YH MARKETING
777 subscribers
57 photos
15 videos
7 files
292 links
LECEH MAHU PROMOTE CHANNEL SENDIRI?? USAH RISAU!! KAMI BANTU ANDA PROMOTE CHANNEL ANDA KEPADA CHANNEL YANG ADA DALAM LIST KAMI! MURAH DAN BERBALOI!!

**T&C APPLY

YH Marketing (MA0229920-K)

PM @yhautoswap_bot atau paid review di @yhpaid_bot
Download Telegram
SETIAP INSAN DILAHIRKAN DENGAN KEUPAYAAN YANG BERBEZA NAMUN SALING MELENGKAPKAN ANTARA SATU SAMA LAIN

Mungkin kita lihat orang yang buta itu tidak mampu melihat, atau orang yang tuli itu tidak mampu mendengar, atau orang yang tidak ada tangan itu tidak mampu menulis ataupun orang yang tidak ada kaki itu tidak mampu berjalan.

Namun kita sering terlepas pandang bahawa adapun dalam kalangan kita, yang celik matanya, yang jelas pendengarannya, yang sempurna kejadiannya namun serba kekurangan, dan serba tidak berkeupayaan disebabkan ape?

Sifat malas

Yang sebenarnya bukan mata itu yang tidak dapat melihat tetapi hati itu yang buta tidak mampu melihat hakikat bahawa kesempurnaan itu datang dari jiwa yang tenang, jiwa yang ikhlas, jiwa yang tidak dipenjarakan oleh sifat malas itu sendiri.

Jika manusia itu ditimpa dengan penyakit malas, alangkah malangnya dan deritanya ia.

Alangkah kasihannya dirinya jika orang disekeliling telah berusaha membantu dirinya untuk keluar dari "dunia kemalasannya" namun semakin dicuba semakin tidak berjaya.

Disebabkan itulah Allah berfirman bahawa Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasib diri mereka sendiri.

Bangkit dari sifat kemalasan kepada sebuah semangat yang jitu dan terus usaha untuk mencapai apa jua matlamat yang diidamkan.

Tanamkan azam untuk berjaya dan tidak salah untuk pasang angan-angan besar asalkan ada usaha di dalam setiap angan-angan itu.

Mudah-mudahan kamu berjaya

Jazakallahu khayran!
🥰

www.yhmarketing.my
APAKAH ITU AUTOSWAP DAN BAGAIMANA CARANYA BERFUNGSI

Kerap kali juga admin sering disoal tentang perkara ni dan kalini admin mahu buat satu posting untuk menceritakan lebih detail berkenaan autoswap dan secara tidak langsung anda akan tahu core business yang admin jalankan di YH MARKETING. ☺️

Bagi mereka yang baru buat channel dan tidak ada subscribers langsung, tentu anda akan tertanya-tanya bagaimana caranya untuk anda menarik lebih ramai subscribers atau follower untuk join channel anda bukan? 🤔

Antara cara yang boleh anda lakukan adalah secara manual atau secara automatik.

jika anda boleh melakukan secara manual mudah sahaja. anda perlu join mana-mana channel yang anda berminat, hubungi creator channel itu dan katakan kepadanya anda mahu openswap.

openswap adalah anda promote link channel mereka dalam channel anda dan mereka akan promote semula link channel anda dalam channel mereka.

mungkin dengan beberapa caption atau huraian tentang channel anda disertai dengan link channel anda. apabila anda promote link channel mereka dan mereka promote semula link channel anda inilah yang dinamakan SWAP iaitu pertukaran.

OPENSWAP bermaksud bertukaran terbuka iaitu ada satu waktu khusus untuk channel-channel yang buat openswap. ada ketikanya pada setiap hari jumaat, ada ketikanya hari lain.

OPENSWAP ni agak leceh juga sebabnya anda perlu menghubungi creator channel yang banyak barulah ada yang setuju dan ada yang tidak.

Antara solution lain adalah buat secara automatik iaitu anda perlu membayar sesuatu channel yang membuat SWAP ini dan ini secara tidak langsung dinamakan AUTOSWAP.

AUTOSWAP pula menggunakan robot untuk menjalankan fungsinya. ada creator channel yang membuat AUTOSWAP secara percuma dan ada yang berbayar.

kebiasaanya yang berbayar adalah untuk channel-channel yang zero (0) subscribers.

dan kebiasannya yang percuma pula adalah untuk channel-channel yang dikenakan syarat-syarat tertentu.

dan bagi admin pula admin tetapkan syarat perlu ada sekurang-kurangnya 500 subscribers baru boleh join AUTOSWAP dengan admin.

kenapa 500 subscribers? kerana hanya mereka yang berjaya mencapai 500 subscribers sahaja yang akan menjadikan channel mereka aktif dan bukan separuh jalan.

syarat lain pula adalah channel mereka hanyalah channel yang jenis QUOTE, boleh iklan dalam channel mereka dan jika channel BUSINESS pula WAJIB berdaftar dengan SSM.

jika anda memenuhi syarat-syarat yang admin tetapkan ini maka barulah anda boleh join autoswap bersama
@yhmarketing.

NAMUN, jika anda channel business yang tidak ada SSM ataupun baru nak mula buat channel, takde subscribers langsung, usah risau, anda tetap boleh join autoswap channel dengan admin cumanya admin beri kelebihan tambahan yang admin namakan sebagai PAID REVIEW.

PAID REVIEW ini berbeza dengan AUTOSWAP. AUTOSWAP promote 2 kali sehari, sebulan dalam 60 kali tetapi paid review pula mengikut pakej, ada tu sehari 10 kali, sebulan 300 kali, sehari 23 kali sebulan 690 kali promote. berbeza dan bergantung dengan pakej yang anda pilih.

untuk melihat pakej yang kami ada, anda boleh click link berikut :
infopaid.yhmarketing.my

dan yang paling penting, iklan PAID REVIEW admin tidak masuk dalam channel anda. berbeza dengan AUTOSWAP, iklan masuk dalam channel anda.

bagi mereka yang mahukan AUTOSWAP PERCUMA, asalkan cukup 500 subscribers je sudah boleh join dan channel business pula wajib ada SSM

jika channel business ada SSM tetapi taknak iklan masuk dalam channel mereka boleh pilih pakej PAID REVIEW admin.


untuk info lanjut boleh click link berikut untuk sebarang pertanyaan : http://tttttt.me/yhpaid_bot

sekian dari admin. semoga berjumpa pada masa hadapan. dan selamat maju jaya. jazakallahu khayran! ☺️❤️

www.yhmarketing.my
PERNIAGAAN DI TELEGRAM AMAT BERKESAN BERBANDING PLATFORM MEDIA SOSIAL YANG LAIN

...Sorang rakan saya bertanya kepada saya, bagaimana mahu mulakan perniagaan di media sosial, ape platform yang terbaik?

Ada yang kata facebook, ada yang kata Instagram, ada yang kata twitter, ada yang kata whatsapp, telegram, jadi mana yang terbaik.

Saya pun kata pada dia, apa media sosial pun bagus untuk mulakan perniagaan tetapi yang paling baik adalah telegram. Sebabnya..

Baca Lanjut di Sini : https://yhmarketing.my/2020/09/25/perniagaan-di-telegram-amat-berkesan-berbanding-platform-media-sosial-yang-lain/
Forwarded from سني جاوي
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
حياتي ذكير اسماال حسنى 99 نام الله
📲☢️WEBSITE UPDATED ☢️💻

Admin dah update website rasmi YH Marketing.

Boleh jemput singgah ya. click link dibawah 👇

infopaid.yhmarketing.my

admin update harga promote mengikut bulan, lagi lama promote dengan @yhmarketing, lagi banyak diskaun yang kami beri! Mengikut Pakej yang anda pilih.

bagi channel yang baru dan promote dengan kami tetapi kenaikkan subscribers tidak banyak iaitu bawah 10 subscribers sebulan, jika anda mahu sambung promote next month, admin akan bagi DISKAUN mengikut pakej yang anda pilih.

Yang penting, pastikan channel anda tidak melanggan SERVIS TELEGRAM yang palsu iaitu membeli subscriber dengan harga murah dan tup tup je channel meningkat mendadak beribu riban sebulan. yang tu tak boleh terima DISKAUN admin ya. ☺️

terima kasih atas sokongan anda. semoga berjumpa pada masa hadapan!

Sebarang pertanyaan boleh tekan link dibawah 🔻

support.yhmarketing.my/paid_review

support.yhmarketing.my/autoswap

@yhmarketing
Forwarded from TICKMILL (Malaysia) Info
TICKMILL TRADE CONTEST 2020


🎁 JOM KITA SAMA2 JOIN CONTEST dengan minimum deposit serendah 250usd sahaja

📌 8 orang teratas yang berjaya mengumpul jumlah profit(percentage) yang tertinggi dengan modal yg telah ditetapkan, layak memenangi 👇🏻👇🏻

1st prize - 1500 USD
2nd prize - 1000 USD
3rd prize - 500 USD
4th to 8th - 200 USD

Kedudukan terkini para peserta akan di update website Tickmill

Pertandingan bermula 12 October 2020 & Berakhir 30 November 2020.

Hadiah akan dikreditkan terus ke akaun MT4.

Penyertaan tertaluk pada terma & syarat.

JOIN SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!! BAGI SESIAPA NAK JOIN TU SILA REGISTER DI WEBSITE BAWAH NI DAN PERLU BUKA SATU LAGI MT4 ACCOUNT YANG BARU UNDER IB CODE IB16458703 😊

https://www.tickmill.com/ms/lp/world-of-champions 👈👈


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan sebarang bantuan, sila pm sy di TELEGRAM di ID @Quifx
BAGAIMANA MAHU BERNIAGA DI TELEGRAM

Sebut je perniagaan ni, bukan berniaga je terus dah kaya raya, tetapi memerlukan masa yang panjang untuk buildup perniagaan tu.

Ada yang berjaya, dan ada yang gagal. Banyak medium perniagaan yang telah dicuba tetapi tidak ada suatu pun yang serasi/sesuai.

Di sini admin ingin berkongsi pengalaman admin sendiri yang telah berniaga hampir 3 tahun dengan hanya menggunakan platform telegram sahaja.

Pelikkan? Ya tetapi itulah kenyataannya. Telegram berbeza berbanding platform media sosial yang lain.

Sebab ape? Sebab telegram ada satu tools yang kita boleh guna untuk promote perniagaan kita tanpa diganggu oleh "iklan luar".

Apa namanya? Itulah "channel".

Channel berbeza dengan group. Contoh yang macam sekarang ni, inilah channel YH Marketing. Anda hanya boleh baca sahaja, tidak boleh comment atau tidak boleh message ape dalam channel ni.

Tetapi jika admin letak ruang komen maka barulah anda boleh comment dan message.

Inilah kelebihan channel berbanding media sosial yang lain. Ditambah lagi dengan satu kelebihan lain yang tidak ada dalam media sosial lain iaitu dinamakan sebagai "schedule message"

Apa itu "schedule message"? Dalam bahasa melayu disebut sebagai message berjadual.

Kadang anda tidak ada masa untuk message atau untuk urus channel anda, tapi ada ketikanya idea anda mencurah-curah tidak henti2. Ada je nak message dalam channel kadang berderet-deret message yang masuk dalam channel anda hasil idea anda itu.

Tetapi itu semua boleh dikawal dengan adanya message berjadual ini. Anda boleh "hadkan" jumlah message anda supaya "dihantar" pada masa lain.

Tujuannya? Simple. Untuk menjadikan channel anda kekal aktif dan orang yang join channel anda sudah pastinya mahu melihat channel yang aktif.

Tetapi itu semua tidak cukup tanpa promosi atau iklan luar.

Jika channel anda aktif posting, tapi anda sendiri tidak promote channel anda kepada channel lain, bagaimana orang mahu kenal channel anda itu wujud?

Itulah pentingnya openswap, autoswap dan paid review dalam telegram ni.

Openswap ni bermaksud anda cari mana2 channel, hubungi creator/admin channel dia. Kata pd dia anda mahu promote channel anda dalam channel dia. Jika dia bersetuju, anda kenalah promote semula channel dia dalam channel anda. Inilah dinamakan sebagai "openswap"

Yang lecehnya adalah anda kena cari banyak channel untuk openswap then barulah subscribers anda meningkat, solution yang lain adalah "autoswap"

Autoswap ni pulak ada syaratnya, seperti
@yhmarketing, syarat untuk join autoswap ni adalah subscribers wajib 500, dan jika channel business wajib ada SSM.

Jika cukup syarat maka barulah anda tidak perlu susah payah untuk cari channel, biar admin je uruskan dan ini dilakukan dengan PERCUMA sahaja. Yang penting perlu benarkan admin iklankan business admin dalam channel anda. 😊

Kot-kot anda kata, lecehlah ada iklan berderet2 masuk dalam channel. Mengganggu channel anda. Anda boleh mencuba "Paid review" kami.

"Paid Review" pula adalah iklan yang tidak masuk dalam channel anda tetapi subscribers akan sentiasa meningkat atau channel anda akan sentiasa aktif ada orang keluar masuk dalam channel anda.

Apa yang admin lihat, jika subscribers kurang meningkat, tetapi orang aktif keluar masuk dalam channel anda, ini menunjukkan bahawa channel anda sudah mula "orang kenal" dalam market business online ni.

Inilah yang memerlukan masa dan kesabaran. Cuba tiga bulan atleast untuk anda lihat berhasil atau tidak paid review itu then barulah boleh decide nak teruskan atau tak. Bukan cuba sebulan, takde sales terus stop gitu. Tetapi perlukan masa untuk buildup channel anda.


Untuk info penuh paid review, anda boleh click link berikut : infopaid.yhmarketing.my

Atau boleh hubungi kami @yhpaid_bot untuk pertanyaan lanjut.

Semoga berjumpa lagi, jazakallahu khayran❤️

@yhmarketing
KENAPA CHANNEL BUSINESS PERLU ELAKKAN IKLAN LUAR DARI MASUK KE DALAM CHANNEL MEREKA?

Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak sedar atau mungkin tidak tahu bahawa jika ada iklan luar yang masuk dalam channel anda bererti anda telah "membuka ruang" kepada subscribers anda untuk membuat "pilihan lain".

Ya, itulah kenyataannya. Bukan tidak boleh iklan luar masuk dalam channel anda tetapi anda perlu menilai list iklan yang masuk dalam channel anda itu.

Contoh kata dalam satu list tu ada 40 link channel, satu link perlu ada lebih dari 500 subscribers barulah dalam 40 link itu ada dalam 20,000 subscribers keseluruhannya. Dan list itu akan menjadi list yang berkualiti.

Anda hanya perlu click link di list itu dan campurkan keseluruhannya baru anda tahu samaada berbaloi atau tidak memiliki iklan yang masuk dalam channel anda.

Jika tidak berbaloi bererti subscribers anda telah "diberi pilihan" untuk memilih channel lain berbanding channel anda.

Yelah jika dalam channel anda jual baju mahal, tapi channel "orang lain" jual baju murah pulak berbanding anda walhal baju sama design sama brand sama color. Itu yang menjadi masalahnya.

Untuk mengelakkan iklan luar masuk dalam channel anda khususnya channel business, anda bolehlah mengambil iklan paid review kami
@yhmarketing.

Ikut pakej yang anda ambil, kami akan promote channel anda setiap hari tanpa ada sebarang iklan yang keluar dalam channel anda tetapi dalam masa sama subscribers channel anda meningkat.

Jika subscribers channel anda meningkat tidak banyak, usah risau, yelah time ni pun time PKPP, ada negeri kna PKPB jadi dari segi "pengunjung telegram" ni akan berkurang sedikit. Sebabnya mereka jimat cermat.

Semua itu tidak ada masalah, yang penting anda sudah paid review channel anda dan channel anda orang telah kenal. Lama kelamaan channel anda pasti akan naik mendadak. Yang penting wujudkan "networking" anda terlebih dahulu.

Bila orang dah tahu "kewujudan" business anda dalam telegram, barulah sales anda akan meningkat.

Dari sudut subscribers, jika subscribers kurang, orang yang keluar masuk channel anda tinggi boleh dikatakan setiap hari akan ada orang yang keluar masuk dalam channel anda. Itu merupakan petanda baik berbanding sehari pun susah nak lihat orang keluar masuk dlm Channel anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut pakej yang kami @yhmarketing tawarkan, boleh click link ni infopaid.yhmarketing.my untuk info lanjut.

Sebarang pertanyaan boleh click link ini @yhpaid_bot

Terima kasih dan semoga berjumpa lagi ❤️

@yhmarketing
MEMILIKI PERNIAGAAN TANPA PERLU BERNIAGA

Macam pelik jekan? Macam mana orang boleh ada perniagaan tetapi dia sendiri tidak berniaga? Bagaimana nak untung pulak?

Itu semua tidak mustahil jika anda tahu tentang pelaburan saham dalam stock market atau bursa malaysia.

Apabila anda beli sesuatu saham itu bererti anda telah menjadi sebahagian dari perniagaan itu sendiri.

Jika anda simpan share anda itu dalam masa setahun, anda akan "dijemput" oleh owner business itu untuk menghadiri meeting tahunan mereka.

Anda boleh mengundi, boleh menghadiri, boleh memberi pendapat atau apa jua pun semasa meeting itu tetapi sebarang keputusan itu amat bergantung kepada jumlah share yang anda miliki.

Jika anda memiliki 50% share syarikat itu maka anda memiliki keupayaan dan pegangan yang kukuh terhadap perniagaan itu sendiri.

Mungkin ada orang beranggapan bahawa hanya orang kaya sahaja yang melabur dalam bursa malaysia ni. Jika anda mempunyai anggapan begitu, maka anda silap.

Perlu diingatkan bahawa sebut sahaja tentang pelaburan maka ia memerlukan komitmen jangka panjang.

Anda perlu tahu resiko sesuatu perniagaan dan pelaburan itu sendiri. Anda perlu jelas tentang "nature of business" itu dan sebagainya.

Jika anda beli saham kemudian jual iaitu anda "pegang" share itu sementara sahaja maka jika saham itu naik maka anda akan mendapat keuntungan namun jika saham itu turun maka anda akan mengalami kerugian.

Namun jika anda beli share itu dan pegang untuk tempoh jangka masa yang lama anda akan diberikan "dividen" oleh syarikat tersebut.

Namun perlu diingatkan bahawa tidak kesemua share yang ada dalam bursa malaysia itu ade memberi dividen dan disebabkan itulah anda perlu memiliki pengetahuan sebelum melibatkan diri dalam dunia pelaburan.

Pos malaysia, tenaga nasional berhad, syarikat air, petronas, petron atau apa sahaja perniagaan pun anda boleh miliki share tersebut dengan cara anda berjual beli share dalam bursa Malaysia.

Itulah sedikit sebanyak berkenaan pelaburan dalam stock market.

Semoga dengan info ini membuka minda anda dalam pelaburan stock market.

Semoga berjumpa lagi. Jazakallahu khayran
❤️

@yhmarketing
RANCANG KEWANGAN ANDA, BERNIAGALAH DENGAN CARA YANG BETUL

Admin tahu ramai individu di luar sana mahu memulakan perniagaan tetapi tidak tahu cara yang terbaik bagaimana mahu mulakan perniagaan.

Nasihat admin, mulakan perniagaan anda dengan cara yang betul dan tersusun. Sebabnya perniagaan ini memerlukan masa untuk kita buildup hingga berjaya.

Mula dari content, tarik audient hingga business kita dikenali ramai. Semua itu memerlukan masa bukan sehari dua.

Waima lebuhraya pun dibina mengambil masa berbulan-bulan bahkan ada bertahun-tahun lamanya. Inikan pula business kita yang orang tidak kenal akan kewujudan business kita ini.

Admin mahu share sendiri pendapat peribadi admin setelah hampir 3 tahun menjalankan perniagaan online hanya di telegram.

Semuanya bermula pada tahun 2017. Admin buildup channel admin sikit demi sikit dah ramai client barulah admin promote business admin.

Pada tahun 2018, admin daftarkan perniagaan admin YH MARKETING dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) dengan bayaran RM60.00 SETAHUN. Cukup murah dan berbaloi. Admin terus daftar 3 tahun terus.

Selepas siap SSM admin, dalam masa seminggu tu, admin terus ke bank rakyat register akaun bank syarikat dari SSM yang admin register tu dengan bayaran rm1,000.00.

Bank rakyat takde banyak karenah dia tak soal banyak terus register dan dalam masa seminggu akaun admin siap.

Masalahnya sistem bank rakyat tu je. Dan bank rakyat ni pula orang jarang guna. Pada tahun 2020 ni admin dah mula stop guna bank rakyat, dan admin telah bertukar kepada akaun maybank.

Dulu nak buat akaun maybank ni kena ada rm2000, kemudian perlu ada introducer iaitu orang yang memperkenalkan maybank kepada kita. Orang tu pulak mestilah ada rekod yang baik dengan maybank bla bla bla.. banyak cekadak betul maybank pada mulanya.hahahaha

Tetapi mse PKP bulan 3 tempoh hari, maybank sudah mula longgarkan syarat untuk register akaun syarikat. Simple.

Lepas admin jumpe introducer, dah ada modal nak buka akaun rm2000 tu, admin bawalah dokumen semua kepada Maybank, representatif dia kata, tak perlu rm2000 dan introducer, terkejut admin. Punyalah penat nak cari last2 tak perlu semua tu.

Tapi takpelah taknak panjang cter, register terus.

So bagi memudahkan anda untuk register akaun syarikat dengan maybank, anda boleh tekan link ni. Admin dah shortkan link untuk mudahkan anda.


http://Maybank.yhmarketing.my/register

Selepas click link tu, anda akan di-direct kepada portal maybank kemudian anda register terus masuk butiran semua. Siap register, bawa dokumen yang diperlukan ke maybank untuk verify. Then siap akaun, datang ke bank untuk deposit rm1000 ke dalam akaun syarikat anda dan setel!

Nanti anda akan dibekalkan dengan apps maybank iaitu QRPAY. QRPAY ni adalah jika client nak payment anda, boleh scan code je. Tak perlu nombor akaun. Canggihkan. Itulah kelebihan maybank berbanding bank rakyat.

Selepas itu, cukup setahun berniaga, admin declare income tax. Yelah. Slogan LHDN ni adalah
BERSAMA MEMBINA NEGARA

Jadi admin nak bantu bina negara dengan declare income tax. Supaya jika benar admin kna income tax, income tax ni akan kembali semula kepada rakyat Malaysia.

Tetapi ramai yang salah faham tentang income tax ni. Diorang fikir bila declare income tax di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ni mereka automatik kna cukai.

Salah mindset begitu.

Sebenarnya kerajaan banyak bantu rakyat. Kerajaan telah bagi rebet yang banyak pada peniaga.

Sebagai contohnya. Rebet untuk individu je sudah rm9000, rebet untuk pasangan (suami/isteri) rm4000. Jika ada seorang anak rebet rm2000, jika anak ramai maka makin banyaklah rebet.

Jika anda bayar zakat pun akan dimasukkan dalam rebet. Lagi besar amaun zakat anda, lagi banyak rebet yang anda perolehi.

Jika anda derma atau ada bagi sumbangan pada agensi atau badan2 kebajikan yang diiktiraf kerajaan pun diberi rebet.

Beli buku, sambung belajar, ada anak OKU, jaga orang tua sakit, sumbangan pada mak ayah...ehhh macam-macamlah.. banyak rebetnya.

Jadi tak rugi jika anda declare income tax ni. Belum tentu anda kena cukai pun.


bersambung
..sambungan..

Macam admin, pendapat bercukai admin je dekat rm20,000, tetapi disebabkan adanya rebet ni, alhamdulillah TIDAK DIKENAKAN CUKAI LANGSUNG sebabnya admin bayar zakat.

Yang lagi bagusnya anda declare income tax ni pula, anda akan tahu untung rugi syarikat anda secara automatik.

Maksudnya adalah dalam borang yang anda isi ke LHDN tu, anda kena isi
PENYATA PENDAPATAN DAN UNTUNG RUGI serta KUNCI KIRA-KIRA

So secara tidak langsung anda akan tahu dalam setahun tu anda berniaga untung ke rugi, yang penting NET WORTH anda meningkat atau tidak.

Dari situ anda boleh rancang apa yang perlu untuk anda lakukan pada tahun hadapan bagi meningkatkan lagi income perniagaan anda

Dan dalam masa sama anda boleh membantu orang lain.

Yang penting bayar zakat, itu kewajipan kita sebagai orang islam. Yang kedua declare income tax. Itu pula kewajipan kita sebagai rakyat malaysia yang cintakan negara.

Itulah sedikit sebanyak yang admin boleh kongsikan. Hopefully membantu anda merancang perniagaan anda lebih baik lagi.


Untuk info penuh paid review boleh click link berikut : infopaid.yhmarketing.my

Atau hubungi admin dengan menekan link @yhpaid_bot untuk pertanyaan lanjut berkenaan promote channel/perniagaan anda.

Sekian dari admin, jazakallahu khayran ❤️

@yhmarketing
FOKUS KEPADA KEKUATAN DIRI

Ramai yang tahu kelemahan dan kelebihan diri. Tetapi ramai juga yang salah fokus. Akibathya seseorang itu sukar untuk berjaya capai apa yang diimpikan dalam hidup mereka.

Jenis C : Fokus kelemahan diri semata- mata sehingga putus asa, lemah dan manusia jenis ini tiada harapan untuk berjaya dalam hidup

Jenis B : Tahu kelemahan dan kelebihan diri tetapi sekadar tahu. Mereka tidak mahu gilap potensi diri dan melalui hidup dengan rutin yang biasa.

Jenis A : Tukar kelebihan diri kepada kekuatan diri. Ini dasyat. Ini juga pilihan orang-orang yang berjaya dalam bidang yang diceburi. Fokus kepada kekuatan diri ini lalu menghasilkan kejayaan dalam hidup mereka.

Kita jenis yang mana satu?


Cnp

Credit to:

#NotaPoketKejayaan
#NotaPoketEmas
​​PAID REVIEW TETAPI SUBSCRIBERS TAK NAIK BANYAK?

Usah risau kerana barangkali pada musim PKPB ni ramai dari kalangan kita yang terjejas pendapatannya.

Ada tu sedang dalam proses mencari pekerjaan baharu, sedang mulakan perniagaan baharu dan sebagainya.

Bagi mereka yang paid review tetapi subscribers tidak naik langsung malah ade yang turun atau jika naik pun tak banyak, usah risau, biasanya subscribers yang akan join ni awal bulan atau akhir bulan baru masuk. Yelah sebabnya awal bulan ada yang sudah dapat gaji, hujung bulan pula pun sama.

Cuma yang paid review pertengahan bulan je yang akan hadap masalah kekurangan subscribers.

Nasihat admin bersabar. Cuba check RECENT ACTIONS pada setting channel anda, jika subscribers keluar masuk ramai, bermakna channel anda sedang mendapat tumpuan.

Apa yang anda boleh buat adalah, perbaiki content channel anda.

Jika selalu post produk takde letak link or contact personal anda, maka letaklah.

Letak tajuk, letak penerangan, harga dan sebagainya. Jangan post berduyun-duyun je. Content mesti menarik baru orang join channel anda.

Itulah serba sedikit penerangan bagi channel paid review yg ada masalah subscribers. Sabar dan terus istiqamah buildup channel. Dalam kebanyakkan channel yg admin promote, hanya 2 or 3 je channel yang mengalami masalah seperti ini. Tetapi selepas mereka follow ape yg admin minta, barulah subscribers mula "kembali" ke channel mereka.

Semoga berjumpa lagi dan selamat maju jaya
😘❤️

Pm admin untuk pertanyaan @yhquestion_bot

@yhmarketing
Forwarded from Hikayat Si Kosong (Sutra Lame)
Syurga itu luas bukan hanya untukmu. Ilmu itu luas, tak cuma dipahami dari sudut pandangmu. Merasa paling benar dan berilmu, boleh jadi itu azab dari jiwamu yang terhijab.

@hikayat_sikosong
​​APAKAH ITU AUTOSWAP DAN APAKAH FUNGSINYA?

...Jika anda masih baru lagi dalam "dunia" telegram ni, anda mungkin mempunyai persoalan berkaitan bagaimana caranya untuk anda ada followers atau subscribers bagi channel anda?

anda mungkin seorang student, seorang usahawan, seorang pengkarya dan sebagainya. ada memiliki group, atau mungkin hanya channel sahaja.

bagi mereka yang tidak tahu apakah itu fungsi group dalam telegram, biar admin terangkan fungsinya. group ini merupakan...

Baca Lanjut di Sini : https://yhmarketing.my/2020/12/07/apakah-itu-autoswap-dan-apakah-fungsinya/
​​PROMOTE CHANNEL SENDIRI ATAU ORANG LAIN YANG BANTU ANDA PROMOTE? ANDA TENTUKAN!

...platform telegram ini jauh lebih unik berbanding platfrom media sosial yang ada seperti facebook, instagram, twitter, whatsapp dan lain-lain lagi kerana apa? kerana...

Baca Lanjut di Sini : https://yhmarketing.my/2020/12/12/promote-channel-sendiri-atau-orang-lain-yang-bantu-anda-promote-anda-tentukan/
Forwarded from YH MARKETING
KENAPA SUBSCRIBERS PAID REVIEW LAMBAT NAIK?

Pernah ke anda buat direct marketing? Maksudnya anda jumpe depan-depan orang, anda approach dan jual barang kepada mereka. Adakah dalam 10 orang yang anda jumpa itu, 10 orang itu jugak yang beli barangan yang anda jual? Barangkali mungkin sorang dua sahaja yang membeli barang anda atau barangkali sorang pun tidak membeli barangan anda!

baca
seterusnya di :

https://yhmarketing.my/2020/07/10/kenapa-subscribers-paid-review-lambat-naik/
Forwarded from YH MARKETING via @like
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Pesanan Admin

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

🌹 Ingatlah "janjimu" dengan tuhanmu

🌹 ketika kamu melafazkan doa iftitah

🌹 "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, sujudku dan matiku

🌹 aku serahkan semuanya kepada Allah

🌹 Dan sesungguhnya aku adalah orang islam."

🌹 Perbaikilah janjimu dengan tuhanmu

🌹 Jaga dan berusaha untuk kekalkannya

🌹 mudah-mudahan Allah akan memperbaiki urusan harianmu pula

🌹 In shaa Allah, aamiin

#pesananadmin

#NasihatBuatDiriSendiriJuga

#KamiInginBaikiDiri

َللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 🌸

🌸T.me/yhmarketing🌸
Forwarded from YH MARKETING via @like
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Pesanan Admin

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

🌹 Menjadi umat islam bukanlah bererti kamu "sudah baik"

🌹 ataupun sudah "sempurna"

🌹 kamu tetap juga manusia biasa

🌹 yang tidak lari daripada melakukan kesilapan

🌹 namun ketahuilah bahawa kamu beruntung kerana

🌹 islam mengajarmu bahawa dunia bukanlah matlamatnya

🌹 dan sesungguhnya akhiratlah tempat "destinasi" tujuanmu

🌹 Perbaikilah dirimu

🌹 Jangan sampai kamu melakukan kesilapan

🌹 Yang menyebabkan kamu menyesal di akhirat sana

#pesananadmin

#NasihatBuatDiriSendiriJuga

#KamiInginBaikiDiri

َللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 🌸

🌸T.me/yhmarketing🌸
​​BANTUAN KANAK-KANAK & KELUARGA JKM (MULAI 2021) :

Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.

Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.

Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan.

Sila rujuk cara permohonan & butiran lanjut di: https://yhmarketing.my/2021/01/07/cara-mohon-bantuan-kanak-kanak-jkm-rm200-maksimum-rm1000/