مجموعــة طريق السلف
11.8K subscribers
1.7K photos
53 videos
101 files
3.1K links
Channel yang menyajikan faedah-faedah ilmiah dari para ulama dan asatidzah Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam bentuk tulisan, poster, audio, video, PDF, E-Book dengan bimbingan al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
www.thoriqussalaf.com
Download Telegram
🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺

🔗 Silsilah Ambillah Aqidahmu Berdasarkan Al-Qur’an & As-Sunnah (Bahagian 56)

📝 Bab: Sunnah & Bid'ah
Soalan 1️⃣:
Apakah di dalam agama ini terdapat bid'ah hasanah?

Jawab:
Tidak ada dalam agama ini bid'ah hasanah.

📖 Dalil dari Al-Qur’an:
Allah ﷻ berfirman (ertinya), “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Aku redhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Ma'idah: 3)

📕Dalil dari As-Sunnah:
Rasulullah ﷺ bersabda (ertinya), “Dan setiap bid'ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan adalah di neraka.” (Hadits Shahih Riwayat Ahmad dan yang lainnya)

📂 (Faedah dari Kitab Khudz Aqidataka minal Kitabi was Sunnah, karya asy Syaikh Muhammad Jamil Zainu, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🔈💽 Tidak Ada Yang Terlepas Dari Himpitan Di Dalam Kubur Walau Dengan Sekali Himpitan

🎙Al-Ustadz Muhammad as-Sewed حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (4:00): https://drive.google.com/file/d/1Uwp31tNIF7UhEEd2r3ZDBxVFt7UlHXBS/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Selalu Membenahi Keikhlasan Hatimu

Ibnul Jawzi رحمه الله berkata:
“Barangsiapa yang membenahi hatinya, akan tercium aroma harum keutamaannya. Dan hati semua orang akan sepakat menyebarkan kebaikannya. Maka pentingkan dan pentingkan untuk selalu membenahi hatimu, kerana kesolehan yang zahir tidak berguna jika hatimu rosak.”
(Shoidul Khothir 287)

نسأل الله العافية
Orang Bijak Akan Bersangka Baik Kepada Saudaranya

Ibnu Hibban رحمه الله berkata:
“Orang bijak akan selalu berbaik sangka kepada saudara-saudaranya, serta akan dia telan sendiri kesedihan dan kegalauannya. Namun orang jahil akan selalu berburuk sangka (menyalahkan) kepada saudara-saudaranya dan tidak akan berfikir tentang kejahatan-kejahatannya dan penderitaannya (apa sebab semua itu).”
(Raudhatul Uqola 126)
Orang Yang Selalu Bersangka Baik Akan Tenang Dirinya

Aktsam bin Shoyfi رحمه الله berkata:
“Barang siapa yang selalu husnu dzon (bersangka baik) kepada orang lain, maka pasti akan tenang dirinya (sebaliknya orang yang selalu bersangka buruk kepada orang lain, pasti dirinya akan terseksa).”
(Tadzkiroh Ibnu Hamdun 7/138)
🔥🌴 Penghayatan & Pelajaran Yang Diambil Dari Al-Qur'an Tentang Kematian

• Ibnu Mas'ud رضي الله عنه berkata, “Setiap jiwa baik yang soleh ataupun fajir (jahat), (tidak ada yang lebih baik baginya) kecuali kematian itu lebih baik baginya”. Kemudian beliau baca ayat:

وَمَا عِندَ ٱللَّهِ خَيۡرٞ لِّلۡأَبۡرَارِ

“Dan apa yang di sisi Allah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti.” (Ali-Imran: 198)

Juga beliau baca ayat:

وَلَا يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّمَا نُمۡلِي لَهُمۡ خَيۡرٞ لِّأَنفُسِهِمۡۚ إِنَّمَا نُمۡلِي لَهُمۡ لِيَزۡدَادُوٓاْ إِثۡمٗاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٞ مُّهِينٞ

“Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir itu mengira bahawa tenggang waktu yang Kami berikan kepada mereka lebih baik baginya. Sesungguhnya tenggang waktu yang Kami berikan kepada mereka hanyalah agar dosa mereka semakin bertambah dan mereka akan mendapat azab yang menghinakan.” (Ali-Imran: 178)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Bersangka Baik Kepada Orang Lain Bersangka Buruk Kepada Diri Sendiri

Al-Imam Yahya bin Muadz رحمه الله berkata:
“Bersangka baiklah kepada orang lain, kerana dengan itu kamu akan selamat, dirimu bersih (dari kebencian dan permusuhan). Dan bersangka buruklah kepada dirimu sendiri, kerana dengan itu kamu akan bertambah baik (berbenah).”
(Hilyah Awliya 10/63)
💦🍂 Allah Mahu Mendengar Keluhan & Rintihan HambaNya Kepada DiriNya

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

قَالَ إِنَّمَآ أَشۡكُواْ بَثِّي وَحُزۡنِيٓ إِلَى ٱللَّهِ

“Dia (Yakub) menjawab, “Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf: 86)

• Al-Imam Ibnul Qoyyim رحمه الله berkata, “Allah menguji (dengan pelbagai cubaan) hambaNya agar Allah dengar darinya keluhan, doa dan merendah (berharap memohon) di hadapanNya.” (Badai' Tafsir 3/187)

سبحان الله يا لطيف

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Hakikat Persahabatan Sebenar

Al-Imam Hasan al-Bashri رحمه الله berkata:
“Persahabatan yang baik itu bukan dengan tidak menyakiti, namun persahabatan yang baik itu justeru dengan bersabar saat saudaramu menyakitimu.”
(Adab Syariyah Ibnu Muflih 2/14)
🌏💦 Orang Yang Bertakwa Adalah Yang Mampu Menahan Lisannya

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.” (Ali-Imran: 102)

• Anas bin Malik رضي الله عنه berkata, “Seorang hamba tidak akan bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, sampai dia mampu menahan lisannya.” (Ibnu Qasim al-Amtsal 39)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله (Sesi Ke-8, sambungan dari Muhadharah Pustaka Al-Munawwarah KL, Ogos 2024)

📕Panduan Syar'i Fiqh Makanan

📅 Rabu Malam, 17 Safar 1446H / 21 Ogos 2024M

9.30mlm (Waktu Malaysia) atau 8.30mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf