Islam Itu Sempurna
1.24K subscribers
127 photos
112 links
Sebarkan Ilmu Dakwah Bersama
Download Telegram
to view and join the conversation
Tiga Doa Agar Dimudahkan Segala Urusan Dan Diberi Kemudahan

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/07/03/tiga-doa-agar-dimudahkan-segala-urusan-dan-diberi-kemudahan/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Nabi Kata Kiamat Sangat Dekat Dengan Kita Bila Perkara Ini Berlaku Di KOTA MAKKAH!!! ALLAHU Anda Tengok Sendiri Berapa Banyak Yang Dah Pun BERLAKU!!!

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/04/15/nabi-kata-kiamat-sangat-dekat-dengan-kita-bila-perkara-ini-berlaku-di-kota-makkah-allahu-anda-tengok-sendiri-berapa-banyak-yang-dah-pun-berlaku/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Kajian Sains Yang Membuktikan Mengapa Rasulullah Saw Melarang Kita Mencabut Uban.

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/06/27/kajian-sains-yang-membuktikan-mengapa-rasulullah-saw-melarang-kita-mencabut-uban/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Doa Pendek Yang Mampu Menghilangkan Stres, Sedih, Dan Gelisah

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/11/25/doa-pendek-yang-mampu-menghilangkan-stres-sedih-dan-gelisah/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
7 Rupa Mayat di Dalam Kubur Sesuai Amal dan Perbuatan di Dunia

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/05/03/7-rupa-mayat-di-dalam-kubur-sesuai-amal-dan-perbuatan-di-dunia/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Ini Azab Untuk Wanita yang Suka Menggoda Suami Orang

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/07/13/ini-azab-untuk-wanita-yang-suka-menggoda-suami-orang/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Allahuakhbar, Inilah Surah Dalam Al-Quran Yang Nilainya Sepertiga Al-Quran

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2019/02/15/allahuakhbar-inilah-surah-dalam-al-quran-yang-nilainya-sepertiga-al-quran/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah.

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/06/25/baca-ayat-ini-sebanyak-7-kali-setiap-kali-selesai-solat-fardhu-dengan-izin-allah-2/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Keistimewaan Dan Manfaat Dua Ayat Surah Yusuf Dan Taha, Meraih Hormat orang Kepada Kita

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2019/02/17/keistimewaan-dan-manfaat-dua-ayat-surah-yusuf-dan-taha-meraih-hormat-orang-kepada-kita/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Forwarded from Taman Ilmu
Minum Dengan Perlahan, Kalau Rasa Nak Muntah Jangan Tahan, Mungkin Itu Sihir. Air Kelapa Muda Berkesan Buang ”Racun” Dalam Badan

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/06/25/minum-dengan-perlahan-kalau-rasa-nak-muntah-jangan-tahan-mungkin-itu-sihir-air-kelapa-muda-berkesan-buang-racun-dalam-badan/

Jangan lupa Follow Telegram Taman Ilmu:

https://tttttt.me/tamanilmuofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
9 Ciri-ciri Anak Yang Membawa Rezeki Untuk Orangtuanya, Ternyata No.6 Sangat Jarang Dimiliki …

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/05/27/9-ciri-ciri-anak-yang-membawa-rezeki-untuk-orangtuanya-ternyata-no-6-sangat-jarang-dimiliki/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Bagaimana Mendapat Syafaat Di Akhirat?
=======
1. Selain daripada syafaat yang akan dikurniakan oleh Rasulullah buat umatnya yang terpilih, terdapat beberapa amalan (seperti yang dinyatakan di dalam hadis Rasulullah) berupaya mengurniakan syafaat buat seseorang.

2. Antaranya seperti amalan membaca al-Quran dan berpuasa. Berdasarkan hadis yang sahih, kedua amalan ini berupaya memberikan syafaat yang akan mempertahankan buat mereka yang mengamalkannya.

3. Malah, dalam sebuah hadis yang khusus, Surah al-Baqarah dan Surah Ali Imran dikatakan akan hadir pada hari kiamat mengiringi mereka yang mengamalkannya.

اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ، وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ، فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا

"Bacalah Surah al-Baqarah dan Surah Ali Imran. Sesungguhnya kedua surah ini akan hadir pada hari kiamat seperti awan (yang melindungi). Kedua surah ini akan berhujah buat mereka yang membacanya." (HR Muslim)

4. Dengan itu setiap kita seharusnya berusaha menjadikan amalan membaca al-Quran dan berpuasa ini sebagai amalan khusus sebagai bekalan peribadi buat diri kita di akhirat kelak.

5. Selain itu, penghayatan dan pengucapan syahadah yang sempurna turut berupaya menjemput syafaat. Syahadah yang diucapkan haruslah disertaikan dengan penghayatan dan tindakan yang menyucikan Allah dari segala kesyirikan. Lazimi dan jadikanlah syahadah sebagai zikir harian kita.

6. Dan mereka yang dikurniakan kelebihan disolatkan oleh ramai manusia ketika dia meninggal turut berpeluang mendapat syafaat. Rasulullah menjelaskan bahawa seseorang yang disolatkan jenazahnya lebih 40 lelaki, maka Allah berhak untuk mengurniakan buat dirinya syafaat.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Berat Tanggungjawab Seorang Ayah
===========
1. al-Imam Ibn al-Qayyim menegaskan, seorang ayah yang leka boleh memberikan kesan yang besar terhadap kerosakan anak-anaknya. Kata al-Imam:

فَمَا أفسد الْأَبْنَاء مثل تغفل الْآبَاء وإهمالهم

“Maka tidak ada yang lebih merosakkan seperti kelekaan serta kelalaian ayah-ayah mereka (dari mendidik dan tanggungjawab terhadap keluarga).” (Tuhfatul Maudud)

2. Malah Ibn al-Qayyim menegaskan, kebanyakkan kesan buruk terhadap anak adalah apabila ayah mereka gagal berfungsi dalam mendidik mereka. Kata ibn al-Qayyim:

وكل هَذَا عواقب تَفْرِيط الْآبَاء فِي حُقُوق الله وإضاعتهم لَهَا وإعراضهم عَمَّا أوجب الله عَلَيْهِم من الْعلم النافع وَالْعَمَل

“Dan semua kesan buruk ini adalah akibat kealpaan ayah terhadap hak-hak Allah, mereka meninggalkan hak-hak Allah serta menjauhi apa yang telah diwajibkan oleh Allah terhadap mereka dari aspek ilmu yang bermanfaat dan amal soleh.” (Ibn al-Qayyim).

3. Begitu juga seorang ayah dan suami berperanan membantu keluarga dan membina kehidupan yang menepati syariat. Kegagalan ini berupaya menyebabkan mereka dihina di akhirat. Sabda Rasulullah:

"ثَلَاثَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَة:ِ الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ، وَالدَّيُّوثُ

“Tiga golongan yang tidak akan dilihat oleh Allah dihari akhirat kelak: Orang yang menderhaka terhadap ibubapa, wanita yang menyerupai lelaki dan si dayus.” (HR Ahmad)

4. Menurut hadis, dayus adalah lelaki yang membiarkan kejahatan maksiat atau zina (ada segala puncanya) berlaku di dalam rumahnya. Sabda Rasulullah:

والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ

“Dan si dayus itu adalah mereka yang membiarkan kemungkaran besar (zina atau segala puncanya) berlaku dalam rumahnya.” (HR Ahmad)

5. Atas dasar itu, kebanyakkan dialog di dalam al-Quran dipamerkan perbualan antara anak dengan ayah. Ia seakan menunjukkan fungsi dan peranan seorang ayah dan suami. Nabi Yusuf mengadu masalah dengan ayahnya Nabi Ya’qub. Luqman al-Hakim mendidik anaknya tentang aqidah dan tauhid.

6. Bahkan doa seorang ayah jugalah yang ditekankan di dalam al-Quran. Ini dipamerkan melalui doa Nabi Ibrahim terhadap anaknya. Nabi Ibrahim mendoakan agar anak-anaknya dijadikan dikalangan mereka yang mendirikan solat. Doa Nabi Ibrahim:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Wahai Tuhanku, jadikanlah diriku dikalangan mereka yang mendirikan solat, begitu jugalah dengan seluruh zuriatku, wahai Tuhanku, perkenankanlah doaku ini.

Semoga ia adalah muhasabah buat diri ini. Semoga ia muhasabah buat seluruh ayah.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Forwarded from Taman Ilmu
Pasangan Yang Memberi Kebahagiaan
=========
1. Dalam menerangkan tentang kebahagiaan, Rasulullah meletakkan isteri yang solehah sebagai elemen yang paling utama dalam mencapai ketenangan hidup. Sabda Rasulullah:

أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَبُ الهنيء

“Empat daripada perkara kebahagiaan iaitu isteri (atau pasangan) yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik serta kenderaan yang tenang.” (HR al-Hakim)

2. Pada hakikatnya, sifat soleh atau solehah tersebut bukan sekadar untuk dirinya sendiri sahaja bahkan seseorang itu seharusnya berupaya memberi ketenangan kepada pasangannya.

3. Ini selaras dengan fitrah yang diciptakan oleh Allah buat manusia. Al-Quran menjelaskan bagaimana setiap pasangan itu adalah tempat untuk seseorang memperoleh ketenangan jiwa. Firman Allah:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا

“Dan di antara tanda kebesaran Allah, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dalam kalangan kamu, supaya kamu memperoleh ketenangan dengannya.” (Surah al-Rum: 21)

4. Ketika penurunan wahyu pertama berlaku, Rasulullah pulang dalam keadaan cemas dan ketakutan. Bahkan Baginda mengadu kepada Saidatina Khadijah tentang kebimbangannya terhadap dirinya sendiri. Ketakutan ini dileraikan dan ditenangkan oleh Khadijah.

5. Di sini jelas terpamer peranan Khadijah sebagai agen yang menyuntik ketenangan buat Baginda Nabi. Khadijah bukan sahaja menyelimutkan Baginda, memujuk Nabi bahkan menyebutkan sifat-sifat baik memuji Rasulullah bagi menenangkan Baginda. Perhatikan bagaimana pasangan kita seronok ketika dipuji. Bukankah ia menyuntik kebahagiaan seketika?

6. Begitulah ketika kepulangan suami/isteru yang pulang dalam keadaan dirundung kebimbangan tidak seharusnya disambut dengan pertambahan kekusutan masalah yang lain sebaliknya ditenangkan kemelut pasangan tersebut.

7. Perkara yang sama turut dilakukan oleh Saidatina Ummu Sulaim yang tidak menceritakan tentang kematian anaknya kepada suaminya Abu Talhah sehingga sesudah diselesaikan urusan Abu Talhah.

Menurut riwayat al-Bukhari, Ummu Sulaim dikatakan menguruskan segala keperluan Abu Talhah dahulu dan mencari waktu yang sesuai untuk disampaikan berita sedih tersebut. Perhatikan bagaimana pasangan memainkan peranan penting dalam menghadapi kemelut domestik.

8. Atas dasar itu Rasulullah menjelaskan bahawa sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Mereka bukan sekadar menenangkan mata yang memandang bahkan menyejukkan jiwa yang kekusutan. Sabda Rasulullah:

الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.” (HR Muslim)

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Taman Ilmu
telegram.me/tamanilmuofficial
Anak Nakal, Ibu Dan Ayah Harus Tahu Tempat Untuk Gosok Anak

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/09/04/anak-nakal-ibu-dan-ayah-harus-tahu-tempat-untuk-gosok-anak/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Kunci Panjang Umur dan Murah Rezeki ada pada IBUBAPA. BACALAH

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/12/25/kunci-panjang-umur-dan-murah-rezeki-ada-pada-ibubapa-bacalah/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Kesungguhan Salaf Menuntut Ilmu
=======
1. Ceritakan kepada anak-anak kita bahawa generasi salafussoleh terdahulu adalah contoh terbaik yang perlu dijadikan pedoman buat seorang Muslim dalam usaha menuntut ilmu.

2. al-Imam al-Bukhari meriwayatkan kisah Saidina Jabir bin Abdillah al-Ansari yang mengembara dari Madinah ke negeri Syam (yang jaraknya lebih kurang 1600 KM) selama sebulan semata-mata ingin mendengar satu hadis dari Abdullah bin Unais.

3. Begitu juga dengan kisah Umar bin Abdul Hakim al-Rawwasi, seorang perawi hadis yang mengembara dalam musim sejuk sehingga rosak jari-jemarinya. Kisah ini direkodkan oleh al-Imam al-Zahabi yang menceritakan:

سقطت أصابعُ عُمَر الرَّوَّاسيّ في الرحلة مِن البرد الشّديد

“ Telah gugur rosak jari-jemari beliau (Umar al-Rawwasi) ketika pengembaraan (menuntut ilmu) dalam musim yang sangat sejuk.” (Tarikh al-Islami)

4. Malah Hisham bin Ammar menjelaskan bahawa ayahnya berkorban menjual rumah demi membolehkan dirinya menuntut ilmu. Kata Hisham:

باع أبي بيتًا له بعشرين دينارًا وجهزني لطلب العلم والحج

"Ayahku telah menjual rumahnya bagi mendapatakn 20 wang dinar emas untuk mempersiapkan aku untuk menuntut ilmu dan menunaikan haji."

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Mengapa Surah Al-Taubah Tdak Dimulakan Dengan Bismillah

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2019/03/17/mengapa-surah-al-taubah-tdak-dimulakan-dengan-bismillah/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Kempen Masuk Syurga Sekeluarga
==========

1. Surah al-Tahrim menyediakan kepada kita satu panduan yang lengkap mengenai kempen “masuk syurga sekeluarga.” Kempen ini dimulakan dengan peringatan kepada suami agar sentiasa membimbing isteri dan ahli keluarga mereka agar sentiasa mematuhi perintah syarak.

2. Dalam permulaan surah ini Allah menegur Rasulullah supaya tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak semata-mata ingin menjaga hati isteri.

3. Perbincangan ini disusuli dengan peringatan yang sangat tegas di mana Allah meminta kita memelihara diri dan keluarga kita dari neraka. Andai gagal, kita yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)…”

4. Kemudian al-Quran menampilkan contoh isteri-isteri yang terpisah dari suami mereka. Mereka bukan sahaja tidak beriman malah mengkhianati dakwah suami mereka lalu Allah humban mereka ke neraka terpisah dari suami mereka di syurga. Firman Allah:

وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ

"Masuklah kamu berdua (isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut) ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)".

5. Setelah itu Allah bayangkan kepada kita, terdapat juga isteri yang dianugerahkan istana di syurga, namun suami mereka merengkok ke neraka. Mereka adalah pasangan yang terpisah dek keimanan yang berbeza. Firman Allah:

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang-orang mukmin iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim."

6. Akhirnya Allah tutup perbincangan ini dengan menjelaskan mengenai wanita yang tidak mempunyai pasangan. Wanita yang masih belum berpasangan ini hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka seperti Saidatina Maryam yang akhirnya dikurniakan syurga oleh Allah.

Semoga Allah membimbing kita untuk ke syurga sekeluarga.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial