مجموعــة طريق السلف
11.8K subscribers
1.71K photos
56 videos
107 files
3.11K links
Channel yang menyajikan faedah-faedah ilmiah dari para ulama dan asatidzah Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam bentuk tulisan, poster, audio, video, PDF, E-Book dengan bimbingan al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
majmuahthoriqussalaf@gmail.com
Download Telegram
Hindari Katsir Kalam (Banyak Bicara)

Orang yang tidak banyak bicara akan terjaga dari pertengkaran dan perdebatan.

Dirinya akan bersih kerana terhindar dari cekcok (berbantah) dan pertengkaran.

Dirinya akan dicintai saudaranya kerana jauh dari permusuhan.
🔥📚 Tahdziran (Peringatan) Salaf Dari Berdebat Dalam Urusan Agama (Bahagian 1)

• Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه berkata, “Jauhi olehmu berdebat dalam agama, kerana hal itu menghapuskan agama.” (Al-Lalika'i dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah 1/127)

• Ahnaf bin Qois رحمه الله berkata, “Banyak berdebat dalam agama itu menimbulkan kemunafikan dalam hati.” (Al-Lalika'i dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah 1/129)

• Al-Imam Abdul Karim al-Jazari رحمه الله berkata, “Orang yang wara’ (menjaga agamanya) itu sama sekali tidak akan berdebat dalam agama.” (Al-Ajurriy dalam Asy-Syariah 1/134)

• Al-Imam Muawiyah bin Qurroh رحمه الله berkata, “Perdebatan dalam agama itu menggugurkan amalan.” (Al-Ajurriy dalam Asy-Syariah 1/126)

• Umar bin Abdul Aziz رحمه الله berkata, “Barangsiapa yang menjadikan agamanya objek perdebatan, maka dia akan sering berpindah-pindah (dari satu keyakinan ke keyakinan yang lain).” (Al-Ashbahani dalam Al-Hujjah 2/488)

• Ma’n bin Isa رحمه الله berkata suatu hari al-Imam Malik bin Anas رحمه الله keluar dari masjid dan beliau bertumpu pada tanganku, lalu beliau didatangi oleh Abu Juwayriyah yang terjerumus dalam aliran murjiah. Abu Juwayriyah berkata, “Wahai Abu Abdullah dengarkan argumentasiku yang aku sampaikan kepadamu, aku debat dirimu, aku sampaikan pendapatku.”

Imam Malik bertanya, “Bagaimana jika kamu kalahkan aku?”

Abu Juwayriyah menjawab, “Jika aku kalahkan kamu, maka kamu ikuti aku.”

Imam Malik bertanya, “Bagaimana jika ada orang lain datang mendebat kita dan dia kalahkan kita?”

Abu Juwayriyah menjawab, “Kita (berdua) ikuti orang itu.”

Maka Imam Malik katakan, “Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى mengutus Muhammad ﷺ dengan agama yang satu, sementara aku melihatmu berpindah-pindah dari satu agama ke agama yang lain. (Al-Ajurriy dalam Asy-Syariah 1/128)

• Al-Imam Hasan al-Bashri رحمه الله berkata, “Jauhi oleh kalian perdebatan, jauhi oleh kalian perdebatan dalam agama.”

Dalam riwayat lain beliau katakan kepada seseorang, “Yang berdebat dalam agama hanyalah orang yang ragu, sementara aku dalam keadaan yakin dalam agamaku, jika kamu dalam keadaan ragu dalam agamamu, maka pergi dan carilah.” (Al-Ashbahani dalam Al-Hujjah 2/305)

• Al-Imam Sahl bin Muzahim رحمه الله berkata, “Permisalan orang yang berdebat dalam agama, seperti orang yang naik ke atas ketinggian, jika dia jatuh dia akan binasa, jika dia selamat dia tidak terpuji.” (Al-Ashbahani dalam Al-Hujjah 2/305)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
🔥📚 Tahdziran (Peringatan) Salaf Dari Berdebat Dalam Urusan Agama (Bahagian 2)

• Al-Imam al-Ajurriy رحمه الله dalam kitabnya berkata: Bab Celaan Berdebat Dalam Agama

عن أبي أمامة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما ضل قوم بعد هدى كانوا عليه إلا أوتوا الجدل ، ثم قرأ : ما ضربوه لك إلا جدلا بل هم قوم خصمون.

Dari Abu Umamah رضي الله عنه bahawa baginda Rasulullah ﷺ bersabda, “Tidaklah sesat suatu kaum setelah dahulunya mereka di atas hidayah kecuali kerana perdebatan. Lalu baginda membaca ayat:

ما ضربوه لك إلا جدلا بل هم قوم خصمون

“Mereka tidak memberikan (perumpamaan itu) kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang yang suka bertengkar.” (Az-Zukhruf: 58).” (Asy-Syariah 1/135)

• 'Amr bin Qoys berkata aku bertanya kepada Imam Hakam bin Utaybah رحمه الله, “Apa yang menjerumuskan orang dalam kesesatan hawa nafsu?”

Jawab beliau, “Perdebatan (dalam agama).” (Asy-Syariah 1/135)

• Al-Imam Wahb bin Munabih رحمه الله berkata, “Tiggalkan perdebatan dan pertengkaran dalam urusan agamamu, kerana kamu menghadapi salah satu dari dua orang: Yang pertama orang yang lebih berilmu darimu, maka bagaimana mungkin kamu mendebat orang yang lebih berilmu darimu. Yang kedua orang yang kamu lebih berilmu darinya, maka bagaimana mungkin kamu mendebat orang yang kamu lebih berilmu darinya, lalu dia tidak menurutimu? Maka hindari perdebatan dari awal.” (Asy-Syariah 1/135)

• Al-Imam Muhammad bin Husain al-Ajurriy رحمه الله berkata, “Barangsiapa yang berilmu dan berakal, dapat memahami dari semua yang telah lalu, maka dia sedar betapa dia memerlukan untuk mengamalkannya. Dan jika Allah inginkan baginya kebaikan, dia akan berpegang teguh dengan ajaran Nabi ﷺ dan ajaran para Sahabatnya, serta para ulama, para imam kaum muslimin di setiap zaman. Dia akan belajar ilmu untuk dirinya sendiri agar terbebas dari kejahilan. Dan niat dia belajar adalah Ikhlas untuk Allah semata, bukan untuk berdebat mahupun bertengkar, bukan pula untuk tendensi (kecenderungan) duniawi. Jika itu niatnya, maka dengan izin Allah dia akan selamat dari hawa nafsu, bid’ah dan kesesatan. Dan dengan itu dia telah ikuti para pendahulunya dari para imam dan ulama kaum muslimin yang dicintai serta dia selalu memohon kepada Allah agar diberi taufiq untuk itu.” (Asy-Syariah 1/142)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
Antara Ibadah Teragung

Asy-Syaikh Ahmad bin Abdul Halim رحمه الله berkata:
“Termasuk ibadah teragung adalah menutupi kekurangan orang lain, menunaikan hajat mereka, membela orang yang terzalimi dan membantu orang yang dalam keadaan berat (susah).”
(Majmu Fatawa 28/243)
🔥📚 Tahdziran (Peringatan) Salaf Dari Berdebat Dalam Urusan Agama (Bahagian 3)

• Al-Imam Muhammad bin Husain al-Ajurriy رحمه الله berkata, “Jika anda bertanya, “Jika ada seseorang telah Allah ajarkan ilmu kepadanya lalu datang seseorang kepadanya bertanya tentang masalah agama, mendebat dia dalam masalah tersebut, apakah dia layani untuk menegakkan hujah atasnya serta membantah pemikirannya?”

Kita jawab, “Justeru itulah yang kita dilarang untuknya dan itulah yang kita diingatkan oleh para ulama Islam untuk menjauh darinya.”

Jika ditanyakan, “Maka apa yang seharusnya dilakukan?”

Kita jawab, “Jika yang bertanya kepadamu ingin mencari ilmu, meminta bimbingan kepadamu ke jalan yang haq, bukan untuk berdebat, maka bimbinglah dengan penjelasan yang terbaik dan dengan penuh lemah lembut dengan ilmu Al-Qur'an dan As-Sunnah, serta riwayat para Sahabat dan para imam kaum muslimin. Namun jika dia hanya ingin mendebatmu, maka hal itu yang dilarang oleh para ulama, maka jangan kamu layani. Hati-hati terhadap agamamu sebagaimana telah lalu disebutkan oleh para ulama kaum muslimin jika dirimu jujur mengikuti mereka.”

Jika ditanyakan, “Bererti kita diam saja, kita biarkan mereka berbicara sesuatu yang batil?!”

Kita jawab, “Diammu dan kamu biarkan mereka, tidak kamu layani, hal itu bagi mereka lebih berat daripada kamu mendebat mereka. Dan seperti itulah para ulama Salaf menyebutkan.”

Jika ditanyakan, “Jika suatu ketika keadaan mendesak, memaksaku untuk berdebat dengan mereka, untuk aku tegakkan hujah atas mereka, apakah boleh bagiku berdebat dengan mereka?”

Kita jawab, “Keadaan mendesak dan memaksa hanya ketika bersama imam (pemimpin/pemerintah) yang bermadzhab buruk dan menyeru serta menguji orang akan madzhabnya seperti yang dicontohkan oleh al-Imam Ahmad رحمه الله di zaman beliau. Di mana tiga Khalifah menguji orang, menyeru mereka kepada madzhabnya yang buruk. Maka para ulama merasa perlu untuk membela agama. Mereka inginkan agar umat tahu yang haq dari yang batil. Demikianlah mereka berdebat. Kerana keadaan yang mendesak memaksa mereka, bukan sebagai pilihan (utama). Dan Allah kukuhkan al-haq bersama al-Imam Ahmad bin Hanbal dan yang sejalan dengan beliau dan Allah hinakan Mu’tazilah, Allah permalukan mereka dan umat mengetahui bahawa kebenaran adalah yang dipegang oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan yang sejalan dengan beliau sampai hari kiamat.” (Asy-Syariah 1/145)

• Dari kisah perdebatan al-Imam Ahmad dan tokoh Mu'tazilah iaitu Ibnu Abi Duad di hadapan Khalifah al-Watsiq Billah, kita dapat memahami bahawa berdebat dengan Ahlu Batil hanya diperbolehkan dalam keadaan yang sempit waktunya, yang sangat mendesak, itupun hanya di hadapan pemimpin yang bermadzhab buruk. Ertinya hal itu dijalankan di ruangan yang terbatas dan tidak disaksikan atau didengarkan langsung oleh keumuman kaum muslimin yang awam. Kerana mereka tidak mampu membezakan al-haq dari yang batil. Jika itu disaksikan atau didengarkan langsung oleh keumuman kaum muslimin yang awam, sangat memungkinkan mereka termakan syubhat dan terbawa oleh pemikiran buruk Ahlu Batil, kerana keumuman kaum muslimin yang awam itu tidak memiliki cukup ilmu syariat untuk memisahkan al-haq dari yang batil. Sehingga perdebatan secara terbuka di hadapan khalayak umum sangat berbahaya dan menyalahi ajaran Salaf, para imam dan ulama kaum muslimin.

نسأل الله السلامة في الدين

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
Sebab Kerasnya Hati

Asy-Syaikh Ahmad bin Abdul Halim رحمه الله berkata:
“Kerasnya hati merupakan salah satu buah dari maksiat.”
(Iqtidho Shirotil Mustaqim 1/290)
Hakikat Dunia

الدنيا
حلوها يمر
مرها يمر
لذتها يمر
حسنها يمر
dunia ...
manisnya lewat
pahitnya lewat
lazatnya lewat
indahnya lewat

tidak ada sesuatu yang abadi pada dunia
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله (Sesi Ke-13, sambungan dari Muhadharah Pustaka Al-Munawwarah KL, Ogos 2024)

📕Panduan Syar'i Fiqh Makanan

📅 Rabu Malam, 19 Jamadil Awwal 1446H / 20 November 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🔈💽 Hajr (Boikot) Kerana Urusan Peribadi vs Urusan Agama

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (06:22): https://drive.google.com/file/d/1Vd6KBFejKcJNd9GMKZ1KcrouTF6mGHay/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
📡 Live Sekarang - Sesi Ke-13

📝 Panduan Syar'i Fiqh Makanan

🎙 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

• Radio Islam Malang 1
https://bit.ly/4dShSq2

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Keutamaan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jum'at
Perbanyakan Selawat Ke Atas Nabi Pada Hari Jumaat
Berbaik Sangka Kepada Orang Lain, Berburuk Sangka Kepada Diri Sendiri

Al-Imam Yahya bin Muadz رحمه الله berkata:
“Berbaik sangkalah kepada orang lain dan berburuk sangkalah kepada dirimu sendiri. Sehingga kepada orang lain, hatimu bersih (dari permusuhan dan kebencian) dan kepada dirimu sendiri, kamu selalu bertambah waspada (terus berbenah).”
(Hilya Awliya 10/63)
🔈💽 Para Salaf Tidak Mahu Duduk Di Bawah Satu Atap Yang Sama Dengan Tokoh Kesesatan

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (01:40): https://drive.google.com/file/d/1XZI054KywPyiEjXThL6hlM4LG6qJ0K3y/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
🎥🎞 Isteri Yang Buruk Akhlaknya Ibarat Penyakit Kronik Yang Mematikan

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan video:
https://youtube.com/shorts/Wn1BtpsjLKE?si=luBK72KpMo1-EKyv
https://drive.google.com/file/d/1Y0ETDMSZ1d0yCsadDcwSVncfPheD3q3Q/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf