مجموعــة طريق السلف
11.8K subscribers
1.71K photos
56 videos
107 files
3.11K links
Channel yang menyajikan faedah-faedah ilmiah dari para ulama dan asatidzah Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam bentuk tulisan, poster, audio, video, PDF, E-Book dengan bimbingan al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
majmuahthoriqussalaf@gmail.com
Download Telegram
🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 21)

Bab 1⃣6️⃣: Bila Dibolehkan Atau Diwajibkan Menerangkan Keadaan Seseorang (Bahagian 2)

🗞 Al-Imam Ahmad bin Abdul Halim رحمه الله berkata, “Sehingga dikatakan kepada Imam Ahmad bin Hanbal, “Seseorang berpuasa, solat, i'tikaf lebih kamu cintai ataukah jika ia menerangkan keadaan Ahli Bid'ah?” Beliau berkata, “Jika ia puasa, solat dan i'tikaf, maka itu untuk dirinya sendiri, sedangkan apabila ia menerangkan keadaan Ahli Bid'ah, maka ini adalah untuk kebaikan kaum Muslimin dan ini lebih utama. Maka menjelaskan perkara ini agar berguna bagi kaum Muslimin dalam agama mereka termasuk salah satu jihad di jalan Allah, kerana membersihkan jalan Allah, agama, manhaj, syariatNya dan menghalau kejahatan Ahli Bid'ah serta permusuhan mereka adalah fardhu kifayah menurut kesepakatan kaum Muslimin. Dan apabila tidak ada orang yang Allah bangkitkan untuk menolak bahaya Ahli Bid'ah ini benar-benar akan hancurlah agama ini. Dan kerosakannya jauh lebih besar daripada kerosakan akibat penjajahan musuh dari kalangan orang-orang kafir yang harus diperangi. Kerana mereka ini (orang-orang kafir) jika berkuasa, belum tentu mampu merosakkan hati manusia yang dijajahnya, kecuali pada kesempatan berikutnya. Sedangkan Ahli Bid'ah ini jika mereka berkuasa, akan merosakkan hati manusia terlebih dahulu.” (Majmu' Fatawa 28/231 dan 232)

📂 Faedah dari Kitab:

لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة

Karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi. Terjemahannya telah dimuroja'ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Muhammad as-Sewed حفظه الله (Pertemuan Ke-6)

📕Kitab Al-Aqidah Al-Wasithiyyah, karya Al-Imam Ahmad ibn Abdul Halim رحمه الله

📅 Khamis Malam, 06 Muharram 1446H / 11 Julai 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Akan Ditambah Kenikmatan

Al-Imam Hasan al-Bashri رحمه الله berkata:
“Setiap hamba yang menyedari kenikmatan Allah untuknya, kemudian dia katakan:

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات

Maka Allah akan cukupkan dirinya, bahkan akan Allah tambah.”
(Hilya Awliya 2/148)
Puasa Muharram Yang Paling Afdhal
Perhiasan Terbaik Bagi Wanita

Hindun binti Muhallab berkata:
“Perhiasan seorang wanita yang terbaik adalah hati yang suci disertai adab yang sempurna.”
(Tarikh Dimasyq 70/193)
• Daurah Kuala Lumpur
• Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
• Panduan Syar'i Fiqh Makanan
• 04 - 06 Shafar 1446H / 09 - 11 Ogos 2024M
• Uniti Office, Menara Uniti, Kampung Baru, Kuala Lumpur
• No. Ruj. Tauliah: PMWP(S)600/2/4/Jld.15 (75)
• Pustaka Al-Munawwarah & Majmu'ah Thoriqus Salaf
Puasa Tasu'a & Asyura

Dari Abu Qotadah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ ditanya tentang puasa hari Asyura. Baginda ﷺ menjawab:
“(Puasa tersebut) menghapuskan dosa satu tahun yang lalu.”
(HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apabila (umur)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan (tasu'a).”
(HR Muslim)
Boleh Berpuasa Pada 10 Muharram Saja
Selisihilah Yahudi Dalam Berpuasa Asyura
🔈💽 Kesesatan Syiah Pada Hari Asyura

🎙Al-Ustadz Abdul Hakam at-Tamimi حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (05:43): https://drive.google.com/file/d/16m3IDyIY1QI0By0QMjN40Yzt7UmzvR8J/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Semangat Ulama Berpuasa Asyura
Amalan Yang Sahih Di Hari Asyura
🔈💽 Syiah & Nawasib Dua Kelompok Sesat Yang Melakukan Ritual Kebodohan Pada Hari Asyura

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (12:33):
https://drive.google.com/file/d/1JGFrAHBCgLhIgXtVOZIFNaykMgE5N8Ut/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌴🌹 Sabar Dengan Kekurangan Lisannya Isteri

• Jarir bin Abdullah رضي الله عنه datang kepada Umar al-Khattab رضي الله عنه mengeluhkan (buruknya akhlak) para isteri. Maka Umar berkata, “Kami pun juga mendapati hal yang serupa”. Sampai aku menginginkan hajat dan disampaikan padaku datangi bani fulan dan lihatlah para gadisnya (untuk dinadzor).

Melihat itu maka Abdullah bin Mas'ud رضي الله عنه berkata, “Tidakkah sampai padamu bahawa (Nabi) Ibrahim عليه السلام pun juga mengeluhkan kurangnya akhlak Sarah (isterinya). Maka dikatakan kepada beliau, “Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, maka bersabarlah atas kekurangannya selama tidak kamu dapati kerosakan pada agamanya”.

Mendengar penjelasan itu Umar berkata (kepada Ibnu Mas'ud), “Sungguh Allah telah memberimu ilmu yang banyak.” (Ath-Thabraniy 8/285)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله (Pertemuan Ke-12)

📕Tafsir Al-Qur'an

📅 Rabu Malam, 12 Muharram 1446H / 17 Julai 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Taufiq Dari Allah

Al-Imam Sufyan bin Uyaynah رحمه الله berkata:
“Sedikit taufiq (pertolongan dari Allah) itu lebih baik dari banyaknya amal (tanpa taufiq).”
(Abu Syaikh dalam Nawadir wa Nutaf 549)
-REVISI-

Sabar Demi Akhiratmu

Ibnul Qoyyim رحمه الله berkata:
“Barang siapa yang berfikir tentang dunia mahupun akhirat, dia akan tahu bahawa seseorang tidak akan mendapati salah satu dari keduanya kecuali dengan susah payah, maka hendaklah disabari dan dipikul segala keberatan dan susah payah demi yang lebih baik dan lebih kekal dari keduanya (iaitu akhirat).”
(Fawaid 370)