Taman Ilmu
8.23K subscribers
241 photos
2 videos
263 links
Sebarkan ilmu itu sebagai nasihat yang berguna untuk semua
Download Telegram
Jangan Jemu Mendoakan Anak
=========
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)

2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:

إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ

“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.

3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.

4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solar, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)

5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:

رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”

Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.

6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ

“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)

7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan. Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.

8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu berdoa. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikuniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

📮Join Telegram Taman Ilmu
telegram.me/tamanilmuofficial
Doa Para Nabi Dalam Quran
========
Didik diri dan anak-anak untuk berdoa menggunakan lafaz yang diungkapkan sendiri oleh para Nabi seperti yang direkodkan di dalam al-Quran. Ungkapan doa daripada al-Quran ini adalah sebaik-baik lafaz yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Taman Ilmu
telegram.me/tamanilmuofficial
"Jom Sahut Zikir Nabi Yunus 100x &
Zikir Murah Rezeki 100x"

Manfaat membaca zikir Nabi Yunus.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Baginda lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus A.S.”

“Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin”

Ertinya: Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang zalim.

Justeru, amalkanlah zikir ini jika anda ditimpa masalah atau bencana, dan jadikanlah amalan agar diri sentiasa terpelihara daripada bencana.
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Jangan Hina Nabi Kami
======
1. Apabila Perancis mengeluarkan semula karikatur yang menghina Rasulullah, umat Islam seharusnya sensitif dengan isu ini. Ini kerana, al-Quran mendidik kita agar menghormati Rasulullah.

2. Perhatikan bagaimana al-Imam Malik sangat menghormati Rasulullah sehingga tidak menunggang binatang di Madinah. Qadi Iyad menejelaskan bahawa al-Imam Malik tidak menunggang kerana menghormati jasad Rasulullah ﷺ yang dikebumikan di Madinah. Kata al-Imam Malik:

أستحي من الله أن أطأ تربة فيها رسول الله بحافر دابة

“Aku malu dengan Allah untuk memijak tanah yang disemadikan di dalamnya jasad Rasulullah ﷺ dengan kuku binatang.”

Lihatlah betapa tinggi penghormatan yang diberikan al-Imam Malik kepada Rasulullahﷺ.

3. Malah Saidina Umar dikatakan pernah memarahi dua orang lelaki yang meninggikan suara mereka di dalam Masjid Nabi. Andai tinggikan suara dalam masjid Nabi pun dimarah oleh Saidina Umar, apatah lagi melukis karikatur yang menghina dan mengaibkan Rasulullah.

Semoga umat Islam bersatu menentang kaum yang menghina Rasulullah.

📮Join Telegram Taman Ilmu
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Bacaan Rasulullah Dalam Solat
==========
Ajarkan kepada diri dan anak-anak tentang surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah dalam solat Baginda. Maklumat ini dikumpulkan berdasarkan sebahagian hadis yang diriwayatkan. Semoga kita membaca surah-surah yang pernah dibaca oleh Rasulullah dalam solat. Pun begitu tiada halangan sekiranya kita ingin membaca surah yang lain.

Semoga Allah membimbing kita.

Kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Tangisan Rasulullah untuk Kita
==============
1. Rasulullah sering memikirkan tentang kita. Ya, kita (umatnya). Kadangkala, bimbang akan kelalaian dan kealpaan umatnya, Rasulullah tiba-tiba menangis.

2. Pernah satu ketika berlaku gerhana matahari di zaman Nabi. Keadaan mendung dan kelam ini mengingatkan Rasulullah tentang azab yang menimpa umat terdahulu dimana bumi menjadi gelap. Rasulullah lantas melaksanakan solat gerhana. Dalam sujud yang panjang Rasulullah menangis dan merintih:

أَلَمْ تَعِدْنِي أَنْ لا تُعَذِّبَهُمْ وَأَنَا فِيهِمْ‏؟‏ رَبِّ أَلَمْ تَعِدْنِي أَنْ لا تُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ‏

“Wahai Tuhanku, bukankah kau berjanji tidak akan memberikan azab terhadap umatku sedangkan aku di sisi mereka? Wahai Tuhanku, bukankah kau berjanji tidak akan mengazab mereka sedangkan mereka beristighfar?” (HR Tirmizi, al-Shamail; Muslim, Sahih)

3. Malah, menurut Abdullah ibn Amru, ketika Rasulullah membaca ayat berkenaan doa Nabi Ibrahim terhadap umatnya (surah Ibrahim: 36) dan tentang doa Nabi Isa tentang umatnya (al-Maidah:118), Rasulullah tiba-tiba menangis lalu berdoa:

اللهُمَّ أُمَّتِي أُمَّتِي

“Ya Allah, umatku, umatku.” (HR Muslim)

4. Sayang sungguh Rasulullah pada kita. Dalam solat, Baginda menangis kerana teringatkan kita. Ketika membaca Quran, teringat lagi tentang kita lalu Baginda menangis. Betapa sayang Rasulullah pada kita.

Mari perbanyakkan selawat buat Baginda Nabi.

Allahumma salli ‘ala Saidina Muhammad.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Bersedekah Ketika Kita Memerlukan
=======
1. Rasulullah memuji seorang lelaki yang sanggup menyumbang dan bersedekah dalam keadaan dia kedekut kerana masih memerlukan wang tersebut. Sabda Rasulullah:

أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى

(Sedekah yang paling besar ganjarannya ialah) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan. (HR al-Bukhari)

2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa manusia pada kebiasaannya akan merasa kedekut dalam keadaan dia sihat dan bercita-cita menjadi kaya. Mereka hanya menyumbang ketika mereka sakit dan telah memenuhi cita-cita mereka sahaja.

3. Dengan itu Rasulullah mendidik kita agar sentiasa menyumbang biarpun saat kita memerlukan wang tersebut. Bahkan kesediaan kita menyumbang saat memerlukan menunjukkan kebergantungan jiwa yang tinggi kepada Allah.

4. Al-Imam Ibn Hajar pula menjelaskan bahawa hadis ini menunjukkan keperluan bagi seseorang itu menunaikan hutang mereka saat mereka sedang sihat dan hidup. Jangan ditunggu sakit atau setelah mati baru berharap si waris menyelesaikan hutang buat diri kita.

5. Dalam musim Covid ini ramai dikalangan kita yang kehilangan kerja, begitu juga yang tersekat rezeki mereka disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan. Bantu saudara-mara kita yang kesusahan. Begitu juga orang sekeliling kita sekiranya mereka memerlukan.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Jangan Tinggalkan al-Quran
=======
1. Dalam al-Quran, Allah mengingatkan kita bahawa Nabi akan mengadu di hadapan Allah tentang wujudnya dikalangan kaum ini yang meninggalkan al-Quran. Firman Allah:

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُوراً

"Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah memperincikan apa yang dimaksudkan dengan meninggalkan al-Quran iaitu:

(a) Mereka yang tidak suka mendengar al-Quran. Kata beliau:

هجر سماعه والإيمان به والإصغاء إليه

"Mereka yang meninggalkan dari mendengar al-Quran, beriman kepadanya dan tidak menumpukan pendengaran kepadanya.

(b) Mereka yang tidak beramal dengan al-Quran. Kata beliau:

هجر العمل به والوقوف عند حلاله وحرامه, وإن قرأه وآمن به

"Mereka meninggalkan dari beramal dengannya, tidak berpegang dengannya dalam urusan halal haram sekalipun mereka ini membaca al-Quran dan beriman dengannya.

(c) Mereka tidak berhukum dengan al-Quran. Kata Ibn Qayyim:

هجر تحكيمه والتحاكم إليه في أصول الدين وفروعه

"Mereka meninggalkan dari berhukum dengannya dalam perkara yang asas mahupun perkara yang cabang."

(d) Mereka tidak bertadabbur dengan al-Quran. Kata beliau:

هجر تدبّره وتفهّمه ومعرفة ما أراد المتكلم به منه

"Mereka meninggalkan daripada bertadabbur, tidak cuba memahami apa yang dikehendaki dari apa yang disebut dalam al-Quran."

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Doa Iftitah Pembuka Bicara
======
1. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, Saidina Abdullah bin Umar menceritakan kisah seorang sahabat yang membaca bacaan zikir yang agak kuat di dalam solatnya.

2. Seusai solat, Rasulullah bertanya: Siapakah lelaki yang mebaca zikir yang didengarinya itu. Sahabat tersebut telah mengucapkan lafaz ini:

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

3. Pada mulanya sahabat tersebut mendiamkan diri kerana bimbang andai beliau telah melakukan kesalahan dalam solat. Namun akhirnya beliau mengaku juga. Lalu Rasulullah bersabda:

عَجِبْتُ لَهَا ، فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ

"Aku takjub dengan kalimah-kalimah zikir ini kerana pintu langit telah terbuka disebabkan ucapan lafaz (memuji Allah ini). (HR Muslim)

4. Mendengarkan perkataan Rasulullah ini, Saidina Abdullah bin Umar berazam untuk tidak akan sekali-kali meninggalkan lafaz doa iftitah ini sepanjang usianya. Beliau sangat berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah ini.

5. al-Imam Muslim menghimpunkan hadis ini dalam kumpulan lafaz-lafaz zikir yang boleh dibaca pada permulaan solat (selepas takbiratul ihram). Terdapat beberapa zikir lain lagi yang sunat dibaca sebagai doa iftitah (doa pembuka) seperti yang dinukilkan oleh al-Imam Muslim.

6. Doa iftitah dengan lafaz ini seakan pembuka bicara seorang hamba dengan Tuhannya sehingga Rasulullah menyaksikan betapa pintu langit dibuka menyambut munajat hambaNya di dalam solat.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Menjenguk Kawan Di Neraka
==========
1. Allah menceritakan di dalam al-Quran (Surah al-Saffat: 51-60) tentang kisah seorang lelaki yang beriman yang akan menjenguk keadaan kawannya di neraka. Mereka berdua dahulu (di dunia) saling bersahabat, namun sahabatnya dahulu telah kufur dan pernah mengajaknya untuk kufur kepada Allah. Namun lelaki beriman ini berjaya menolak pujukan untuk kufur dan memilih untuk teguh di atas jalan iman.

2. Ayat al-Quran ini mengingatkan kepada kita tentang kepentingan memilih sahabat yang baik. Sahabat sebenar akan membimbing kita kepada keimanan dan bukan yang mengajak untuk menjauhkan diri daripada Allah.

3. Atas dasar itulah Rasulullah mengingatkan kita bahawa seorang lelaki itu bergantung kepada pegangan agama sahabatnya juga. Sabda Rasulullah:

الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

“Seorang lelaki itu (bergantung kepada pegangan) agama sahabatnya. Maka perhatikanlah dengan siapa kamu bersahabat.” (HR Ahmad)

4. Jadilah seperti Abu Bakar, seorang sahabat yang soleh. Tahukah anda bahawa Abu Bakar berjaya mengislamkan lima sahabat yang dijanjikan syurga. Lihat bagaimana persahabatan Abu Bakar dengan sahabatnya menyebabkan mereka dijamin ke syurga.

Menurut Ibn Ishaq, dikalangan sepuluh orang sahabat yang dijamin akan memasuki syurga, separuh dari mereka (iaitu lima orang) telah beriman atas persahabatan dan usaha dakwah Abu Bakar. Mereka ialah: Uthman ibn Affan, al-Zubair ibn al-Awwam, Abd Rahman Auf, Saad Abi Waqas dan Talhah.

5. al-Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan sebahagian ayat daripada surah al-Kahfi memetik kata-kata dari Abu al-Fadl al-Jauhari berhubung kewujudan anjing di kalangan pemuda Kahfi yang sebutkan Allah di dalam al-Quran. Menurut Abu al-Fadl, keberadaan anjing tersebut bersama pemuda Kahfi menjadikan anjing tersebut merasa tempias keberkatan duduk bersama dengan orang-orang yang soleh sehingga Allah menyebutkan tentang anjing tersebut di dalam al-Quran.

6. Bayangkan bagaimana anjing yang mendampingi dengan manusia yang baik pun telah menerima kesan baik mereka, maka apatah lagi manusia? Sudah pasti berkawan dengan sahabat yang soleh dan muslih akan membantu kita ke syurga. Berdampinglah dengan sahabat yang mengingatkan kita tentang kebaikan. Bukan kawan yang mengingatkan kita untuk melakukan kemungkaran.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Apakah Hati Sudah Tertutup?
=========
1. Biarpun ayat ini pada asalnya ditujukan kepada kaum munafiq, ia pada hakikatnya sangat sesuai buat diri kita untuk merenungi dan bermuhasabah tentang reaksi diri kita untuk al-Quran. Menurut al-Imam al-Tabari, hati orang munafiq telah tertutup dari memahami ayat-ayat al-Quran.

2. Berbanding dengan para sahabat, hati mereka cepat tersntuh dengan al-Quran. Mereka mudah termenung, menangis dan berfikir apabila diperdengarkan kepada mereka tentang teguran, nasihat dan bimbingan dari al-Quran.

3. Semoga Allah menjadikan hati seperti hati para sahabat yang menjadikan jiwanya sebagai laman yang subur dan segar untuk menerima dan menghayati isikandung al-Quran.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Pahala Ibubapa Mendidik Anak
==========
1. Barangkali musim PKP ini adalah situasi yang benar-benar memberikan tekanan buat ibubapa yang mendidik anak-anak mereka di rumah. Bukan mudah mengendalikan sesi pengajian di rumah dengan pelbagai tekanan yang mendatang.

2. Pada hakikatnya, pendidikan bermula dari rumah dan ganjaran mendidik adalah sesuatu yang sangat besar di sisi Allah. Dalam al-Quran Allah memuji Nabi Ismail dan Luqman al-Hakim kerana sifat mereka mendidik keluarganya. Firman Allah:

وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيّ

“Dan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!” (Surah Maryam: 55)

3. Malah pahala mendidik anak ini adalah satu ganjaran yang tidak mungkin terputus sekalipun kita telah meninggal dunia nanti. Ibubapa yang mendidik anak dengan perkara kebaikan dan anak tersebut mengamalkan ilmu tersebut, maka mereka akan mendapat ganjaran pahala yang mengalir selagimana anak tersebut beramal dengan didikan tersebut. Sabda Rasulullah:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika meninggal seorang insan itu, maka terputuslah seluruh amalannya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. “ (HR Muslim).

4. Manakala ibubapa yang mendidik anak dengan ilmu al-Quran pula, maka Allah akan menganugerahkan buat ibubapa tersebut satu perhiasan yang tidak boleh dihitung nilainya dengan isi dunia. Sabda Rasulullah:

وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَانِ، لَا تقُومُ لَهُمَا الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، فَيَقُولَانِ: يَا رَبُّ، أَنَّى لَنَا هَذَا؟ فَيُقَالُ لَهُمَا: بِتَعْلِيمِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ

“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)

5. Manakala ibubapa yang membesarkan anak perempuan dengan baik, maka anak-anak tersebut berupaya menjadi penghalang buat mereka daripada ancaman api neraka kelak. Sabda Rasulullah:

مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّار

“Barangsiapa yang diuji dengan anak perempuan, lalu dia membesarkannya dengan baik (menjaga hak-haknya), maka anak-anak tersebut akan menjadi perisai buatnya dari api neraka.” (HR Ahmad)

6. Semoga ibubapa terus cekal mendidik anak dalam musim PKP ini dan dikurniaka setinggi-tinggi ganjaran di sisi Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
"DI JANJIKAN SYURGA"

SYURGA adalah destinasi terakhir yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada setiap manusia yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Amalan Yang Di janjikan Syurga :

1 - Membaca Doa Selepas Wuduk

Sabda Rasullullah SAW maksudnya;

“Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata,

اَشْهَدُاَنْ لَااِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهُ. وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنِىْ مِنَاالتَّوَّابِيْنَ، وَجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ، وَجْعَلْنِىْ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ

“Asyhadu allaa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalahu . Wa asyhadu anna Muhammadan’abduhu wa rasuuluhu Allahumma-j alnii minattabinna waj alnii minal mutathohiirina waj alnii min ‘ibadatishalihin.”

Maksudnya : "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah Esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri"

akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka."

- Hadis Riwayat ImamTarmizi( 50) ; Sahih: Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148) -

2 - Membaca Ayat Kursi Selepas Solat Fardhu

Daripada Abi Umamah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”.

- Hadis Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Hadis Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)
Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban -

3 - Membaca Penghulu Istighfar.

*اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِى ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَ وَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ*

Maksudnya, "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Engkau ciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada di atas janjiMu, semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui banyaknya nikmat (yang Engkau anugerahkan) kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau”

Barangsiapa membacanya ketika petang hari dan kemudian meninggal pada malam itu, maka ia akan masuk syurga. Dan, barangsiapa membacanya pada pagi hari serta meyakini kandungannya, kemudian meninggal pada hari itu, maka ia akan masuk syurga.”

- Hadis Riwayat Bukhari dalam Shahihnya No. 5947 dan 5964 -

4 - Membaca Zikir : Laa hawla wa laa quwwata illa billah’.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Maksudnya, "Tidak ada daya upaya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah"

Kalimat ini adalah kalimat yang ringkas, namun syarat makna dan memiliki keutamaan yang luar biasa. Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pada ‘Abdullah bin Qois,

يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ قُلْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ . فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ

“Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga”

- HR. Bukhari no. 7386 -

5 - Mengucapkan Kalimah : La ilaha illaLlah” Di Akhir Hayat Sebelum Meninggal Dunia

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wasallam:

Barangsiapa akhir perkataannya adalah “La ilaha illaLlah” dia masuk syurga"

- Hadis Sahih: Hadis dari Muadz bin Jabal radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Bazzar, al-Thabarani (al-Mu’jam al-Kabir), al-Baihaqi (Syu‘abu al-Iman) dan al-Hakim, dinukil dan dinilai sahih oleh al-Suyuti dalam al-Jamii’ al-Sagheir – no: 8965 dan dipersetujui sahih oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih al-Jamii’ al-Sagheir – no: 6479 -

6 - Berdoa Mohon Syurga.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ الْجَنَّةُ: اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ

”Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga akan berkata: ’Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga.’ Dan siapa yang memohon perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: ’Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.”

- HR. Ahmad 12585, Nasai 5521, Tarmidzi 2572 dan yang lainnya. Hadis ini dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth dan dinilai sahih oleh al Albani -

7 - Membaca Surah Al Ikhlas 10 Kali.

Dari Mu’adz bin Anas Al-Juhaniy radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ قَرَأَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) حَتَّى يَخْتِمَهَا عَشْرَ مَرَّاتٍ بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْراً فِى الْجَنَّةِ

“Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai ia merampungkannya (surah Al-Ikhlas, pen.) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.”

- HR. Ahmad, 3: 437. Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah mengatakan bahwa hadits ini hasan dengan berbagai penguat -

Alhamdulillah ♥️
i cikgu, suami i pemandu lori.
i degree + master, suami SPM.
Hantaran bawah 10k.
Org kampung i kutuk mak abah, "anak pandai, kahwin kan dgn pemandu lori".

Mkcik, x hina pon kahwin pemandu lori, kita ni hamba yg blm tentu mulia disisi Tuhan.

Sumber : @azuraorkid
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Apakah Hati Sudah Tertutup?
=========
1. Biarpun ayat ini pada asalnya ditujukan kepada kaum munafiq, ia pada hakikatnya sangat sesuai buat diri kita untuk merenungi dan bermuhasabah tentang reaksi diri kita untuk al-Quran. Menurut al-Imam al-Tabari, hati orang munafiq telah tertutup dari memahami ayat-ayat al-Quran.

2. Berbanding dengan para sahabat, hati mereka cepat tersntuh dengan al-Quran. Mereka mudah termenung, menangis dan berfikir apabila diperdengarkan kepada mereka tentang teguran, nasihat dan bimbingan dari al-Quran.

3. Semoga Allah menjadikan hati seperti hati para sahabat yang menjadikan jiwanya sebagai laman yang subur dan segar untuk menerima dan menghayati isikandung al-Quran.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial