مجموعــة طريق السلف
12K subscribers
1.75K photos
75 videos
110 files
3.19K links
Channel yang menyajikan faedah-faedah ilmiah dari para ulama dan asatidzah Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam bentuk tulisan, poster, audio, video, PDF, E-Book dengan bimbingan al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
majmuahthoriqussalaf@gmail.com
Download Telegram
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Muhammad as-Sewed حفظه الله (Pertemuan Ke-8)

📕Kitab Al-Aqidah Al-Wasithiyyah, karya Al-Imam Ahmad ibn Abdul Halim رحمه الله

📅 Khamis Malam, 16 Rabi'ul Awwal 1446H / 19 September 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌵💦 Membantu Hajat Manusia Menjadi Sebab Mendapat Pertolongan Dari Allah

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Berbuatlah kebaikan, maka engkau akan menjadi orang yang beruntung.”

• Berkata Ibnul Qoyyim رحمه الله:

”كان شيخ الإسلام يسعى في حوائج الناس سعيًا شديدًا لأنه يعلم أنه كلما أعان غيره أعانه الله.“ (روضة المحبين ١٦٨/١)

“Syaikhul Islam (Ahmad bin Abdul Halim) sangat bersemangat membantu hajat (keperluan) manusia, kerana beliau memahami bahawasanya setiap kali seseorang menolong orang lain, maka Allah akan menolongnya.” (Raudhatul Muhibbin 168/1)

✍🏼 Al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
📡 Live Sekarang - Pertemuan Ke-8

📝 Al-Aqidah Al-Wasithiyyah

🎙 Al-Ustadz Muhammad as-Sewed حفظه الله

• Radio Islam Malang 1
https://bit.ly/4dShSq2

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🏚️🔥 Isteri Yang Membuat Suaminya Tua Sebelum Waktunya

• Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, dari doa Rasulullah ﷺ:

اللهمَّ إني أعوذُ بك من جار السوءِ، ومن زوجٍ تُشَيِّبُني قبل الْمَشيبِ

“Ya Allah aku berlindung diri kepadaMu dari tetangga yang buruk dan dari isteri yang membuatku beruban sebelum waktunya.” (HR Thabrani dalam doa 1339 dan disahihkan al-Albani dalam Shahihah 3137)

• Isteri yang membuat suaminya beruban sebelum waktunya adalah isteri yang tidak menghormati suaminya. Buruk dalam bermuasyaroh (bergaul), lisannya tajam, sikapnya buruk, tindak tanduknya membuat sakit hati suaminya sehingga membuat suaminya kesal, tertekan psikologinya, sesak dadanya dan keruh hidupnya, yang mana semua itu berakibat suaminya menjadi beruban (tua) sebelum waktunya.

نسأل الله العافية

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Doa Keselamatan Dari Tetangga & Isteri Yang Tidak Baik

Dari doa Nabi ﷺ:

اللهمَّ إني أعوذُ بك من جار السوءِ، ومن زوجٍ تُشَيِّبُني قبل المَشيبِ

“Ya Allah aku berlindung diri kepadaMu dari tetangga yang buruk dan isteri yang membuatku tua sebelum masa tua”
(HR Thabrani dari Abu Hurairah dalam doa 1339 dan disahihkan al-Albani 3137)
Sibukkan Dirimu Dengan Sesuatu Yang Berguna

Al-Imam Ibnul Qoyyim رحمه الله berkata:
“Keuntungan terbesar di dunia ini adalah ketika kamu sibukkan dirimu setiap waktu dengan sesuatu yang lebih penting dan lebih berguna bagi dirimu sendiri di akhirat kelak.”
(Al-Fawaid 31)
🌹🏚️ Anjuran Untuk Menikah & Berusaha Untuk Tidak Meninggal Dalam Keadaan Membujang

• Dari Utsman bin Affan رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

من كانَ منْكم ذا طَولٍ فليتزوَّج

“Barang siapa dari kalian yang punya kemampuan, maka hendaknya dia menikah.” (HR Nasa'i, Shahih Nasa'i 2242)

• Al-Qomah berkata, suatu ketika aku diminta berjalan bersama Abdullah bin Mas'ud رضي الله عنه, lalu kami berjumpa dengan Utsman رضي الله عنه, maka Utsman berkata:

يا أبا عبد الرحمن، ألا أزوجك جارية شابة لعلها تذكرك بعض ما مضى من زمانك.

“Whai Abu Abdurrahman, mahukah engkau kami nikahkan engkau dengan gadis yang muda belia, kerana dia akan mengembalikan dirimu muda seperti dahulu.” (AR Ibnu Abi Syaibah, Mushonnaf 3/453)

• Dari az-Zuhri, bahawa Syaddad bin Aws رضي الله عنه dalam keadaan beliau telah buta, beliau berkata:

زوجوني فإن رسول الله ﷺ أوصاني أن لا ألقى الله أعزب

“Nikahkan aku, kerana Rasulullah ﷺ berwasiat kepadaku agar aku tidak berjumpa dengan Allah dalam keadaan membujang.” (AR Ibnu Abi Syaibah 3/453)

• Dari Hasan, bahawa Muadz رضي الله عنه dalam keadaan beliau sakit yang beliau wafat kerananya (sakit parah) beliau berkata:

زوجوني إني أكره أن ألقى الله أعزبا

“Nikahkan aku, kerana aku tidak ingin berjumpa dengan Allah dalam keadaan membujang.” (AR Ibnu Abi Syaibah 3/453)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
📖 [E-Book] - Ringkasan Ikutilah Sunnah & Tinggalkanlah Bid'ah

✍🏼 Asy-Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr حفظه الله

📥 Sila muat turun dari pautan berikut:
https://drive.google.com/file/d/1cU5gE2hI_4vCFK8KvzmIEPiMhepkVy3M/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🍂💦 Adab & Berlemah Lembut Dalam Muamalah

• Al-Imam Malik رحمه الله berkata, “Dimakruhkan kasar dalam bermuamalah.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

فَبِمَا رَحۡمَةٖ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمۡۖ وَلَوۡ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلۡقَلۡبِ لَٱنفَضُّواْ مِنۡ حَوۡلِكَۖ فَٱعۡفُ عَنۡهُمۡ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ

“Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu, maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka.“ (Ali-Imran: 159)

Juga firman Allah سبحانه وتعالى:

فَقُولَا لَهُۥ قَوۡلٗا لَّيِّنٗا

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir'aun) dengan kata-kata yang lemah lembut.” (Toha: 44).” (Muwatho Malik 1/265)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Jangan Tertipu Dengan Pujian

Al-Imam Awn bin Abdullah رحمه الله berkata:
“Jika dirimu derhaka kepadamu pada apa yang kamu benci, maka jangan engkau taati (dirimu) pada apa yang engkau senangi. Dan jangan engkau tertipu oleh pujian orang yang tidak mengetahui dirimu.”
(Adab Dunya wad Deen 230)
🔥🌵 Hati-Hati Ketika Mentaati Wanita

• Asy-Syaikh Ahmad bin Abdul Halim رحمه الله berkata, “Dan barang siapa yang membuat keluarganya murka kerana Allah, maka Allah akan jadikan dia redha dan Allah jadikan mereka semua akan redha kepadanya. Maka hendaknya seorang yang berakal berhati-hati dari mentaati wanita (jangan sampai membuat dirinya lalai), kerana yang terbanyak merosak kerajaan dan negara adalah kerana sebab mentaati wanita.” (Majmu Fatawa 25/324)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer حفظه الله (Pertemuan Ke-84)

📕Kitab Riyadush Shalihin, karya Al-Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi رحمه الله

📅 Rabu Malam, 22 Rabi'ul Awwal 1446H / 25 September 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Kenikmatan Terbesar Bagi Seorang Hamba

Ibnu Hazm رحمه الله berkata:
“Kenikmatan Allah yang paling afdhal untuk hambaNya adalah dijadikan hamba itu terbiasa adil dan mencintainya serta terbiasa di atas alhaq juga mengutamakannya.”
(Akhlak wa Siyar 90)
📡 Live Sekarang - Pertemuan Ke-84

📝 Riyadush Shalihin

🎙 Al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer حفظه الله

• Radio Islam Malang 1
https://bit.ly/4dShSq2

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Hikmah Dari Sakit

Al-Imam Muhammad bin Sallam al-Jumahi رحمه الله berkata:
“Manusia dalam kelalaian, sampai disedarkan dengan sakit.”
(Tarikh Baghdad 3/276)
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Abdul Hakam at-Tamimi حفظه الله (Pertemuan Ke-11)

📕Nawaqidul Islam

📅 Khamis Malam, 23 Rabi'ul Awwal 1446H / 26 September 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
📡 Live Sekarang - Pertemuan Ke-11

📝 Nawaqidul Islam

🎙 Al-Ustadz Abdul Hakam at-Tamimi حفظه الله

• Radio Islam Malang 1
https://bit.ly/4dShSq2

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌴🔥 Buah Dari Menyelisihi Hawa Nafsu

• Al-Imam Ibnul Qoyyim رحمه الله berkata, “Sungguh menyelisihi hawa nafsu memberikan kepada seorang hamba itu kekuatan pada badannya, hatinya dan lisannya.”

• Sebahagian Salaf berkata, “Mengalahkan hawa nafsu sendiri lebih berat dari (berperang) membuka suatu kota seorang diri.” (Raudhah Muhibbin 1/477)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf