مجموعــة طريق السلف
12.1K subscribers
1.8K photos
86 videos
110 files
3.23K links
Channel yang menyajikan faedah-faedah ilmiah dari para ulama dan asatidzah Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam bentuk tulisan, poster, audio, video, PDF, E-Book dengan bimbingan al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
majmuahthoriqussalaf@gmail.com
Download Telegram
📋 Adab-Adab Menuju Solat Eidul Fitri

1⃣ Pertama: Berhias dengan pakaian yang terbaik (yang dia miliki), sebagaimana hadits Ibnu Umar رضي الله عنهما. (HR al-Bukhari no. 948)

2⃣ Kedua: Makan beberapa butir kurma sebelum berangkat, sebagaimana hadits Anas رضي الله عنه. (HR al-Bukhari no. 953)

3⃣ Ketiga: Berangkat dan pulang melewati jalan yang berbeza, sebagaimana hadits Jabir رضي الله عنه. (HR al-Bukhari no. 986)

4⃣ Keempat: Mengeraskan takbir ketika keluar dari rumah. Dan meneruskan takbir sampai ditegakkannya solat. (Lihat ash-Shahihah 1/279)

☝🏼Adapun lafazh takbirnya, maka tidak ada satupun hadits yang sahih yang menentukan bacaannya. Hanya saja terdapat beberapa atsar sahabat yang sahih yang menerangkan bacaan tersebut. Diantaranya:

Allahu Akbar Allahu Akbar,
Laailaaha illallahu Wallahu Akbar,
Allahu Akbar Walillahil Hamdu

atau

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar,
Laailaaha illallahu Wallahu Akbar,
Allahu Akbar Walillahil Hamdu

atau yang lainnya. (Lihat al-Irwa’ 3/125-126)

Di dalam bertakbir tidak disyariatkan untuk dikerjakan secara berjama’ah dengan satu suara. (Lihat ash-Shahihah 1/279)

Perlu diingatkan, apa yang dilakukan oleh sebahagian kaum muslimin dengan menambahkan selawat di sela-sela takbir. Hal ini merupakan suatu kekeliruan, kerana tidak pernah dinukilkan dari Rasulullah ﷺ, Khulafaur Rasyidin dan para sahabatnya رضي الله عنهما.

📂 Sumber: http://www.darussalaf.or.id/fiqih/ber-idul-fitri-di-atas-sunnah-nabi-shalallahu-alaihi-wa-sallam/

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Berhias Diri Di Hari Eid
Ujian Pertama Eidul Fitri

Asy-Syaikh Dr. Khalid adz-Dzafiri حفظه الله berkata:
“Di antara ujian keteguhan atas ketaatan yang pertama sekali adalah ujian bagaimana solat malam dan witirnya di malam Eid serta solat subuh di hari Eid. Wahai orang-orang yang menjaga solat malamnya di bulan Ramadhan, ketahuilah bahawa malam Eid adalah awal ujianmu terhadap keteguhanmu di atas ketaatan. Maka bersemangatlah, tinggalkan kemalasan dan kelalaianmu, berlindunglah dari gangguan Syaitan. Dan hati-hati dari terluputnya solat subuh dan solat-solat yang lainnya serta keumuman amalan ketaatan.”
(@almadani_k)
Pengumuman 1 Syawal 1446H Bagi Seluruh Malaysia
Solat Dua Rakaat Setelah Solat Eid

Abu Sa'id al-Khudri رضي الله عنه berkata:

كان رسولُ اللهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ لا يصلِّي قبل العيدِ شيئًا فإذا رجع إلى منزلِه صلَّى ركعتينِ

“Dahulu Rasulullah ﷺ tidak solat sama sekali sebelum eid. Namun jika baginda telah kembali ke rumahnya, baginda pun solat dua rakaat”
(HR Ibnu Majah lihat Shahih Ibnu Majah 1076)
Menampakkan Kebahagiaan Di Hari Eid

Al-Hafidz Ibnu Hajar رحمه الله berkata:

”إظهار السرور في الأعياد؛ من شِعار الدِّين.“

“Menampakkan kebahagiaan ketika Eid (lebaran) termasuk syiar agama.”
(Fathul Bariy 2/443)
Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1446H

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
🌙🌖 Fadhilat Puasa Enam Di Bulan Syawal & Bagaimana Yang Masih Punya Hutang Puasa Ramadhan

Fadhilat Puasa Enam
📕Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan lalu menyambungnya dengan enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti orang yang berpuasa sepanjang setahun.” (HR Muslim dari Abu Ayyub al-Anshari)

💎 Berkata An-Nawawi رحمه الله, “Para ulama berkata, "Disukai melakukan puasa tersebut secara berurutan, di permulaan bulan Syawal (setelah Hari Iedul Fitri, -pen.). Namun jika melakukannya tanpa berurutan dan mengakhirkannya, hal tersebut diperbolehkan, dan dia telah melakukan sunnah ini, berdasarkan keumuman hadits".” (Al-Majmu‘, Syarhul Muhadzdzab: 6/427)

Hukum Puasa Syawal Bagi Yang Punya Hutang Puasa Ramadhan
Berkata Syaikh Ibnu Utsaimin رحمه الله, “Berpuasa enam hari di bulan Syawal tidak akan diraih pahalanya kecuali apabila seseorang telah menyempurnakan puasa bulan Ramadhan. Maka barangsiapa yang memiliki hutang puasa, jangan dia berpuasa enam hari di bulan Syawal kecuali setelah mengqadha puasa Ramadhan, sebab Rasulullah mengatakan:

📕“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan lalu menyertakannya dengan puasa enam hari di bulan Syawal...”

☝🏼Oleh kerananya, kami mengatakan kepada yang memiliki hutang puasa: puasa qadhalah terlebih dahulu, lalu setelah itu berpuasa enam hari di bulan Syawal.” (Fatawa Ibnu Utsaimin: 20/18)

📂 Sumber: http://www.darussalaf.or.id

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🔈💽 Puasa Sunat Bagi Orang Yang Masih Memiliki Hutang Puasa Ramadhan

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (06:54): https://drive.google.com/file/d/1MyOhOWXn66eJC-eWf6pb1FlNY-Zs2GpT/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Harus Melalui Jambatan Letih & Payah

Al-Imam Ibnul Qoyyim رحمه الله berkata:
“Segala mashlahat, kebaikan, kenikmatan dan kesempurnaan, semua itu tidak akan mungkin dicapai kecuali dengan kesusahan dan tidak akan sampai ke sana kecuali dengan melalui jambatan letih dan payah.”
(Miftah Daar Saadah 2/895)
🔈💽 Apa Yang Kau Harapkan Dari Memelihara Permusuhan, Kebencian & Kedengkianmu

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (05:18):
https://drive.google.com/file/d/17o7eEiWf4Cw6KHp6oVDh79icUTdm9R76/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
Salah Satu Sunnah Di Bulan Syawal

Al-Hafidz an-Nawawi رحمه الله berkata:
“Hadits Aisyah menunjukkan sunnahnya nikah, menikahkan dan masuk (ke isteri) di bulan Syawal.”
(Syarh Shahih Muslim 9/209)
🔊💽 Bagaimana Sikap Seorang Mukmin Setelah Mereka Melakukan Amal Soleh

🎙️ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📅 Masjid Al-Istiqamah Ma'had As-Sunnah II Batu II 29 Ramadhan 1443H ll 01 Mei 2022M

📥 Pautan audio rakaman (15:44): https://drive.google.com/file/d/1lfIl79ujS5nM_Mg65Y_7iHVHU14MFoLi/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Janganlah Berubah Di Bulan Syawal

Ibnu Jawzi رحمه الله berkata:
“Wahai dirimu yang telah menyempurnakan sebaik mungkin ibadah selama Ramadhan, janganlah dirimu berubah di Syawal.”
(Tabshiroh 2/114)
Amalan Itu Hanya Selesai Dengan Datangnya Ajal

Asy-Syaikh Ibnu Utsaymin رحمه الله berkata:
“Amalan soleh tidaklah selesai kerana selesainya musim waktu amalan tersebut, namun hanya selesai dengan datangnya ajal.”
(Liqo Bab Maftuh 51)