مجموعــة طريق السلف
11.8K subscribers
1.71K photos
57 videos
107 files
3.12K links
Channel yang menyajikan faedah-faedah ilmiah dari para ulama dan asatidzah Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam bentuk tulisan, poster, audio, video, PDF, E-Book dengan bimbingan al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
majmuahthoriqussalaf@gmail.com
Download Telegram
Bersemangatlah Hingga Akhir Ramadhan
http://tttttt.me/thoriqussalaf
Ukuran Bagi Zakat Fitrah
🌙🔪 Berpuasa Ramadhan, Berhari Raya Eidul Fitri & Eidul Adha Bersama Pemerintah & Kaum Muslimin

📕Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya Nabi ﷺ telah bersabda:

الصَّوْمُ يَوْمَ تَصُومُونَ وَالْفِطْرُ يَوْمَ تُفْطِرُونَ وَالْأَضْحَى يَوْمَ تُضَحُّونَ

“Puasa itu adalah hari ketika kalian seluruhnya berpuasa, Eidul Fitri adalah hari di mana kalian berbuka dan Eidul Adha adalah hari ketika kalian menyembelih qurban”. (HR Tirmidzi, dengan Tuhfatul Ahwadzi, 2/37)

📕Selain itu ada pula hadits mauquf yang semakna dengan ini dari Aisyah dikeluarkan oleh al-Baihaqi dari jalan Abu Hanifah, ia berkata:

“Menyampaikan kepadaku Ali bin Aqmar dari Masruq, bahawa ia mendatangi rumah Aisyah pada hari Arafah (dalam keadaan tidak berpuasa–pent.).

Aisyah berkata, “Berilah Masruq minuman dan perbanyaklah halwa untuknya.” Masruq berkata, “Tidaklah menghalangiku untuk berpuasa pada hari ini, kecuali aku khawatir hari ini adalah hari raya nahr (Eidul Adha). Maka Aisyah pun berkata:

النحر يوم ينحر الناس، و الفطر يوم يفطر الناس

“Hari Raya Nahr adalah hari manusia menyembelih, dan Eidul Fitri adalah hari ketika manusia berbuka (iaini tidak lagi berpuasa)”.

☝🏼Berkata asy-Syaikh al-Albani: “Saya katakan riwayat ini sanadnya baik, seperti riwayat yang sebelumnya”. (Silsilah al-Ahaa-dits ash-Shahihah, hal. 442)

Asy-Syaikh al-Albani mengatakan:

1⃣: Al-Imam At-Tirmidzi berkata setelah menukilkan hadits ini: “Hadits ini ditafsirkan oleh sebahagian ulama bahawa maknanya adalah berpuasa dan Eidul Fitri itu bersama jama’ah dan bersama kebanyakan manusia“. (Tuhfatul Ahwadzi, 2/37)

2⃣: Al-Imam Ash-Shan’ani dalam Subulus Salam 2/72 mengatakan: “Pada hadits ini ada dalil bahawa yang teranggap dalam menetapkan hari raya adalah kebersamaan manusia. Dan bahawasanya seorang yang menyendiri dalam mengetahui masuknya hari raya dengan melihat hilal (bulan sabit) tetap wajib mengikuti kebanyakan manusia. Hukum ini wajib dia ikuti, apakah dalam waktu solat, Eidul Fitri atau pun berqurban”.

3⃣: Abul Hasan as-Sindi dalam catatan kakinya terhadap Sunan Ibnu Majah, setelah menyebutkan hadits Abu Hurairah رضي الله عنه dalam riwayat di atas mengatakan sebagai berikut: “Tampaknya makna hadits ini adalah bahawa perkara-perkara tersebut bukan haknya peribadi-peribadi tertentu. Dan tidak boleh seseorang menyendiri dalam masalah tersebut, tetapi urusan ini dikembalikan kepada imam dan jama’ah kaum muslimin seluruhnya. Wajib bagi setiap peribadi mengikuti kebanyakan manusia dan penguasanya. Dengan demikian jika seseorang melihat hilal tetapi penguasa menolaknya, maka semestinya dia tidak menetapkan perkara-perkara tadi pada dirinya sendirian, sebaliknya wajib baginya mengikuti kebanyakan manusia”.

📂 (Dinukil dari Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, juz I, hal. 443-444)

📥Risalah Dakwah Manhaj Salaf Edisi 7/V/8/2011

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Semangatlah Di Akhir Ramadhan

Asy-Syaikh Ahmad bin Abdul Halim رحمه الله berkata:

”والاعْتبار في الْفضائل بكمال النهاية لا بنقص البداية.“

“Yang menjadi patokan (penanda aras) dalam meraih keutamaan adalah sempurnanya di akhir perjalanan, bukan kekurangan saat awal memulai.”
(Minhajussunnah an-Nabawiyyah, 412/8)
📋 Adab-Adab Menuju Solat Eidul Fitri

1⃣ Pertama: Berhias dengan pakaian yang terbaik (yang dia miliki), sebagaimana hadits Ibnu Umar رضي الله عنهما. (HR al-Bukhari no. 948)

2⃣ Kedua: Makan beberapa butir kurma sebelum berangkat, sebagaimana hadits Anas رضي الله عنه. (HR al-Bukhari no. 953)

3⃣ Ketiga: Berangkat dan pulang melewati jalan yang berbeza, sebagaimana hadits Jabir رضي الله عنه. (HR al-Bukhari no. 986)

4⃣ Keempat: Mengeraskan takbir ketika keluar dari rumah. Dan meneruskan takbir sampai ditegakkannya solat. (Lihat ash-Shahihah 1/279)

☝🏼Adapun lafazh takbirnya, maka tidak ada satupun hadits yang sahih yang menentukan bacaannya. Hanya saja terdapat beberapa atsar sahabat yang sahih yang menerangkan bacaan tersebut. Diantaranya:

Allahu Akbar Allahu Akbar,
Laailaaha illallahu Wallahu Akbar,
Allahu Akbar Walillahil Hamdu

atau

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar,
Laailaaha illallahu Wallahu Akbar,
Allahu Akbar Walillahil Hamdu

atau yang lainnya. (Lihat al-Irwa’ 3/125-126)

Di dalam bertakbir tidak disyariatkan untuk dikerjakan secara berjama’ah dengan satu suara. (Lihat ash-Shahihah 1/279)

Perlu diingatkan, apa yang dilakukan oleh sebahagian kaum muslimin dengan menambahkan selawat di sela-sela takbir. Hal ini merupakan suatu kekeliruan, kerana tidak pernah dinukilkan dari Rasulullah ﷺ, Khulafaur Rasyidin dan para sahabatnya رضي الله عنهما.

📂 Sumber: http://www.darussalaf.or.id/fiqih/ber-idul-fitri-di-atas-sunnah-nabi-shalallahu-alaihi-wa-sallam/

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
PENGUMUMAN 1 SYAWAL 1445H BAGI SELURUH MALAYSIA
Berhias Diri Di Hari Eid
Ujian Pertama Eidul Fitri

Asy-Syaikh Dr. Khalid adz-Dzafiri حفظه الله berkata:
“Di antara ujian keteguhan atas ketaatan yang pertama sekali adalah ujian bagaimana solat malam dan witirnya di malam Eid serta solat subuh di hari Eid. Wahai orang-orang yang menjaga solat malamnya di bulan Ramadhan, ketahuilah bahawa malam Eid adalah awal ujianmu terhadap keteguhanmu di atas ketaatan. Maka bersemangatlah, tinggalkan kemalasan dan kelalaianmu, berlindunglah dari gangguan Syaitan. Dan hati-hati dari terluputnya solat subuh dan solat-solat yang lainnya serta keumuman amalan ketaatan.”
(@almadani_k)
🔊💽 Bagaimana Sikap Seorang Mukmin Setelah Mereka Melakukan Amal Soleh

🎙️ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📅 Masjid Al-Istiqamah Ma'had As-Sunnah II Batu II 29 Ramadhan 1443H ll 01 Mei 2022M

📥 Pautan audio rakaman (15:44): https://drive.google.com/file/d/1lfIl79ujS5nM_Mg65Y_7iHVHU14MFoLi/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Solat Dua Rakaat Setelah Solat Eid

Abu Sa'id al-Khudri رضي الله عنه berkata:

كان رسولُ اللهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ لا يصلِّي قبل العيدِ شيئًا فإذا رجع إلى منزلِه صلَّى ركعتينِ

“Dahulu Rasulullah ﷺ tidak solat sama sekali sebelum eid. Namun jika baginda telah kembali ke rumahnya, baginda pun solat dua rakaat”
(HR Ibnu Majah lihat Shahih Ibnu Majah 1076)
Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1445H

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
Menampakkan Kebahagiaan Di Hari Eid

Al-Hafidz Ibnu Hajar رحمه الله berkata:

”إظهار السرور في الأعياد؛ من شِعار الدِّين.“

“Menampakkan kebahagiaan ketika Eid (lebaran) termasuk syiar agama.”
(Fathul Bariy 2/443)
Salah Satu Sunnah Di Bulan Syawal

Al-Hafidz an-Nawawi رحمه الله berkata:
“Hadits Aisyah menunjukkan sunnahnya nikah, menikahkan dan masuk (ke isteri) di bulan Syawal.”
(Syarh Shahih Muslim 9/209)
🌙🌖 Fadhilat Puasa Enam Di Bulan Syawal & Bagaimana Yang Masih Punya Hutang Puasa Ramadhan

Fadhilat Puasa Enam
📕Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan lalu menyambungnya dengan enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti orang yang berpuasa sepanjang setahun.” (HR Muslim dari Abu Ayyub al-Anshari)

💎 Berkata An-Nawawi رحمه الله, “Para ulama berkata, "Disukai melakukan puasa tersebut secara berurutan, di permulaan bulan Syawal (setelah Hari Iedul Fitri, -pen.). Namun jika melakukannya tanpa berurutan dan mengakhirkannya, hal tersebut diperbolehkan, dan dia telah melakukan sunnah ini, berdasarkan keumuman hadits".” (Al-Majmu‘, Syarhul Muhadzdzab: 6/427)

Hukum Puasa Syawal Bagi Yang Punya Hutang Puasa Ramadhan
Berkata Syaikh Ibnu Utsaimin رحمه الله, “Berpuasa enam hari di bulan Syawal tidak akan diraih pahalanya kecuali apabila seseorang telah menyempurnakan puasa bulan Ramadhan. Maka barangsiapa yang memiliki hutang puasa, jangan dia berpuasa enam hari di bulan Syawal kecuali setelah mengqadha puasa Ramadhan, sebab Rasulullah mengatakan:

📕“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan lalu menyertakannya dengan puasa enam hari di bulan Syawal...”

☝🏼Oleh kerananya, kami mengatakan kepada yang memiliki hutang puasa: puasa qadhalah terlebih dahulu, lalu setelah itu berpuasa enam hari di bulan Syawal.” (Fatawa Ibnu Utsaimin: 20/18)

📂 Sumber: http://www.darussalaf.or.id/fiqih/puasa-syawal-ibadah-penyempurna-ramadhan/

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Barometer Keselamatan Untuk Setahun
🔈💽 Puasa Sunat Bagi Orang Yang Masih Memiliki Hutang Puasa Ramadhan

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (06:54): https://drive.google.com/file/d/1MyOhOWXn66eJC-eWf6pb1FlNY-Zs2GpT/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Amalan Itu Hanya Selesai Dengan Datangnya Ajal

Asy-Syaikh Ibnu Utsaymin رحمه الله berkata:
“Amalan soleh tidaklah selesai kerana selesainya musim waktu amalan tersebut, namun hanya selesai dengan datangnya ajal.”
(Liqo Bab Maftuh 51)
Janganlah Berubah Di Bulan Syawal

Ibnu Jawzi رحمه الله berkata:
“Wahai dirimu yang telah menyempurnakan sebaik mungkin ibadah selama Ramadhan, janganlah dirimu berubah di Syawal.”
(Tabshiroh 2/114)