مجموعــة طريق السلف
11.8K subscribers
1.71K photos
56 videos
107 files
3.11K links
Channel yang menyajikan faedah-faedah ilmiah dari para ulama dan asatidzah Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam bentuk tulisan, poster, audio, video, PDF, E-Book dengan bimbingan al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
majmuahthoriqussalaf@gmail.com
Download Telegram
Keutamaan Puasa Arafah
Hari Arafah Hari Allah Turun Ke Langit Dunia

عن أم سلمة قالت: ”نعم اليوم يوم ينزل الله فيه إلى السماء الدنيا.“
قالوا: ”يا أم المؤمنين وأي يوم هو؟“
قالت: ”يوم عرفة“

Ummu Salamah berkata: “Sebaik-baik hari adalah hari di mana Allah turun ke langit dunia.
Mereka bertanya: “Wahai Ummul Mukminin, hari apakah itu?”
Jawab beliau: “Hari Arafah.”
(An-Nuzul Daaruquthni 96)
🌴 Menyembunyikan Kenikmatan Dari Orang Yang Dikhawatirkan Darinya Hasad Atau Makar

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

قَالَ يَٰبُنَيَّ لَا تَقۡصُصۡ رُءۡيَاكَ عَلَىٰٓ إِخۡوَتِكَ فَيَكِيدُواْ لَكَ كَيۡدًاۖ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٞ مُّبِينٞ

“Dia (ayahnya) berkata, “Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, mereka akan membuat tipu daya (untuk membinasakan)mu. Sungguh, Syaitan itu musuh yang jelas bagi manusia”.” (Yusuf: 5)

• Asy-Syaikh Ahmad bin Abdul Halim رحمه الله berkata, “Ini menunjukkan bolehnya tidak menampakkan kenikmatan kepada orang yang dikhawatirkan darinya hasad atau makar. Maka bagi yang dihasadi tidak ada yang lebih selamat dari menyembunyikan kenikmatannya dari orang yang hasad kepadanya.” (Majmu' Fatawa 18/15)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Doa Di Hari Arafah
🌴📚 Makna Puasa Arafah Menghapus Dosa Setahun Yang Akan Datang

• Al-Manawi رحمه الله menjelaskan maknanya:

1. Bahawa Allah سبحانه وتعالى menjaganya agar tidak berbuat dosa padaNya.

2. atau Allah سبحانه وتعالى berikan padanya pahala sebagai kafarah (penghapus dosa dosa di tahun itu).

3. atau benar-benar menghapus dosa-dosa jika seorang hamba terjatuh padanya, sehingga itu merupakan penghapus yang mendahului apa yang dihapus.

Dan semua itu tidak didapati yang semisalnya pada seluruh ibadah selain Puasa Arafah.
(Faydlul Qodir 4/303)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
⛰️🌴 Manfaatkan Waktu Yang Agung Di Hari Arafah

☝🏼Al-Imam an-Nawawi رحمه الله berkata:
“Dan telah kami sebutkan tentang dzikir-dzikir berdasarkan hadits nabi:

”خير الدعاء يوم عرفة، وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير“

“Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah dan dan terbaik yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير“

• Maka disunnahkan memperbanyak dzikir dan doa dan bersungguh-sungguh dalam hal itu kerana hari ini adalah hari terbaik dalam setahun untuk berdoa. Dan juga hari ini adalah induk haji serta inti sarinya. Oleh kerana itu hendaknya setiap hamba meluangkan segenap waktu dan upayanya untuk memperbanyak dzikir dan doa serta tilawatil quran.

• Hendaklah dia berdzikir dengan berbagai macam dzikir dan doa. Berdoa untuk dirinya sendiri. Berdzikir di setiap tempat. Berdoa seorang diri atau bersama orang lain. Berdoa untuk dirinya sendiri, untuk kedua orang tuanya, untuk karib kerabatnya, masyayikhnya, para sahabatnya, orang yang dia cintai dan orang yang berjasa padanya dan segenap kaum muslimin.

• Hendaklah waspada dari bermalas-malasan dalam hal itu kerana hari ini jika terlewat maka tidak dapat diganti, berbeza dengan hari-hari yang lainnya.”
(Al-Adzkar 1/198)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
💭🌴 Doa Di Hari Arafah

• عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده أن النبي قال خير الدعاء دعاء يوم عرفة وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيئ قدير.
رواه الترمذي وصححه الألباني  2837

• Dari Amr bin Syuaib dari ayahnya dari atuknya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah dan dan terbaik yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيئ قدير.

• وعن عائشة قال رسول الله ما من يوم أكثر من أن يعتق الله عبدا من النار من يوم عرفة...
رواه مسلم 3354

• Dari Aisyah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Tiada hari yang paling banyak Allah bebaskan hambaNya dari neraka seperti hari Arafah.”

• قال عطاء :
" إن استطعت أن تخلو بنفسك عشية عرفة فافعل "
الزهد للإمام أحمد ( ٢٢١١ )

• Imam Atho berkata, “Jika engkau boleh menyendiri di hari Arafah, maka lakukanlah. (untuk banyak banyak berdoa dan berdzikir dan tidak tersibukkan dengan orang lain, beliau katakan ini kerana keutamaan hari Arafah dan waktunya yang tidak banyak, wallahu a'lam).” (Az-Zuhud al-Imam Ahmad 2211)

• Ibnul Mubarok berkata, “Aku mendatangi imam Sufyan ats-Tsawri di siang Arafah dalam keadaan beliau duduk pada kedua lututnya dan beliau menangis, maka aku tanya beliau, “Siapakah orang yang paling jelek keadaannya sekarang?” Jawab beliau, “Orang yang menduga bahawa Allah tidak akan mengampuninya.” (Lathoif 310)

• Imam Thowus dan para muridnya disebutkan kalau memasuki waktu asar mereka menghadap kiblat berdoa dengan sungguh-sungguh dan mereka tidak bicara dengan siapapun. (Az-Zuhud al-Imam Ahmad 377)

فاجتهدوا يا إخوتاه

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Berdoa Bersungguh-Sungguh Pada Hari Arafah
🕋🌵 Semua Doa Di Hari Arafah Dikabulkan

عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: خير الدعاء دعاء يوم عرفة وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

• Dari Amr bin Syuaib dari ayahnya dari atuknya bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah dan sebaik-baik yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير.“
(HR Tirmidzi 3/184)

• Al-Imam Ibnu Abdil Bar رحمه الله berkata, “Hadits ini dalil yang menunjukkan bahawa doa hari Arafah secara umum dikabulkan semuanya insyaAllah, kecuali orang yang melampaui batas dalam doa dengan sesuatu yang tidak Allah redhai.” (Al-Istidzkar 2/430)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🕋 Berhusnu Dzonlah Kepada Allah Di Hari Arafah

• Abdullah bin Mubarak رحمه الله berkata, “Aku datang kepada Imam Sufyan ats-Tsawri pada petang hari Arafah (9 Dzulhijjah) dalam keadaan beliau sedang duduk pada kedua lututnya dan air mata beliau berlinang lalu beliau menoleh kepadaku, maka aku pun bertanya kepada beliau, “Siapakah orang yang paling buruk keadaannya saat ini?” Beliau menjawab, “Dia adalah orang yang mengira bahawa Allah tidak akan memaafkannya.”

• Dan diriwayatkan dari Fudhail ibn Iyyadh رحمه الله, ketika beliau melihat orang pada bertasbih (dzikir) dan menangis di petang hari Arafah (9 Dzulhijjah), maka beliau berkata, “Menurut kalian kalau seandainya orang-orang ini mendatangi seseorang dan minta kepadanya satu danik (1/6 dirham, ertinya nilai yang kecil sekali) apakah mungkin akan dia tolak?” Mereka menjawab, “Tidak mungkin”. Maka kata Fudhail, “Demi Allah, ampunan bagi Allah lebih ringan dibanding pemberian satu danik orang tersebut.”
(Lathoif Maarif 632)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
🌳🌴 Sebab-Sebab Terampuni Dosa Di Hari Arafah

• Al-Imam Ibnu Rojab رحمه الله berkata, “Barang siapa yang mendambakan untuk dibebaskan dari neraka serta diampuni dosa-dosanya pada hari Arafah, maka hendaklah dia menjaga dan mengamalkan sebab-sebab yang diharapkan dengannya pembebasan dari api neraka serta diampuni dosa-dosanya, antara lain:
1. Puasa di hari itu (9 Dzulhijjah).

2. Menjaga anggota tubuhnya dari yang haram pada hari itu sebagaimana sabda Nabi:

يوم عرفة هذا يوم من ملك فيه سمعه وبصره ولسانه غفر له

“Hari Arafah, hari di mana siapa yang menjaga padanya pendengarannya, penglihatannya dan lisannya, maka akan terampuni (dosa-dosanya).” (HR Ahmad dari Ibnu Abbas 5/17).

3. Memperbanyak dzikir kalimat syahadat dengan ikhlas dan jujur, kerana itu merupakan pokok dasar agama Islam yang Allah sempurnakan pada hari ini (9 Dzulhijjah). Maka barang siapa yang merealisasikan tauhid akan terbebaskan dari api neraka.

4. Memerdekakan hamba jika memungkinkan, kerana barang siapa yang memerdekakan seorang hamba mukmin, maka Allah akan bebaskan dengan setiap anggota tubuh hamba itu tubuh dia dari api neraka.

5. Memperbanyak doa memohon kepada Allah ampunan dan pembebasan dari api neraka kerana sangat diharapkan pada hari ini (9 Dzulhijjah) dikabulkannya doa. Demikian pula hendaknya seorang hamba menjauhi segala dosa yang dapat menghalangi ampunan Allah dan pembebasan dari api neraka, antara lain:

i) Takabbur dan bangga diri.

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٖ فَخُورٖ

“Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.” (Luqman: 18)

ii) Terus menerus melakukan dosa-dosa besar.” (Lathoif Maarif 632)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Bersungguh-Sungguh Berdzikir & Berdoa Di Akhir Hari Arafah

Asy-Syaikh Ahmad bin Abdul Halim رحمه الله berkata:
“Hendaknya setiap muslim bersungguh-sungguh berdzikir dan berdoa pada petang hari Arafah (9 Dzulhijjah) kerana Iblis tidak pernah terlihat di suatu hari yang lebih hina, lebih kecil, lebih geram dan lebih terusir seperti petang hari Arafah. Hal itu kerana dia melihat turunnya rahmat serta betapa Allah mengampuni dosa-dosa besar, kecuali saat Iblis terlihat di hari Badr saat dia melihat Jibril mengatur para malaikat.”
(Majmu Fatawa 26/132)
📣🔊 Lafaz-Lafaz Takbir Dari Salaf

١- " الله أكبر ، الله أكبر ، لاإله إلا الله ، والله أكبر ، الله أكبر ، ولله الحمد "
قال ابن قدامة :
"وهو قول عمر وعلي وابن مسعود وبه قال الثوري وأبو حنيفة وأحمد واسحاق"
[المغني (3/290) ] .
وممن اختار هذا القول :شيخ الإسلام [الفتاوى (24/220) ]
الحافظ ابن رجب [لطائف المعارف (ص364) ]
الشيخ الألباني [تمام المنة (ص356) ] .
الشيخ ابن عثيمين [الشرح الممتع(5/225) ] .

٢- " الله أكبر كبيراً ، الله أكبر كبيرا ، الله أكبر وأجل ، الله أكبر ولله الحمد " ،
رويت عن ابن عباس
روى هذه الصيغة الدارقطني في سننه [(2/25) (1721) وابن أبي شيبة ١/٤٩٠ ..
وصححه الألباني في الإرواء [(3/126)] .

٣- " الله أكبر كبيراً ، والحمد لله كثيراً ، وسبحان الله بكرة وأصيلا "
رواه البيهقي عن الشافعي في معرفة السنن (٥/١٠٩) ، واختارها النووي في الأذكار [الأذكار (ص202) ] .

٤- " الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، لا إله إلا الله ، والله أكبر ، ولله الحمد "
روي عن ابن مسعود ..
[رواه ابن ابي شيبة في مصنفه (2/165)] .

٥- " لا إله إلا الله ، والله أكبر ، الله أكبر ، ولله الحمد"
قال الشوكاني :
"جاء عن عمر وابن مسعود"
[نيل الأوطار (3/330) ] .

٦- " الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر "
وبه قال ابن عباس و مالك والشافعي .. [المغني (3/290) طبعة دار الهجرة] .

*٧- " الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر كبيراً "*
رواه البيهقي عن سلمان [السنن الكبرى (3/316) ] ،
واختاره ابن حجر [فتح الباري (2/462) ] ،
والشوكاني [نيل الأوطار (3/330) ] .

*٨- " الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، ولله الحمد ، الله أكبر وأجل ، الله أكبر على ما هدانا* "
رواه البيهقي عن ابن عباس [السنن الكبرى (3/315) ] ،
وقال الألباني سنده صحيح [الإرواء (3/125) ]

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Selamat Hari Raya Eidul Adha 1445H
Mengadakan Jamuan Makan Pada Hari Raya & Hari Tasyriq
🌴📕 Amalan Yang Dianjurkan Pada Hari-Hari Tasyriq

1⃣: Memperbanyakkan Zikirullah

قال تعالى: (واذكروا الله في أيام معدودات)

📕 Firman Allah, “Dan berzikirlah kepada Allah di hari-hari yang tertentu.”

☝🏼Ibnu Abbas berkata, “Hari-hari yang tertentu adalah hari-hari tasyriq.” (Ath-Thobroniy 3886)

☝🏼An-Nawawi berkata, “Hari-hari tasyriq disunnahkan memperbanyak zikrullah terutama membaca Al-Qur'an.” (Ad-Dzkar 339)

2⃣: Memperbanyakkan Doa

☝🏼Ikrimah berkata, “Dan disunnahkan di hari-hari tasyriq untuk berdoa dengan mengucapkan

(ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار)

Wahai Rabb kami berikan pada kami kebaikan di dunia serta kebaikan di akhirat dan lindungi kami dari azab neraka.” (Abd bin humaid sebagaimana dalam Addurul Mantsur 2/452)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf
Doa Di Hari Tasyriq
Kelebihan Dari Memakan Daging
Kegiatan Di Hari Tasyriq

Al-Imam Hasan al-Bashri رحمه الله berkata:
“Hari-hari tasyriq adalah hari-hari untuk makan dan zikir.”
(Mushonaf Ibnu Abi Syaibah 18097)
Bermesraan Dengan Isteri & Keluarga

Al-Imam al-Bajiy رحمه الله berkata:
“Termasuk dari akhlak mulia adalah bermesraan dengan isteri dan keluarga serta bergaul dengan mereka dengan cara yang baik serta memberi kelonggaran kepada mereka.”
(Muntaqo 7/212)