مجموعــة طريق السلف
11.8K subscribers
1.71K photos
56 videos
107 files
3.11K links
Channel yang menyajikan faedah-faedah ilmiah dari para ulama dan asatidzah Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam bentuk tulisan, poster, audio, video, PDF, E-Book dengan bimbingan al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
majmuahthoriqussalaf@gmail.com
Download Telegram
Selalu Memperhatikan Lisan

Al-Imam Yunus bin Ubayd رحمه الله berkata:
“Setiap orang yang lisannya selalu menjadi perhatiannya (selalu dia jaga), pasti kamu dapati kesolehan pada seluruh amalannya.”
(Ibnu Abi Dunya dalam ash-Shomt 70)
🌏🌴 Waspadalah Ketika Umurmu Telah Mencapai 40 Tahun

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُۥ وَبَلَغَ أَرۡبَعِينَ سَنَةٗ

“Sehingga apabila dia (anak itu) telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun...” (Al-Ahqaaf: 15)

• Al-Imam Masruq رحمه الله berkata, “Jika usiamu telah mencapai 40 tahun, maka lebih waspadalah (semakin mendekati kematianmu).” (Tafsir Ibnu Katsir 7/281)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله (Sesi Ke-9, sambungan dari Muhadharah Pustaka Al-Munawwarah KL, Ogos 2024)

📕Panduan Syar'i Fiqh Makanan

📅 Rabu Malam, 24 Safar 1446H / 28 Ogos 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🔊 Bismillah. Muhadharah Telelink - Panduan Syar'i Fiqh Makanan bermula sekarang. LIVE di:
• Radio Islam Malang
https://bit.ly/4dShSq2
• Channel Telegram khusus
Anjuran Menikah Bagi Yang Mendapatkan Calon Yang Soleh

Sabda Rasulullah ﷺ kepada Suba'iyah al-Aslamiyah رضي الله عنها:

إن وجدتِ رجلًا صالحًا فتزوَّجي

“Jika engkau dapati seorang lelaki yang soleh, maka nikahlah.”
(Shahih Ibnu Majah 1661)
🕋🍂 Allah Itu Maha Mengetahui Mana Yang Terbaik Bagi HambaNya

• Al-Imam Ibnu Rajab رحمه الله berkata, “Termasuk bentuk penjagaan Allah سبحانه وتعالى terhadap hambaNya dalam agamanya adalah ketika seorang hamba sedang berusaha dalam suatu perkara dunia, baik itu kekuasaan atau perdagangan atau yang lainnya, maka Allah menghalangi antara hamba itu dengan apa yang dia inginkan. Hal itu kerana Allah Maha Tahu mana yang terbaik untuk hambaNya dalam urusan tersebut, sementara si hamba tidak menyedari dan dia hanya tidak menyenangi (kerana tidak mendapatkan apa yang dia inginkan).

Ibnu Mas'ud رضي الله عنه berkata, “Seorang hamba boleh jadi berambisi dalam suatu masalah kekuasaan atau perdagangan, dia ingin semua itu dipermudahkan baginya. Namun Allah melihat urusannya dan Allah katakan kepada para malaikatNya, “Palingkan perkara itu darinya, kerana jika Aku mudahkan urusan itu baginya, itu akan menjerumuskan dirinya ke neraka”. Maka Allah jauhkan hal itu darinya”.

Si hamba mulai pesimis (putus asa) dan merasa sial (seraya) berkata, “Aku dikalahkan oleh fulan, fulan sudah mencapai ini dan itu”. Padahal semua itu merupakan keutamaan yang Allah berikan kepadanya.” (Ibnu Rajab dalam Nur Iqtibas 62)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🔈💽 Semangat Seorang Sahabat Hanya Kerana Satu Hadits

🎙Al-Ustadz Abdul Hakam at-Tamimi حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (4:15): https://drive.google.com/file/d/1Uwp31tNIF7UhEEd2r3ZDBxVFt7UlHXBS/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Sikap Yang Seharusnya Bagi Yang Bertaubat

Al-Imam Ibnul Mubarak رحمه الله berkata:
“Seorang hamba yang bertaubat hendaknya merasakan kepada dirinya "beratnya" ketaatan, sebagaimana dia telah merasakan kepada dirinya "nikmatnya" kemaksiatan.”
(Fathul Bariy 5849)
🎥🎞 Segala Kebaikanmu Ada Di Waktu Mudamu

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan video: https://drive.google.com/file/d/1bxtYAbgNffszrERR0D3xOu3J53VSmNdO/view?usp=drivesdk

📚 II مجموعة طريق السلف II 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Allah Is The God Of Jesus (Isa)

  لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۖ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ ۖ إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ ۖ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ

“They have certainly disbelieved who say, “Allah is the Messiah, the son of Mary”, while the Messiah has said, “O Children of Israel, worship Allah, my Lord and your Lord.” Indeed, he who associates others with Allah, Allah has forbidden him Paradise, and his refuge is the Fire. And there are not for the wrongdoers any helpers.”
[Al-Maa'idah 5:72]
🌳🌴 Yang Telah Lalu Tidak Perlu Diingat

• Mas'ud bin Muhammad al-Hamdzani رحمه الله termasuk orang soleh dan dikenali pemaaf. Sering beliau berkata, “Yang telah lalu, tidak perlu diingat”.

Disebutkan bahawa beliau ditemui dalam mimpi kemudian ditanya, “Apa yang Allah perbuat kepadamu?” Beliau menjawab, “Aku diberdirikan di hadapanNya, kemudian dikatakan kepadaku, “Wahai Mas'ud yang telah lalu tidak perlu diingat”, kemudian dikatakan, “Hantarkan dia ke surga”.” (Tarikh Islam 42/327)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Tawriyah

Al-Imam Ibrahim an-Nakha'i رحمه الله jika ada orang datang mencari beliau, sementara beliau tidak ingin menemuinya, beliau perintahkan budaknya (hambanya) keluar dan menyampaikan, “Cari beliau di masjid” (beliau tidak mengatakan beliaunya sedang berada di masjid, tetapi hanya suruh cari di masjid).
(Siyar A'lam Nubala 4/529)
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer حفظه الله (Pertemuan Ke-83)

📕Kitab Riyadush Shalihin, karya Al-Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi رحمه الله

📅 Rabu Malam, 08 Rabi'ul Awwal 1446H / 11 September 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Wanita Itu Kurang Akalnya

Asy-Syaikh Ibnu Utsaymin رحمه الله berkata:
“Maklum adanya bahawa wanita itu kurang akalnya, kuat perasaannya, terkadang hanya kerana satu kata darimu, dia boleh menjauh darimu sejauh bintang di langit. Namun juga kerana satu kata dia boleh sangat dekat denganmu hingga berada tepat di sisimu. Oleh kerana itu seorang suami hendaknya memperhatikan perkara ini bersama isterinya.”
(Syarhul Mumti' 12/385)
Worship Your Lord, Who Created You, Nothing Similar To Him

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ. ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًۭا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءًۭ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءًۭ فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًۭا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًۭا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ.

O mankind, worship your Lord, who created you and those before you, that you may become righteous. [He] who made for you the earth a bed [spread out] and the sky a ceiling and sent down from the sky, rain and brought forth thereby fruits as provision for you. So do not attribute to Allah equals while you know [that there is nothing similar to Him].
[Al-Baqarah 2:21-22]
📡 Live Sekarang - Pertemuan Ke-83

📝 Riyadush Shalihin

🎙 Al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer حفظه الله

• Radio Islam Malang 1
https://bit.ly/4dShSq2

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
📍 Apakah Yang Menyelesihi Perintah Allah & RasulNya Masih Merasa Aman Dari MurkaNya?

• Al-Imam Ibnul Qoyyim رحمه الله berkata, “Burung hud-hud tidak hadir sejenak dari Nabi Sulaiman عليه السلام, itupun mendapat ancaman dari baginda:

لَأُعَذِّبَنَّهُۥ عَذَابٗا شَدِيدًا أَوۡ لَأَاْذۡبَحَنَّهُۥٓ أَوۡ لَيَأۡتِيَنِّي بِسُلۡطَٰنٖ مُّبِينٖ

“Pasti akan aku hukum ia dengan hukuman yang berat atau aku sembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas.” (An-Naml: 21)

Maka wahai engkau yang telah lama menghilang/tidak hadir dari Rabbmu (meninggalkan perintahNya atau melanggar laranganNya), apa engkau merasa aman dari murkaNya?

Tiga sahabat tidak ikut bersama Rasulullah ﷺ dalam satu peperangan saja dan engkau tahu apa yang terjadi pada mereka (baginda hajr/boikot mereka selama 40 hari).

Maka bagaimana dengan seorang hamba yang sepanjang umurnya dia menyalahi (menyelisihi perintah) Rasulullah ﷺ.” (Badai Fawaid 3/228)

اللهم سترك

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Doa Yang Indah

Doa al-Imam Yahya bin Muadz رحمه الله:
“Ya Allah, berikan padaku yang aku inginkan dan jika tidak Engkau berikan padaku yang aku inginkan, maka sabarkan diriku dengan apa yang Engkau inginkan.”
(Hilyah Awliya 66)