YH MARKETING
785 subscribers
57 photos
15 videos
7 files
292 links
LECEH MAHU PROMOTE CHANNEL SENDIRI?? USAH RISAU!! KAMI BANTU ANDA PROMOTE CHANNEL ANDA KEPADA CHANNEL YANG ADA DALAM LIST KAMI! MURAH DAN BERBALOI!!

**T&C APPLY

YH Marketing (MA0229920-K)

PM @yhautoswap_bot atau paid review di @yhpaid_bot
Download Telegram
​​PAID REVIEW DAN AUTOSWAP TELAH BERJALAN SEPERTI BIASA

ALHAMDULILLAH, SERVER TELAH KEMBALI NORMAL SEPERTI BIASA.

PAID REVIEW TELAH DIMULAKAN SEJAK MINGGU INI LAGI DENGAN PENAMBAHBAIKAN LIST DAN CHANNEL YANG SEDIA ADA.

BAGI MEREKA YANG MAHU AUTOSWAP PERCUMA, BOLEH REQUEST UNTUK JOIN LIST, PERCUMA JE CUMA SUBSCRIBERS MESTI 500 SUBS DAN IKLAN MASUK DALAM CHANNEL ANDA.

PAID REVIEW PULA KAMI OFER BUAT MASA INI PAKEJ GOLD DENGAN DISKAUN RM80, ANDA HANYA BAYAR RM130 SAHAJA BERBANDING HARGA ASAL RM210 SEBULAN/30 HARI.

NAMUN PAKEJ PAID REVIEW INI TERHAD UNTUK 10 CHANNEL YANG PAID REVIEW SAHAJA.

ADMIN TIDAK MAHU AMIK BANYAK-BANYAK CHANNEL PAID REVIEW BAGI MENJAGA KUALITI PAID REVIEW ITU SENDIRI.

BAGI YANG MAHU PAID REVIEW, BOLEH MENGHUBUNGI ADMIN DI
@yhpaid_bot SEGERA TEMPAT TERHAD

TERIMA KASIH. 😊
YH MARKETING
saya limitkan pakej gold ni pada 8 slot sahaja ye. masih kosong lagi 3 slot. jika mahu comments di sini ya 😁
tinggal lagi 2 slot kosong. pm cepat ya. tempat terhad. saya limitkan sebab saya menjaga kualiti promosi saya. harap yang tak dapat join tu nanti bersabar ya. saya akan maklum dari masa ke semasa jika ada kekosongan. terima kasih. 😁
LAIN ORANG LAIN CARA PROMOTE CHANNEL

Dalam telegram ni, sejak 3 tahun lepas selepas penubuhan @yhmarketing, orang-orang yang buat promote channel ni boleh dikatakan tumbuh macam cendawan.

Namun apa yang sama antara mereka dengan admin adalah matlamatnya untuk
MENAIKKAN SUBSCRIBERS

Namun begitu, usah tertipu atau terpedaya dengan bilangan angka subscribers sesuatu channel itu kerana barangkali subscribers itu datang dari luar negara dengan menggunakan sistem server yang dinamakan FAKE SUBSCRIBERS

Kenapa ada istilah FAKE SUBSCRIBERS ni? Sebab subscribers tu hanya mahu dilihat seakan channel itu mendapat banyak sambutan.

Kalau dulu, hanya channel business sahaja yang guna sistem ni, tetapi channel quote pun ada juga guna sistem ini.

Admin berasa hairan dan pelik melihat mereka yang "tidak sabar" membangunkan channel mereka.

Bagi admin ada pro dan kontra juga sistem ini namun lain orang lain pendapatnya.

Sesuatu channel itu tidak dapat berkembang jika anda hanya posting atau up content sendirian sahaja dalam channel anda tanpa "memperkenalkan" channel anda kepada channel lain.

Konsepnya simple. Anda hubungi satu channel, minta dia promote channel anda dan anda promote semula channel mereka. Konsep ini dinamakan "SWAP CHANNEL"

Apabila ada channel yang tiba-tiba keluar iklan dan kata sesiapa yang mahu promote channel mereka dalam channel dia, minta hubungi admin sekian-sekian. Ini pula dinamakan "OPENSWAP". Ada masa-masa tertentu admin channel itu benarkan dan sampai masanya iklan itu akan dipadam.

Cara lain dinamakan "AUTOSWAP" sepertimana yang admin buat sekarang dan konsisten sudah 3 tahun lebih.

AUTOSWAP ini terdiri dari contact-contact admin yang mana mereka ini benarkan admin promote channel dalam channel mereka.

Bukan mudah ya untuk hubungi channel dan mendapatkan kebenaran mereka. Usaha ini telah lama admin lakukan dan ini dilakukan secara PERCUMA DAN BERSYARAT.

Syaratnya simple, asalkan benarkan admin iklankan iklan admin ke dalam channel mereka dan subscribers mesti 500 baru boleh join AUTOSWAP admin.

Kadang percuma ni pun ada yang masih demand kononnya subscribers dia ramai, kalau nak join AUTOSWAP dengan admin, admin kena tunjukkan satu-satu list kepada mereka, kalau mana list berkenan baru nak join. Pelik jugak. Mintak admin tolong promote channel mereka tetapi demand tak tentu pasal walhal takde bayar satu sen pun.

Perkara ni merupakan asam garam dalam perniagaan admin ni. Dah ramai dah admin jumpa. Nasihat admin, kalau nak join, ikut tertibnya, kalau taknak, boleh cari lain. Simple.

Admin pun taknak banyakkan channel dalam list admin sebab nanti mengganggu cara pengiklanan admin.

Selain dari AUTOSWAP, admin buat juga "PAID REVIEW".

PAID REVIEW ni fungsi sama macam autoswap cuma iklan tidak masuk dalam channel yang paid review. Simple.

Dulu ada banyak pakej sekarangni admin kecikkan pakejnya dan naikkan harganya serta kekalkan bilangan channel yang boleh paid review.

Cara ni sebenarnya mendatangkan masalah semula pada admin kerana income admin akan jadi kecil, tetapi bagi admin carani sebenarnya lebih berkesan dan lebih membantu channel untuk naikkan subscribers mereka.

Memang dari segi income admin akan berkurang tetapi admin dapat rekemen orang atas orang.

Orang yang rekemen admin itu tentulah merupakan client admin yang tahu keberkesanan paid review admin.

Dan sepanjang admin dalam business ini, admin selalu menunaikan janji tanpa gagal.

Antaranya adalah jika subscribers tak meningkat dalam masa sebulan selepas paid review, admin akan bagi refund semula 50% daripada wang yang mereka bayar.

Alhamdulillah atas dasar inilah mereka percaya dengan perkhidmatan
@yhmarketing.

Nasihat admin, jika anda mahu paid review, dengan sesiapa pun. Sila pastikan paid review anda ini disertakan dengan beberapa soalan penting. Antara soalannya boleh lihat Q&A yang admin telah pin, di pin message channel
@yhmarketing.

Semoga berjumpa lagi. Selamat maju jaya. Jazakallahu khayran ☺️❤️
INILAH HASIL CHANNEL PAID REVIEW GOLD DENGAN YH MARKETING

Jika dilihat sebelumnya, channel berikut mengalami penurunan/sekata kemasukkan subscribers dalam channel tersebut namun selepas paid review dengan @yhmarketing, belum sampai sebulan, channel tersebut mengalami kenaikkan yang mendadak.

Harus diingatkan disini, tidak semua channel yang paid review dengan
@yhmarketing mengalami kenaikkan subscribers yang sama.

Ada channel yang naik subscribers laju, ada channel yang naik subscribers perlahan dan ada channel yang tidak naik seperti graf tersebut tetapi terdapat kemasukan subscribers setiap hari di channel mereka.

Antara faktor yang admin lihat mengapa ada channel yang kenaikkan subscribersnya berbeza adalah seperti berikut:

1. Barangan yang dijual dalam channel mereka merupakan barangan yang digunakan orang ramai.

2. Channel sentiasa dikemaskini dengan update berkaitan produk setiap hari.

3. Cara posting yang digunakan dalam channel mereka berkesan

4. Gambar channel yang kerap diubah sepanjang promosi paid review

5. Selalu followup dengan client masing-masing

6. Ramah dan mesra dengan client (sentiasa message client mereka dengan emoji) 😂

Inilah antara faktor mengapa ada channel yang kenaikkan subscribersnya adalah laju, ada sederhana dan ada pelahan.

Admin harapkan tips ini membantu anda bagi mereka yang paid review dengan admin.

Seperkara lagi. Slot untuk paid review dengan
@yhmarketing adalah terhad. Jadi jika ada kosong, cepat2 grab sebabnya jika penuh, khuatir lambat anda terpaksa tunggu kadang sebulan kadang berbulan-bulan. 😅

Sebabnya admin ada client yang telah paid review dengan admin bertahun-tahun. Last mereka tidak paid review mse bot sedang mengalami masalah dan mereka tidak dapat dihubungi setelah itu. 😢

Semoga berjumpa lagi dan selamat maju jaya
😘☺️

@yhmarketing
YH MARKETING
Tggl lagi 1 slot ya. Terima kasih 😊
Slot ini telah dibooking cuma belum ada bayaran dibuat. Masih ada 1 kekosongan. Siapa cepat dia dapat 😂
YH MARKETING
Slot ini telah dibooking cuma belum ada bayaran dibuat. Masih ada 1 kekosongan. Siapa cepat dia dapat 😂
image_2021-06-14_00-06-56.png
469.5 KB
slot sudah penuh ya. jika mahu request paid review boleh request 20hb ke atas ya sbb waktu tu ada yang sudah sampai due date cuma tak tahu nak renew atau tak, apa-apa saya maklum ya dalam ni. terima kasih. ☺️👍🏻
ISU PdPR DAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT BERKESAN MELALUI TELEGRAM

Musim PdPR kembali lagi, Semenjak PKP ini berlaku, sistem pembelajaran anak-anak kita telah bertukar daripada bersemuka kepada pembelajaran atas talian.

Pada awalnya nampak seakan mudah namun tidak semudah yang disangka.

Guru-guru mencuba pelbagai inisiatif pembelajaran supaya anak muridnya dapat mengikuti perkembangan pembelajaran dari masa ke semasa.

Pada mulanya guru menggunakan aplikasi WhatsApp dengan memasukkan ibu bapa ke dalam whatsapp tersebut namun apa isu yang dihadapinya adalah setelah lama menggunakan pendekatan di whatsapp, tiba-tiba jika guru tersebut mahu memasukkan ibu bapa yang baru ke dalam group, segala sejarah message terdahulu tidak dapat dilihat oleh ibu bapa tersebut.

Guru pula terpaksa scroll atau membuat carian message tersebut dan majukan semula message tersebut ke dalam group.

Inilah kesulitan yang guru-guru hadapi. Adakalanya penyampaian maklumat menjadi tidak berkesan dengan aplikasi WhatsApp.

Seterusnya guru mencuba inisiatif yang lain iaitu dengan menggunakan aplikasi telegram pula.

Guru menggunakan fungsi group untuk menghimpunkan ibu bapa dalam group tersebut dan kemudian segala maklumat disampaikan dalam group tersebut.

Berbeza dengan whatsapp, group di telegram boleh memaparkan sejarah message terdahulu dan ibu bapa yang baru masuk group tersebut boleh melihat message terdahulu.

Cumanya guru perlu menjadikan group tersebut sebagai
SUPERGROUP barulah sejarah message terdahulu boleh dibaca.

Namun lama-kelamaan guru tersebut mendapati satu isu lain apabila menggunakan group di telegram iaitu message yang disampaikan cuma satu sahaja tetapi maklumbalas yang diterima terlalu banyak.

Timbul kesulitan di group telegram apabila guru terpaksa membuat carian atau scroll semula message tersebut sama seperti aplikasi WhatsApp dan penyampaian maklumat menjadi sulit.

Dan ditambah lagi ibu bapa dan guru berhadapan dengan situasi terpaksa menggunakan dua aplikasi dalam satu masa iaitu whatsapp dan telegram.

Antara langkah penyelesaian yang boleh membantu guru dalam penyampaian maklumat yang lebih berkesan adalah seperti berikut:

1. Guru harus menyahaktifkan group whatsapp dan hanya menggunakan telegram.

2. Guru perlu mencipta channel di telegram yang bertujuan segala isi pembelajaran akan dimasukkan di dalam channel tersebut.

3. Guru perlu juga mencipta group telegram dan link group telegram tersebut dengan channel yang telah diciptanya.

Jadi disini, guru telah mencipta dua fungsi iaitu
CHANNEL sebagai isi pembelajaran dan GROUP pula sebagai maklumbalas kepada isi pembelajaran dalam channel.

Guru hanya perlu kongsikan link channel kepada ibu bapa dan link group tidak perlu dikongsi.

Apabila sesuatu isi pembelajaran yang dimuatnaik ke dalam channel maka isi pembelajaran itu akan automatik dihantar ke dalam group tersebut.

Fungsi ini berlaku setelah group itu disambung dengan channel.

Maka isi pembelajaran dapat dipantau dan segala komen dapat dijawab berdasarkan isi pembelajaran tersebut.

Bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan tutorial membuat channel dan telegram boleh click link ini: 👇

https://youtu.be/9MLGlnuv-fo

Inilah satu kaedah yang terbaik dalam penyampaian maklumat guru kepada ibu bapa.

Adakah anda menghadapi isu yang seperti saya kongsikan ini?

Sila balas komen dibawah dan message ini akan disebarkan kepada pengetahuan semua agar penyampaian maklumat dalam proses PdPR ini ditambahbaik lagi pada masa hadapan oleh para guru. In shaa Allah, aamiin


Jazakallahu khayran. 😊
tinggal lagi 1 slot Paid Review ya. itu pun sudah ada orang yang merisik. selepas ini, kekosongan akan datang pada 30 haribulan atau awal julai 2021. terima kasih ☺️
jika anda mahu promote percuma pula yang dinamakan sebagai autoswap, anda boleh tinggalkan message dengan menekan link @yhautoswap_bot

Syaratnya anda memiliki 500 subscribers dan jika channel business wajib ada ssm. membenarkan iklan masuk dalam channel anda dan boleh delete iklan kami dalam tempoh selepas 12 jam sahaja.

terima kasih ☺️
Forwarded from YH Testimoni
​​PAKEJ GOLD (RM130/LINK) - DISKAUN RM80

@glowserumcosmetic_teamcikguadah

27.05.2021 HINGGA 26.06.2021

Dri 20 ➡️ 134

Kenaikkan 570% atau 114 subsribers sebulan

#testimoni
Pm admin : @yhpaid_bot
@yhmarketing
@yhtestimoni
MORATORIUM
Morotorium automatik 6 bulan bermula Julai untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20

i-Citra KWSP
Ahli KWSP boleh buat pengeluaran sehingga RM5,000. Pengeluaran RM1,000 sebulan selama 5 bulan bermula Ogos.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP bermula 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021.

#PEMULIH
PEMULIH: RM500 Bantuan Kehilangan Pendapatan disalur pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan - PM Muhyiddin
PEMULIH: Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus bagi tempoh tiga bulan mulai bil Julai ini - PM Muhyiddin