مجموعــة طريق السلف
11.8K subscribers
1.71K photos
57 videos
107 files
3.12K links
Channel yang menyajikan faedah-faedah ilmiah dari para ulama dan asatidzah Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam bentuk tulisan, poster, audio, video, PDF, E-Book dengan bimbingan al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
majmuahthoriqussalaf@gmail.com
Download Telegram
🕋🌵 Jangan Tersibukkan Dengan Hal-Hal Lain Di Luar Solat

• Rasulullah ﷺ bersabda:

إن في الصلاة شغلا

“Sungguh dalam solat itu ada kesibukan.”
(HR Bukhari 1125, Muslim 837)

• Al-Imam an-Nawawi رحمه الله berkata:
“Makna hadits bahawa kewajipan orang yang solat adalah khusyu' dalam solatnya, sibuk dengan solatnya dengan mentadabburi (menghayati) apa yang dia baca dan tidak memikirkan hal-hal lain di luar solatnya.”
(Syarh Muslim 2/113)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🔈💽 Syarat Yang Harus Ada Pada Yang Dijadikan Mahram Bagi Wanita Untuk Safar

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (3:51): https://drive.google.com/file/d/1yUYEf0rb09Ryv1XeveC2U3wmVKrifKQX/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Penceraian Membuat Iblis Senang

Dhomrah bin Rabi'ah رحمه الله berkata:
“Disebutkan bahawa senangnya Iblis ketika menceraikan antara dua orang yang saling mencintai, sama seperti senangnya dia ketika Adam dikeluarkan dari syurga.”
(Masawi Akhlak Khoroithi 114)
🌳📚 Akhlak Seorang Ulama

• Al-Imam adz-Dzahabi رحمه الله ketika menyebutkan biografi al-Imam Khalil bin Ahmad al-Farohidiy رحمه الله beliau sebutkan, “Beliau merupakan kepala dalam Bahasa Arab, kuat agamanya, wara', qana'ah, tawadhu dan besar kedudukan beliau.

Ayub bin Mutawakil berkata, “Khalil bin Ahmad jika memberi sesuatu faedah kepada seseorang, tidak beliau tampakkan kepadanya bahawa beliau telah memberinya faedah. Namun jika beliau mendapat suatu faedah dari seseorang, beliau tampakkan kepadanya bahawa beliau telah mendapatkan faedah itu darinya.”

Kemudian adz-Dzahabi berkomentar, “Di zaman kita justeru ada beberapa kelompok orang yang sebaliknya (jika dia dapati suatu faedah dari orang lain, tidak dia tampakkan. Tapi jika dia beri faedah kepada orang lain, dia tampakkan bahawa faedah itu darinya)”.”
(Siyar A'lam Nubala 7/329)

نسأل الله العافية

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Tidak Peduli Dengan Ucapannya

Ibnul Qoyyim رحمه الله berkata:
“Berapa banyak kamu dapati seorang yang waro' menjaga dirinya dari fahisyah (perbuatan keji) serta kezaliman, akan tetapi kamu dapati lisannya melukai kehormatan orang lain baik yang masih hidup ataupun yang telah mati dan dia tidak peduli dengan apa yang dia ucapkan.”
(Al-Jawab Kafi)
🔊💽 Khutbah Jumaat - Merayakan Atau Mengucapkan Selamat Terhadap Perayaan Besar Orang Bukan Islam

🎙️Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📅 Masjid Al-Mujahidin Saptoraya ll Malang ll 06 Jamadil Akhir 1444H ll 30 Disember 2022M

📥 Pautan audio rakaman (18:22): https://drive.google.com/file/d/1f3ux9JyZyDzGcExDrky3zO9kiN8gbTzs/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Abdul Hakam at-Tamimi حفظه الله (Pertemuan Ke-7)

📕Nawaqidul Islam

📅 Isnin Malam, 13 Jamadil Akhir 1445H / 25 Disember 2023M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🍂🌳 Janganlah Merosak Segala Amalmu

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَلَا تُبۡطِلُوٓاْ أَعۡمَٰلَكُمۡ

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan janganlah kamu merosak segala amalmu.” (Muhammad: 33)

• Al-Imam Qotadah رحمه الله berkata, “Barang siapa di antara kalian yang mampu untuk tidak merosak amalan solehnya dengan amalan buruknya, maka lakukanlah. Dan tidak ada kekuatan kecuali dengan Allah, kerana kebaikan itu menghapuskan keburukan dan keburukan juga menghapuskan kebaikan. Dan penentu semua amalan itu adalah pengakhirannya.”
(Tafsir ath-Thobari 21/226)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Busuknya Hati

Al-Haytamiy رحمه الله berkata:
“Dan setiap orang yang kamu dapati berburuk sangka kepada orang lain dan mencari-cari aib dan kesalahan mereka, maka ketahuilah bahawa hal itu kerana busuknya hati dia dan jeleknya niat dia.”
(Az-Zawajir 1/219)

اللهم سلم سلم
🔈💽 Apakah Kerana Sibuk Dengan Menuntut Ilmu & Berdakwah Itu Menjadi Alasan Untuk Tidak Bekerja

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (2:04): https://drive.google.com/file/d/1zi2LiFD5Yu3NDO0JNdK972RHuwvMfF0B/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer حفظه الله (Pertemuan Ke-77)

📕Kitab Riyadush Shalihin, karya Al-Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi رحمه الله

📅 Rabu Malam, 15 Jamadil Akhir 1445H / 27 Disember 2023M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Jauhi Orang Yang Selalu Mahu Berdebat

Al-Imam Ibnu Sirin رحمه الله berkata:
“Jangan kamu mendebat kecuali orang yang apabila kamu ajak bicara kamu berharap untuk dia mahu kembali, adapun orang yang tiap kali kamu ajak bicara dia mendebatmu maka jauhi orang itu.”
(Al-Hujah fii Bayan Mahajah 2/521)
🕋🌵 Memohon Ampun Sebelum Meminta Hajat

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

قَالَ رَبِّ ٱغۡفِرۡ لِي وَهَبۡ لِي مُلۡكٗا لَّا يَنۢبَغِي لِأَحَدٖ مِّنۢ بَعۡدِيٓۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ

“Dia (Sulaiman) berkata, “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh Engkaulah Yang Maha Pemberi.” (Shod: 35)

• Asy-Syaikh Ibnu Utsaymin رحمه الله berkata, “Beliau (Nabi Sulaiman) memulai doa beliau dengan meminta ampun kepada Allah sebelum meminta kerajaan yang begitu besar. Hal itu kerana hilangnya dampak dosa dengannya tujuan hamba akan tercapai, di mana dosa ketika menumpuk pada hati akan menghalanginya dari banyak maslahat. Maka kewajipan setiap hamba untuk membersihkaan dirinya dari dosa sebelum dia memohon apa yang dia inginkan.”

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Celaan Si Jahil Terhadap Seorang Alim

Al-'Allamah Abu Bakr Thorthusyi رحمه الله berkata:
“Jika qolbu baik (soleh) dan amalan benar, di sanalah taufiq (pertolongan). Barang siapa menebar permusuhan, maka dia akan menuai penyesalan. Bagi orang mulia, celaan orang jahil terhadap orang alim merupakan keutamaan kerana orang jahil ternisbatkan pada perbuatannya (kejahilannya).”
(Siroj Muluk 205)
Hukum Mengucapkan Selamat Tahun Baru
Tahun Baru Bukan Hari Raya Islam