مجموعــة طريق السلف
12K subscribers
1.74K photos
75 videos
109 files
3.19K links
Channel yang menyajikan faedah-faedah ilmiah dari para ulama dan asatidzah Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam bentuk tulisan, poster, audio, video, PDF, E-Book dengan bimbingan al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
majmuahthoriqussalaf@gmail.com
Download Telegram
Bersangka Baik Kepada Orang Lain Bersangka Buruk Kepada Diri Sendiri

Al-Imam Yahya bin Muadz رحمه الله berkata:
“Bersangka baiklah kepada orang lain, kerana dengan itu kamu akan selamat, dirimu bersih (dari kebencian dan permusuhan). Dan bersangka buruklah kepada dirimu sendiri, kerana dengan itu kamu akan bertambah baik (berbenah).”
(Hilyah Awliya 10/63)
💦🍂 Allah Mahu Mendengar Keluhan & Rintihan HambaNya Kepada DiriNya

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

قَالَ إِنَّمَآ أَشۡكُواْ بَثِّي وَحُزۡنِيٓ إِلَى ٱللَّهِ

“Dia (Yakub) menjawab, “Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf: 86)

• Al-Imam Ibnul Qoyyim رحمه الله berkata, “Allah menguji (dengan pelbagai cubaan) hambaNya agar Allah dengar darinya keluhan, doa dan merendah (berharap memohon) di hadapanNya.” (Badai' Tafsir 3/187)

سبحان الله يا لطيف

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Hakikat Persahabatan Sebenar

Al-Imam Hasan al-Bashri رحمه الله berkata:
“Persahabatan yang baik itu bukan dengan tidak menyakiti, namun persahabatan yang baik itu justeru dengan bersabar saat saudaramu menyakitimu.”
(Adab Syariyah Ibnu Muflih 2/14)
🌏💦 Orang Yang Bertakwa Adalah Yang Mampu Menahan Lisannya

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.” (Ali-Imran: 102)

• Anas bin Malik رضي الله عنه berkata, “Seorang hamba tidak akan bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, sampai dia mampu menahan lisannya.” (Ibnu Qasim al-Amtsal 39)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله (Sesi Ke-8, sambungan dari Muhadharah Pustaka Al-Munawwarah KL, Ogos 2024)

📕Panduan Syar'i Fiqh Makanan

📅 Rabu Malam, 17 Safar 1446H / 21 Ogos 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Diam Cara Terbaik Melayani Ahmaq

Al-Imam Abu Ahwash Sallam bin Sulaim رحمه الله berkata:
“Disebutkan bahawa jika engkau melayani seorang ahmaq (dungu), maka kamu sama seperti dia. Namun jika kamu diam (tidak melayani), maka kamu selamat darinya.”
(Ibnu Abi Dunya dalam al-Aqlu wa Fadluhu 81)
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Muhammad as-Sewed حفظه الله (Pertemuan Ke-7)

📕Kitab Al-Aqidah Al-Wasithiyyah, karya Al-Imam Ahmad ibn Abdul Halim رحمه الله

📅 Khamis Malam, 18 Safar 1446H / 22 Ogos 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌹📍 Pentingnya Menjaga Kelanggengan Cinta Sesama Saudaramu

• Al-Imam Abu Hatim رحمه الله berkata, “Barangsiapa yang tidak menjaga langgengnya (kekalnya) cinta persaudaraan, maka akan hilang darinya buah dari persaudaraan dan saudara-saudaranya akan putus asa darinya.

Dan barangsiapa yang meninggalkan saudara-saudaranya kerana tidak mahu menjaga kelanggengan (kekalan) cinta, maka dia akan hidup tanpa saudara.

Hal itu seperti seseorang yang enggan untuk mengambil air (dari perigi) kerana takut basah, maka dia akan mati kerana dehidrasi (kekurangan air di dalam tubuh).” (Raudhatul Uqala 90)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🔊 Bismillah. Muhadharah Telelink - Al-Aqidah Al-Wasithiyyah bermula sekarang. LIVE di Radio Islam Malang 1 dan Channel Telegram khusus, sila hubungi kami jika mahu mengikutinya di Telegram.
Isteri Yang Kurang Solehah

Al-Imam asy-Syafi'i رحمه الله berkata, “Aku mendengar dari orang yang aku percaya, dia berkata:
“Aku menikah agar terjaga agamaku, namun (kerana isterinya kurang solehah), maka rosak agamaku, agama ibuku, bahkan agama tetangga-tetanggaku (sering bermasalah, berbantahan dan berselisih dengannya)”.”
(Manaqib Syafi'i 2/192)
Sedikit Kesabaran

Ibnu Rajab رحمه الله berkata:
“Sedikit kesabaran diperlukan oleh seorang mukmin agar sampai kepada ketenteraman yang panjang.”
(Fadl Ilmu Salaf 10)