIEW KAMI
👇
https://telegra.ph/CARA-CARA-PROMOSI-PAID-REVIEW-DARI-YH-MARKETING-01-12

PM UNTUK PERTANYAAN 👇

http://tttttt.me/yhquestion_bot

@yhmarketing
⚠️⚠️ SOALAN LAZIM (Q & A) ⚠️⚠️ :

1. APAKAH ITU YH MARKETING?
📝 Channel yang mempromosikan channel berkaitan Quote atau Business dan juga info-info semasa, kata-kata motivasi, pelaburan dan perniagaan

2. Apakah Core Business (Asas Utama) perniagaan YH MARKETING?
📝 Autoswap dan Paid Review

3. Apakah itu Autoswap?
📝 Autoswap merupakan promosi Channel ke Channel dengan menggunakan List yang merangkumi Channel Quote secara automatik bertujuan menaikkan subscribers channel dan dalam list tersebut terhad kepada beberapa channel bagi menjaga mutu dan kualiti promosi kami.

4. Siapakah yang boleh join Autoswap bersama YH MARKETING?
📝 Channel yang terdiri dari channel quote atau Business yang memiliki minima subscribers 500 dan ke atas

5. Apakah syarat tambahan bagi Channel Business untuk Join Autoswap bersama YH MARKETING?
📝 Channel perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

6. Saya memiliki channel business namun saya tidak berdaftar dengan SSM kerana saya hanya menjalankan business kecil-kecilan seperti dropship, dan jumlah subscribers saya tidak mencecah 500. Bolehkah saya menyertai Autoswap bersama YH MARKETING?
📝 Boleh join dengan syarat anda sertai Paid Review kami.

7. Apakah kelebihan lain Autoswap?
📝 Channel yang memiliki kelayakan yang dinyatakan boleh menyertai List iklan kami tanpa dikenakan sebarang bayaran (PERCUMA) dan tidak perlu bersusah payah untuk mempromosikan channel mereka dengan channel yang lain secara manual kerana apabila anda telah menyertai kami, maka kami akan mempromosikan channel anda secara automatik.

8. Apakah kelebihan lain Autoswap bersama YH MARKETING?
📝Channel anda akan diiklankan sebanyak dua (2) kali sehari setiap hari yang menjadikan keseluruhan promosi channel anda selama sebulan adalah sebanyak 60 kali sebulan dalam satu list sahaja dan iklan keluar dalam channel anda.

9. Apakah itu Paid Review Bersama YH MARKETING?
📝 Paid Review merupakan promosi channel ke channel sama seperti Autoswap namun iklan tersebut TIDAK KELUAR DALAM CHANNEL ANDA dan Link channel anda akan berada dalam beberapa list kami dan gambar channel anda akan terpapar di channel yang terpilih mengikut masa yang tertentu.

10. Apakah kelebihan Paid Review bersama YH MARKETING?
📝 Jika autoswap iklan hanya akan dipromosikan dalam channel yang merangkumi 10 channel dalam satu list, tetapi paid review anda boleh memilih pakej yang ada seperti link ini http://infopaid.yhmarketing.my. Ada Pakej yang kami promosi channel anda dalam 40 Channel, ada dalam 50 hingga 60 Channel ada tu dalam 90 hingga 100 Channel.

11. Apakah kelebihan lain Paid Review bersama YH MARKETING?
📝 Channel anda kami akan promote bergantung pada pakej yang anda pilih. Ada tu promote sebulan 300 kali, sebulan 390 kali, atau sebulan 690 kali. info lanjut dalam link ini http://infopaid.yhmarketing.my

12. Bolehkah saya paid review untuk seminggu sahaja?
📝 Tidak boleh, buat masa ini kami hanya ada pakej untuk sebulan sahaja.

13. Bagaimanakah sekiranya saya sertai Paid Review Bersama YH MARKETING namun subscribers saya malah turun dan tidak meningkat langsung?
📝 kami akan pulangkan 50% wang paid review anda atau keduanya anda boleh sertai paid review kami untuk bulan akan datang dengan bayaran hanya 50% daripada Pakej yang anda pilih.

14. Apakah kriteria yang perlu ada untuk saya dapatkan pemulangan wang paid review 50% itu?
Tidak berlaku Fraud dalam channel anda seperti anda sebelum itu ada membeli servis telegram yang bayar sikit dapat subscribers beribu-riban itu.
View channel munasabah

15. Bilakah tempoh masa paid review itu?
📝 30 Hari atau paling kurang 29 hari sebulan.

sekian info dan pertanyaan yang sering diutarakan kepada kami. semoga perniagaan anda lebih berjaya dan maju bersama YH MARKETING. Kami tidak sabar menunggu anda untuk menyertai kami. Semoga Berjumpa Lagi. Jazakallahu Khayran. ☺️😘

@yhmarketing

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
YH MARKETING pinned «⚠️⚠️ SOALAN LAZIM (Q & A) ⚠️⚠️ : 1. APAKAH ITU YH MARKETING? 📝 Channel yang mempromosikan channel berkaitan Quote atau Business dan juga info-info semasa, kata-kata motivasi, pelaburan dan perniagaan 2. Apakah Core Business (Asas Utama) perniagaan YH MARKETING?…»
YH MARKETING
Apakah yang anda mahu dari YH MARKETING?
Ramai yang nak tahu tentang forex, saya akan compile semua info berkaitan forex, dri anda tidak tahu cara mahu trade, sampailah boleh trade sendiri. Tak susah pun nak trade dan buat wang dalam USD. Tak perlu sampai kena kerja kat luar negara pun kalau nak dapat USD, dok dalam negara sendiri, trade dan earn USD 😊👍
YH MARKETING
Apakah yang anda mahu dari YH MARKETING?
Untuk info yang lain2 dalam poll ni pun saya akan share berperingkat, semoga bermanfaat. Rasanya ramai jugak yang terkesan dengan PKP/MCO ni. Semoga dipermudahkan segala urusan. In shaa Allah, aamiin 😁
BETUL KE MORATORIUM BANK NI KENA INTEREST RATE? TAK TAHU CARA NAK KIRA? INI SOLUSINYA

BACA LANJUT DI LINK INI DAN TEKAN RETWEET ATAU LIKED SERTA BUTTON FOLLOW UNTUK INFO LANJUT YA.

https://twitter.com/yhmarketing12/status/1256234788442210311?s=19
APA ITU KADAR TERAPUNG (FLOATING RATE)? APA BEZA PINJAMAN DAN PEMBIAYAAN?

SEMUANYA TERJAWAB DI SINI. BACA LANJUT DI LINK INI DAN TEKAN RETWEET ATAU LIKED SERTA BUTTON FOLLOW UNTUK INFO LANJUT YA.

https://twitter.com/yhmarketing12/status/1256408109343371264?s=20
KELEBIHAN MENDAFTARKAN PERNIAGAAN DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Ingat tak masa awal2 lagi penubuhan YH Marketing, admin amat2 menekankan perniagaan agar mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM?

Hinggakan untuk promote channel yang berkaitan biz pun admin letak syarat mesti ada SSM?

Kalau tak cukup syarat baru kna paid review dan boleh join.

Pada 1hb yg lepas, kerajaan telah mengumumkan bantuan untuk Pengusaha Kecil Sederhana (PKS), sesiapa yang ada mendaftarkan perniagaan mereka sblm disember 2019, layak untuk mohon. Kalau mohon selepas tu tak layak mohon. Kerajaan bagi bantuan sehingga rm3000 one-off.

Untung pada mereka yang mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM.

Selain dari bantuan kerajaan (option kedua), perkara yg penting untuk mendaftarkan perniagaan dengan SSM adalah kerana untuk buat bank account

Semua transaksi bayaran boleh melalui bank account tersebut. Cuba fikir, jika client bayar dlm acc personal ke atau account syarikat yang lebih dipercayai? 😊

Selain dari itu, tujuan SSM adalah untuk daftar barcode.

Bagi yg berniaga runcit macam kerepek ke cookies ke, kalau nak pasarkan produk mereka kat kedai2, pasaraya mesti ada barcode. Untuk register barcode ni perlu ada SSM.

Kemudian tujuan SSM ni adalah untuk buat website.

Bila anda berniaga, ada website lagi mudah untuk anda pasarkan perniagaan anda. Ada website biasa, ada website e-commerce.

Itulah info sedikit sebanyak kenapa perlu ada SSM.

Akan datang admin akan share lagi info2 yg admin dah bg ni lebih detail ya 😊👍

All the best. Selamat maju jaya. Jazakallahu khayran

@yhmarketing
bantuan kerajaan bagi peniaga dan penjaja kecil. tekan link untuk pendaftaran https://gkp.hasil.gov.my/
PERNIAGAAN MERUPAKAN SATU JALAN YANG PANJANG TIADA PENGHUJUNG

Jika kita mahu berniaga, pastikan kita berniaga dengan bersungguh-sungguh. berniaga dengan jalan yang betul. kita mesti ada satu angan-angan yang besar barulah kita boleh berjaya.

Mulakan perniagaan anda dengan mendaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tak mahal pun, setahun baru RM60-RM90. terus buat untuk 3 tahun.

Dapat je SSM terus pergi Bank Rakyat, buka Akaun syarikat, hanya perlu modal RM1000 sahaja untuk buka akaun bank syarikat. dalam masa seminggu terus lulus. tak perlu ada premis perniagaan pun. alamat hanya daftar alamat rumah pun boleh.

Jika nak buka akaun bank di bank lain pun boleh cuma pada pendapat saya, bank rakyat lagi mudah urusannya. berbanding bank lain. bank lain ada tu kena ada premislah, introducer lah, kena berniaga setahun ke atas lah. macam-macam. tapi bank rakyat, asal ada SSM sahaja sudah boleh buka akaun bank.

kenapa perlunya SSM dan Akaun bank ni. Yang ni merupakan perkara basic atau asas untuk sesuatu perniagaan. anda tidak tahu, dalam masa berniaga, sedar atau tidak, perniagaan anda telah pun berkembang dan melebihi setahun ke atas. bahkan lebih.

Macam admin dulu, atas kesedaran inilah admin segera daftarkan perniagaan admin dengan SSM dan buka akaun bank. sedar tidak sedar, YH MARKETING sudah menjangkau hampir 3 Tahun penubuhannya!

admin pun tidak jangka boleh bertahan sebegini lama, semuanya rezeki yang Allah tetapkan. bila admin lihat SSM, Bank Statement syarikat, admin lagi bersemangat untuk berniaga.

setiap tahun admin akan nilai akaun bank syarikat admin, adakah tahun semasa lebih baik dari tahun lepas? jika tidak, something must improve.

kita tanamkan azam dan tekad untuk lebih maju ke hadapan lagi.

Jika anda sekarang buat dropship, anda cuba "upgrade" perniagaan anda kepada stokis, simpan stok banyak2 dan jual pada harga market.

jika anda sudah jadi stokis, cuba usaha untuk anda ada produk sendiri, brandingkan produk sendiri dan jual semula pada market. dengan cara ini perniagaan anda boleh bertambah maju dan maju lagi.

banyak sebenarnya yang boleh kita buat dengan SSM, antaranya kita boleh buat website sendiri atas nama perniagaan kita.

admin dalam proses sedang belajar cara buat website admin sendiri. rupanya banyak juga step-step yang perlu dibuat. tapi admin tidak putus asa dan terus usaha buat.

bila sudah ada website sendiri, automatik anda akan ada email sendiri. contoh sekarang ni, rata-rata perniagaan kecil-kecilan mesti guna google sebagai email, tak pun yahoo. cuba bayangkan jika anda ada email anda sendiri.

jika dulunya [email protected], selepas ada website dan email sendiri, anda sudah boleh guna [email protected] kan lebih nampak dipercayai dan lebih orang bertambah yakin dengan perniagaan kita.

itulah contoh yang admin boleh beri sebagai inspirasi anda untuk lebih berjaya. admin suka berkongsi info-info perniagaan pada semua tak kira admin kenal atau tak. bukan bererti admin ini bagus atau terbaik, tapi bila admin berkongsi, rupa-rupanya Allah bagi ilmu yang lebih diluar jangkaan admin. Alhamdulillah. jadi anda juga perlu berkongsi apa yang baik untuk semua orang di luar sana. jika yang kenal admin dari dekat, mereka tentu tahu dan kenal admin jenis yang tidak lokek ilmu perniagaan. moga dengan kebaikkan anda, dunia menjadi lebih baik lagi pada masa hadapan.

sekian perkongsian admin. jazakallahu khayran. in shaa Allah, aamiin 😘🌹

@yhmarketing
USAH KHUATIR UNTUK BERANGAN-ANGAN BESAR

Orang melayu kita biasa dengan pepatah "secupak tidak akan menjadi segantang" dan biasa dengan kehidupan seperti "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".

Sebenarnya ini semua tentang "mind set" diri kita sendiri.

Kenapa perlu risau dan khuatir untuk menyimpan angan-angan yang besar?

Kenapa perlu rasa lemah saat dugaan dan ujian tiba?

Kenapa perlu dengar dan terima bulat-bulat semua kritikan negatif terhadap diri kita?

Semuanya bergantung kepada "Niat atau nawaitu" diri kita sendiri.

Adakah kita mahu berjaya dan kaya sebab nak membuktikan sesuatu pada orang lain?

Adakah kita mahu berjaya dan kaya sebab kita mahu menjadi lebih baik dari orang lain?

Adakah kita mahu berjaya dan kaya sebab kita tidak mahu hidup susah?

Semua bergantung pada "Niat dan nawaitu" diri kita.

Bagi admin, berjaya dan kaya merupakan suatu pilihan. Kita boleh berjaya dan kaya bila-bila masa pun yang kita mahu.

Antara kita "Bersedia atau sebaliknya"?

Masyarakat melayu dahulu mereka ada satu budaya yang orang sekarang mungkin sudah tidak tahu atau lupa.

Mereka apabila berjaya dan kaya, mereka pasti akan "kerap" buat kenduri kendara

Buat majlis di sana sini, memanggil seisi kampung untuk berkongsi sama kejayaan dan kebahagiaan yang dirasai oleh mereka

Tujuannya hanya satu. Ingin turut bersama orang lain bahagia dan gembira. "Kebahagiaan dikongsi bersama"

Itulah konsep masyarakat melayu dahulu. Penuh dengan adab sopan dan tatasusila.

Tidak menunjuk-nunjuk kekayaan dan perhiasan, tidak berlebih-lebihan ketika makan dan santapan.

""Mereka terlihat miskin di mata tetapi kaya dijiwa"

"Hakikatnya merekalah orang yang paling kaya di kampung mereka"

Itulah konsep berjaya dan kaya masyarakat melayu dahulu yang kita boleh sama-sama mengambil iktibar.

Jadi tepuk dada tanya iman

Anda mahu berjaya dan kaya yang bagaimana?

Bak kata imam as-syafie "ketenangan hati terletak pada kurangnya kepentingan, kesenangan perut terletak dari kurangnya makan"

Sekian perkongsian admin berkaitan hakikat kejayaan. Semoga menjadi inspirasi buat anda semua.

Jazakallahu khayran. Semoga Allah memberkahi anda semua dengan seribu satu kebaikkan dan darjat yang tinggi dan mulia. In shaa Allah, aamiin 😘🌹

@yhmarketing
KEBAHAGIAAN YANG DIIDAMKAN NAMUN PAHIT YANG DITERIMA

Manusia itu memang asal fitrahnya sukakan kebaikkan, sukakan orang buat baik kepadanya dan suka untuk menyebarkan kebaikkan.

Namun dalam memberikan kebaikkan, tak semua yang diterimanya berupa yang baik-baik belaka.

Ada masa Allah uji kita dengan derita, ada masa Allah uji kita dengan sengsara.

Kerana apa? Kerana kita lupa, bahawa Allah lebih sukakan kebaikkan melebihi apa yang kita suka.

Allah tahu apa yang kita perlu dan apa yang terbaik buat diri kita

Inilah dasarnya ujian yang diberikan buat kita bertimpa-timpa, tidak putus-putus dari satu ke satu ujian.

Namun dalam ujian, Allah telah berjanji bahkan mengulangi janjinya sekali lagi.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا - 94:5

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا - 94:6

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Ash-Sharh 94:5-6

Justeru itu, percaya dan yakinlah bahawa setiap ujian yang Allah beri hanya untuk menguatkan hati kamu, agar mampu menempuh dugaan dan cabaran yang mendatang.

Allah tidak menguji hamba-hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan dirinya itu sendiri.

Bersangka baiklah dengan Allah.

Sabar dan solat

Itulah kunci kebahagiaan yang hakiki

@yhmarketing
​​YH MARKETING TERUS MAJU KE HADAPAN

Alhamdulillah, harini dengan rasminya domain untuk yhmarketing.my telah pun didaftarkan.

Admin sedang dalam usaha membuat website rasmi YH Marketing, semoga dengan adanya website ini, YH Marketing bertambah maju dan lebih berjaya pada masa hadapan. In shaa Allah, aamiin.

Terima kasih atas sokongan anda! 😘🌹

www.yhmarketing.my

@yhmarketing
WEBSITE YH MARKETING DENGAN RASMINYA DILANCARKAN!

Alhamdulillah, website yhmarketing.my telahpun dilancarkan.

Admin buat simple je, buat sendiri. Dan alhamdulillah menjadi. Cuma ada sikit2 nak touchup. Buat masa ni, semua channel yang autoswap dan paid review dengan @yhmarketing admin akan Upkan dalam website.

Kita tgk macam mana prestasi nanti. Hopefully membantu channel2 anda untuk grow.

Teruskan bersama kami, kami akan berusaha yang terbaik untuk anda.

Terima kasih atas sokongan anda.

www.yhmarketing.my

@yhmarketing
RISAU SUDAH KELUAR WANG PROMOTE CHANNEL UNTUK NAIKKAN SUBSCRIBERS TETAPI SUBSCRIBERS TIDAK NAIK

Keadaan ini kadang-kadang berlaku kepada channel yang admin promote. dalam 10 channel yang admin promote kebiasaannya akan ada dalam 1 ke 2 channel yang mempunyai masalah seperti ini.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku dan faktor utama adalah channel tersebut pernah "membeli subscribers dengan pakej servis telegram"

Baca Lanjut di Sini : http://yhmarketing.my/blog/risau-sudah-keluar-wang-promote-channel-untuk-naikkan-subscribers-tetapi-subscribers-tidak-naik.html
Wow! banyak je benda menarik boleh beli di sini, terutama item nombor 6 tu, rugi tak grab, diskaun hebat tuuu!!

baca lanjut di sini : http://paid.yhmarketing.my