مجموعــة طريق السلف
11.8K subscribers
1.71K photos
57 videos
107 files
3.12K links
Channel yang menyajikan faedah-faedah ilmiah dari para ulama dan asatidzah Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam bentuk tulisan, poster, audio, video, PDF, E-Book dengan bimbingan al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
majmuahthoriqussalaf@gmail.com
Download Telegram
🔈💽 Keutamaan Memperbanyak Puasa Di Bulan Sya'ban

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (05:14): https://drive.google.com/file/d/1kCykSSIGYSz_lB99lv2tehZAoXgjwXNp/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Doa Nabi Musa عليه السلام

Allah سبحانه وتعالى berfirman tentang apa yang didoakan oleh Nabi Musa:

رَبِّ إِنِّي لِمَآ أَنزَلۡتَ إِلَيَّ مِنۡ خَيۡرٍ فَقِيرٌ

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”
(Al-Qaashos: 24)
🍂🌹 Teladanilah Rasulullah ﷺ Dalam Muamalah Dengan Anak & Isterinya

• Ibnu Muflih رحمه الله berkata, “Dan Rasulullah ﷺ bercanda dan bermain dengan Hasan dan Husain (cucunya), baginda pula berlumba lari dengan Aisyah (isterinya), serta baginda juga bercengkerama dengan isteri-isterinya.

Maka orang yang berakal jika dia sedang berdua-duaan dengan isterinya atau budak (hamba) wanitanya, seharusnya ia tinggalkan akalnya di suatu sudut, tidaklah dia menjadi layaknya seperti seorang syaikh yang berwibawa, namun justeru dirinya harusnya bercanda, bergurau dan tidak serius (kaku atau tegang), agar menunaikan hak isterinya dan jiwanya.

Demikian pula jika dia sedang bersama anak-anaknya, maka orang yang berakal akan menjadi layaknya seperti anak kecil dan berbicara yang menghiburkan mereka di saat itu.” (Adab Syariyah 3/392)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Allah Malu Jika Tidak Mengkabulkan Doa HambaNya

Dari Salman رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda (ertinya):
“Sungguh Rabb kalian Maha Malu dan Maha Mulia. Allah malu kepada hambaNya jika si hamba telah mengangkat kedua tangannya berdoa memohon kepadaNya, kemudian kembali dalam keadaan kosong (tidak mendapati apa yang dia minta).”
(HR Ahmad, Abu Dawud dan at-Tirmidzi dan disahihkan al-Albani dalam Shohih Jami' 1757)
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله (Pertemuan Ke-15, sambungan dari Muhadharah Pustaka Al-Munawwarah KL, Disember 2022)

📕PANDUAN SYAR'I TATACARA SOLAT

📅 Rabu Malam, 05 Sya'ban 1445H / 14 Februari 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Tidak Khawatir Menjadi Penghuni Neraka

Al-Imam adz-Dzahabi رحمه الله berkata:
“Setiap orang yang tidak khawatir untuk menjadi penghuni neraka, maka dia telah tertipu dan telah merasa aman dari makar Allah.”
(Siyar Alam Nubala 6/291)
🔈💽 Kekeliruan Ijtihad Seorang Ulama Itu Jangan Diikuti Tetapi Jangan Pula Dijatuhkan Kehormatannya

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (04:06): https://drive.google.com/file/d/1F1smYqRh88qfxGplhDoJctjCXl6qCcTm/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Ramadhan Semakin Hampir (Perhatikan Hutang Puasa)
🌹🌴 Jangan Lupakan Saudara Perempuanmu Yang Berhak Untuk Disantuni

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ لَا تَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ

“Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil janji dari Bani Israel, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim serta orang-orang miskin. Dan bertuturkatalah yang baik kepada manusia, laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat”.” (Al-Baqarah: 83)

• Al-Imam al-Qurthubi رحمه الله berkata, “Ertinya Kami perintahkan mereka untuk juga berbuat baik, berbuat ihsan kepada orang-orang miskin, iaitu mereka yang terdesak dan merendah kerana hajat dan keperluan mereka. Maka ayat ini merupakan ajakan untuk bersedekah, peduli serta memperhatikan keadaan orang miskin dan orang yang lemah.

• Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:

الساعي على الأرملة والمسكين كالمجاهد في سبيل الله وأحسبه قال وكالقائم لا يفتر وكالصائم لا يفطر رواه البخاري ومسلم

“Orang yang berbuat untuk mencukupi para janda dan orang miskin itu ibarat seperti mujahid fi sabilillah, (dan aku duga baginda juga berkata) seperti orang yang solat malam yang tiada hentinya serta seperti orang yang berpuasa yang tiada hentinya.” (HR Bukhari dan Muslim)

• Ibnu Mundzir رحمه الله berkata, “Bahawa Imam Thowus (seorang Tabi'in) menganggap orang yang berbuat untuk mencukupi saudara (adik beradik) perempuannya itu lebih afdhal dari mujahid fi sabilillah”.” (Tafsir Qurthubi 2/16)

• Yang sering terlupakan adalah saudara perempuan kita, kakak ataupun adik kita, mereka perlu untuk kita ziarahi (kunjungi). Kita bertanyakan tentang keadaan mereka. Kita berikan mereka harta kita walaupun tidak seberapa. Kita perhatikan dan kita sayangi anak-anak mereka. Maka jadilah bagi mereka seperti seorang ayah yang penyayang dan rahmat. Jadikan mereka merasa memiliki ayah yang kedua.

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
• Daurah Kuala Lumpur
• Al-Ustadz Qomar Zaenuddin حفظه الله
• Cara Mendidik Anak Yang Benar Berdasarkan Sunnah
• 20 - 22 Sya'ban 1445H / 01 - 03 Mac 2024M
• Uniti Office, Kampung Baru, Kuala Lumpur
• No. Ruj. Tauliah: PMWP(S)600/2/4/Jld.15 (0)
• Pustaka Al-Munawwarah & Majmu'ah Thoriqus Salaf
Wahai Diri... Renungkanlah Ini

Ibnul Jawzi رحمه الله berkata:
“Wahai yang banyak bicara dan menyakiti orang lain, jaga lisanmu.
Wahai yang bertanggung jawab atas amalanmu, sedarlah.
Wahai yang banyak berlumuran dosa, sucikan dirimu dengan taubat.
Wahai yang penuh catatanmu dengan keburukan, bersihkan catatanmu.”
(At-Tabshiroh Ibnul Jawzi 2/73)
Anak Itu Sebuah Kenikmatan & Kebaikan

Ibnu Muflih رحمه الله berkata, al-Imam Muhammad bin Sulaiman رحمه الله berkata:
“Anak lelaki merupakan sebuah kenikmatan, adapun anak perempuan merupakan kebaikan. Dan Allah akan menghisab kenikmatan, sementara kebaikan, akan Allah balas dengan kebaikan.”
(Adab Syariyah 1/480)
🌵🎙️ Sebab Sesuatu Perkataan Itu Menjadi Sangat Bermanfaat

• Ali bin Fudhail bin Iyadh bertanya kepada ayahnya, “Wahai ayahanda, mengapa perkataan para sahabat nabi begitu sangat indah (bermanfaat)?”

Maka Fudhail bin Iyadh رحمه الله menjawab, “Wahai anakanda, tahukah kamu mengapa perkataan mereka sangat indah (bermanfaat)?”

Jawab sang anak, “Tidak.”

Kata Fudhail bin Iyadh, “Hal itu kerana mereka hanya mengharapkan (redha) Allah.” (Syuab Iman 1708)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🔈💽 Carikan Udzur Bagi Saudaramu Apabila Kita Mendengar Keburukan Tentang Dirinya

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (05:52): https://drive.google.com/file/d/1Ftvaj_OFJ2kpknnVXn-9d1pC92-huUk5/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Sebagaimana Engkau Berbuat, Seperti Itu Pula Engkau Dibalas

Al-Imam Ibnul Qoyyim رحمه الله berkata:
“Sebagaimana engkau berbuat, seperti itu pula engkau akan dibalas.”
• Maka apapun yang engkau perbuat kepada hamba-amba Allah, seperti itu pula Allah akan perbuat pada dirimu.
• Barang siapa yang mengingat makna ini dan itu yang menyibukkan fikirannya, maka akan mudah baginya untuk berbuat baik bahkan kepada orang yang berbuat buruk kepada dirinya.
(Badai' Fawaid 2/244)
🔈💽 Tidak Diharapkan Jaya Orang Yang Baru Saja Belajar Sudah Berani Mencela Kehormatan Orang Lain

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (07:16): https://drive.google.com/file/d/1G4JKrRvvmLtQ0ISpzbv-dBmKtc6JAhQV/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf