Taman Ilmu
8.31K subscribers
241 photos
2 videos
263 links
Sebarkan ilmu itu sebagai nasihat yang berguna untuk semua
Download Telegram
Tiba-Tiba Menguap Ketika Membaca Al-Fatihah Dalam Solat, Adakah Perlu Dibaca Semula Dari Awal Bacaan Tadi?

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/05/20/tiba-tiba-menguap-ketika-membaca-al-fatihah-dalam-solat-adakah-perlu-dibaca-semula-dari-awal-bacaan-tadi/

Jangan lupa Follow Telegram Taman Ilmu:

https://tttttt.me/tamanilmuofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Mendoakan Keberkatan Rezeki
=======
1. Rasulullah ﷺ mendidik kita supaya berdoa agar dikurniakan rezeki yang diberkati. Ini kerana, setiap makhluk itu telah ditentukan rezekinya, namun apakah rezeki mereka diberkati di sisi Allah?

2. Dengan sebab itu Rasulullah ﷺ sendiri dikatakan berdoa dalam solat agar dikurniakan keberkatan rezeki. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya Zad al-Ma’ad yang menyebutkan:

وَكَانَ يَقُولُ فِي صَلَاتِهِ أَيْضًا: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي ، وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا رَزَقْتَنِي

“Dan Baginda ﷺ turut berdoa di dalam solatnya: Ya Allah ampunkanlah dosaku, lapangkanlah tempat tinggalku dan berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan padaku.” (Zad al-Ma’ad)

3. Atas dasar itu para sahabat turut sama berdoa agar dikurniakan keberkatan rezeki. Saidina Abu Musa al-Asy’ari adalah di antara sahabat yang membaca doa agar dikurniakan keberkatan rezeki sebaik selesai dari solat. Perkara ini direkodkan di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah yang menyebutkan:

كَانَ أَبُو مُوسَى إذَا فَرَغَ مِنْ صَلاَتِهِ ، قَالَ : اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي ، وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي ، وَبَارِكْ لِي فِي رِزْقِي

“Sesungguhnya Abu Musa apabila dia selesai dari solat, maka dia akan membaca doa: Ya Allah ampunkanlah dosaku, permudahkanlah urusanku dan berkatilah rezekiku.” (Musannaf Ibn Abi Syaibah, dinilai Sahih oleh al-Albani dalam Tamam al-Minnah)

4. Bahkan para sahabat amat mengharapkan agar Baginda Nabi ﷺ sentiasa mendoakan keberkatan buat rezeki pertanian dan perusahaan mereka. al-Imam Muslim meriwayatkan bahawa apabila tanaman mula membuahkan hasil para sahabat akan mempersembahkan kepada Rasulullah lalu Rasulullah mendoakan:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي ثَمَرِنَا ، وَبَارِكْ لَنَا فِي مَدِينَتِنَا ، وَبَارِكْ لَنَا فِي صَاعِنَا ، وَبَارِكْ لَنَا فِي مُدِّنَا

“Ya Allah berkatilah buahan kami, berkatilah Madinah kami, berkatilah sa’ dan mudd (bekas gantang timbangan kami). (HR Muslim)

5. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berdoa agar Allah sentiasa memberkati rezeki yang dikurniakan kepada kita. Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Taman Ilmu
telegram.me/tamanilmuofficial
Kenapa Masa Semakin Singkat?
==========
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ mengingatkan kepada kita bahawa apabila semakin dekat hari kiamat nanti, manusia akan merasakan masa semakin singkat. Sabda Rasulullah:

لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ فَتَكُونَ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ

“Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah masa semakin singkat, (Manusia akan merasakan) Masa setahun jadi seperti sebulan sahaja.” (HR al-Bukhari)

2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Hajar menyatakan bahawa di akhir zaman itu manusia akan merasakan masa akan semakin singkat. Ini berlaku kerana hilangnya keberkatan masa.

3. Pandangan yang sama turut dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi. Kata al-Nawawi:

الْمُرَادُ بِقِصَرِهِ عَدَمُ الْبَرَكَةِ فِيهِ

"Dan yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu adalah disebabkan kerana hilangnya keberkatan masa."

4. Perhatikan bagaimana para sarjana terdahulu menghasilkan karya yang sukar untuk dihasilkan oleh generasi pada hari ini. Sebagai contoh apa yang dilakukan oleh al-Imam al-Nawawi. Menurut Ibn al-Attar, al-Imam al-Nawawi meninggal pada usia 45 tahun (Tuhfah al-Talibin, 43). Walaupun melalui usia yang singkat, beliau meninggalkan karya yang tidak terhitung.

Dr. Khalid Abu Syadi menyebutkan bahawa sekiranya dibahagikan usia hidup al-Nawawi dengan jumlah karyanya, kita akan dapati seolah al-Nawawi mengarang setiap hari sebanyak empat helaian kertas. (Sibaq Nahw al-Jinan, 23).

5. Menurut al-Khatib al-Baghdadi pula, al-Imam Ibn Jarir al-Tabari (M310H) menulis setiap hari sebanyak 40 helaian kertas. Dr. Abu Syadi menjelaskan bahawa, sekiranya dikira usia al-Imam al-Tabari dengan tabiat penulisan beliau setiap hari ini, penulisan beliau mencapai bilangan hampir 584,000 helaian penulisan yang dihasilkan.

6. Seakan-akan keberkatan masa itu sentiasa mengiringi mereka sehingga mereka menghasilkan sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh orang lain. Sedangkan kita dan mereka telah dikurniakan dengan tempoh masa yang sama. Bumi tidak pernah berputar lebih perlahan ketika mereka menulis. Tetapi karya yang dihasilkan seakan-akan masa yang dilimpahkan buat mereka lebih banyak dari kita.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Taman Ilmu
telegram.me/tamanilmuofficial
Mempamerkan Kemesraan Suami/Isteri
===========
1. Ada yang bertanya mengenai hukum mempamerkan kemesraan suami isteri di media sosial sehingga memuatnaik video bercium dan berpelukan. Pada hakikatnya kemesraan suami isteri sebahagian daripada elemen kebahagiaan, namun mempamerkannya bukanlah satu keperluan.

2. Rasulullah SAW adalah suami yang romantis. Namun perkara ini tidak diketahui sehinggalah para isteri Baginda yang menceritakannya, atau sahabat lain yang ternampak akan kemesraan tersebut. Ia bukanlah ditunjuk di khalayak umum.

3. Bahkan Rasulullah pernah memerintahkan isteri Baginda supaya memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda. Kata Rasulullah:

احْتَجِبَا مِنْهُ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَلَيْسَ هُوَ أَعْمَى لاَ يُبْصِرُنَا وَلاَ يَعْرِفُنَا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ: أَفَعَمْيَاوَانِ أَنْتُمَا أَلَسْتُمَا تُبْصِرَانِهِ

“Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi)

4. Perhatikan bagaimana di hadapan seorang lelaki buta pun Rasulullah meminta isteri Baginda agar memakai hijab dan menjaga penampilan mereka. Maka apatah lagi andai dipamerkan aksi yang berlebihan buat tatapan jutaan mata yang melihat? Sudah tentu Baginda melarang.

5. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video aksi kemesraan tersebut menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan secara umum.

6. Atau perbuatan tersebut diikuti pula oleh pasangan suami isteri lain yang turut mendedahkan aksi mesra mereka. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran lain. Sabda Rasulullah:

وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ

“Dan barangsiapa yang melakukan perlakuan jahat (dilarang) dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).

7. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim. Jangan dilihat dari sudut negatif pula.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Taman Ilmu
telegram.me/tamanilmuofficial
Doa Malaikat Buat Sedekah Subuh
==========
1. Rasulullah ﷺ pernah menjelaskan bahawa pada setiap pagi, akan datang dua malaikat yang diutuskan untuk mendoakan kebaikan buat mereka yang bersedekah. Sabda Rasulullah:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ العِبَادُ فِيهِ، إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ، فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

"Tiada satu pagi yang datang melainkan diutuskan dua malaikat dan salah satu malaikat tersebut berdoa: ‘Ya Allah, berikanlah ganti (yang baik) kepada orang yang bersedekah’. Sedang malaikat yang satunya lagi mengatakan: ‘Ya Allah, timpakanlah kerugian kepada orang yang menahan hartanya.’ (HR al-Bukhari)

2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Aini menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan "diberi ganti" adalah Allah memberikan sesuatu yang lebih baik terhadap harta yang disedekahkan oleh seseorang itu. Ini selaras dengan firman Allah:

وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa sahaja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantikannya, dan Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah Saba: 39)

3. Manakala Mulla Ali al-Qari pula membayangkan bahawa Allah akan memberikan gantian yang lebih baik lagi daripada harta yang kita sumbangkan. Kata beliau:

عِوَضًا عَظِيمًا وَهُوَ الْعِوَضُ الصَّالِحُ أَوْ عِوَضًا فِي الدُّنْيَا

“(Yang dimaksudkan dengan gantian) adalah gantian yang lebih besar iaitu gantian atau ganjaran soleh atau ganjaran dunia.” (Mirqah Mafatih).

4. Ini kerana, gantian yang Allah berikan tidak semestinya dengan ganjaran gantian dari kemewahan dunia. Ada sahaja bentuk gantian dengan anak yang soleh yang tidak mampu dibeli dengan seluruh harta dunia. Ada juga gantian Allah berikan dengan kelapangan jiwa kerana ada sahaja manusia yang mewah tetapi jiwa mereka merasa sempit, sentiasa resah dan gelisah.

5. Begitu besar ganjaran bersedekah di sisi Allah sehingga turun ke dunia malaikat yang datang mendoakan kebaikan buat kita.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Taman Ilmu
telegram.me/tamanilmuofficial
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Kempen Masuk Syurga Sekeluarga
==========

1. Surah al-Tahrim menyediakan kepada kita satu panduan yang lengkap mengenai kempen “masuk syurga sekeluarga.” Kempen ini dimulakan dengan peringatan kepada suami agar sentiasa membimbing isteri dan ahli keluarga mereka agar sentiasa mematuhi perintah syarak.

2. Dalam permulaan surah ini Allah menegur Rasulullah supaya tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak semata-mata ingin menjaga hati isteri.

3. Perbincangan ini disusuli dengan peringatan yang sangat tegas di mana Allah meminta kita memelihara diri dan keluarga kita dari neraka. Andai gagal, kita yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)…”

4. Kemudian al-Quran menampilkan contoh isteri-isteri yang terpisah dari suami mereka. Mereka bukan sahaja tidak beriman malah mengkhianati dakwah suami mereka lalu Allah humban mereka ke neraka terpisah dari suami mereka di syurga. Firman Allah:

وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ

"Masuklah kamu berdua (isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut) ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)".

5. Setelah itu Allah bayangkan kepada kita, terdapat juga isteri yang dianugerahkan istana di syurga, namun suami mereka merengkok ke neraka. Mereka adalah pasangan yang terpisah dek keimanan yang berbeza. Firman Allah:

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang-orang mukmin iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim."

6. Akhirnya Allah tutup perbincangan ini dengan menjelaskan mengenai wanita yang tidak mempunyai pasangan. Wanita yang masih belum berpasangan ini hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka seperti Saidatina Maryam yang akhirnya dikurniakan syurga oleh Allah.

Semoga Allah membimbing kita untuk ke syurga sekeluarga.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
📌Tazkirah Ringkas

📑 KETIKA ENGKAU SUSAH, MOHONLAH HANYA KEPADA ALLAH

Firman Allah SWT :

فَنَادَىٰ فِی ٱلظُّلُمَـٰتِ أَن لَّاۤ إِلَـٰهَ إِلَّاۤ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّی كُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِینَ

[Surah Al-Anbiya' 87]
Terjemahan :
"(setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

📮Join Telegram Taman Ilmu
telegram.me/tamanilmuofficial
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Zikir Pagi Penghapus Dosa
======
1. Setiap kali bangun dari tidur, ucapkanlah zikir yang sering kita bacakan setelah selesai dari solat ini. Ini kerana, Rasulullah menjelaskan bahawa zikir ini berupaya menghapuskan dosa kita sekalipun sebanyak buih dilautan. Malah zikir ini melindungi kita dari hasutan syaitan.

2. Sabda Rasulullah ﷺ:

"Barangsiapa yang mengucapkan sebanyak 100 kali zikir ini:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Maka pahalanya adalah seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis 100 kebaikan, dihapuskan 100 dosa kejahatannya dan dilindungi dari hasutan syaitan sehingga petang." (HR al-Bukhari)

3. Hadis ini seakan memberikan kepada kita gambaran bagaimana Rasulullah berkehendakkan agar setiap hari dipenuhi dengan lembaran zikir mentauhid dan menyucikan Allah.

4. Amalkan zikir ini sepanjang hari. Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Islam Itu Sempurna
telegram.me/islamitusempurnaofficial
Elemen Burung dalam Hadis Tawakal
=======
1. Ketika menerangkan mengenai konsep tawakal dan rezeki, Rasulullah ﷺ memberikan perumpamaan mengenai burung yang keluar pada waktu pagi mencari rezeki. Penggunaan objek burung dalam hadis ini menarik untuk diteliti.

2. Menurut al-Imam al-Baihaqi, elemen burung digunakan bagi menggambarkan tentang usaha. Kerana burung tidak duduk diam dalam sarangnya melainkan dia akan keluar mencari rezeki. Seakan-akan, tawakal harus disertakan dengan usaha. Kata al-Baihaqi:

فهذه الطيور لا تبقى في أوكارها تنتظر رزق الله

“Burung-burung ini tidak kekal di dalam sarang mereka menanti rezeki yang akan diberikan oleh Allah (sebaliknya burung-burung ini keluar mencari rezeki).

3. Oleh itu seseorang tidak boleh dengan mudah menyatakan dia sudah bertawakal sedangkan dia belum berusaha untuk mendapatkannya. Seorang pelajar tidak boleh bertawakal dan mengharapakan kejayaan sedangkan dia tidur sepanjang hari.

4. Atas sebab itulah Saidina Umar menegur sekumpulan manusia yang datang dari Yaman tanpa membawa bekalan. Saidina Umar bertanya kepada mereka:

مَا أَنْتُمْ؟ فَقَالُوا: نَحْنُ المُتَوَكِّلُوْنَ. فَقَالَ: بَلْ أَنْتُمُ المُتَّكِلُوْنَ.

“Siapakah kamu semua ini? Mereka menjawab: Kami adalah golongan yang bertawakal. Umar membalas: (kamu bukanlah orang yang bertawakal) bahkan kamu adalah orang yang hanya bersandar (tidak berusaha).

5. Lalu Saidina Umar menjelaskan kepada mereka tentang konsep tawakal:

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِالمُتَوَكِّلِيْنَ؟ رَجُلٌ أَلْقَى حَبَّةً فِي الأَرْضِ ثُمَّ تَوَكَّلَ عَلَى رَبِّهِ

Biar aku beritahu kamu tentang orang yang bertawakal: Iaitu lelaki yang mencampakkan benih ke tanah (iaitu berusaha bercucuk tanam) dan kemudian dia pun bertawakal kepada Allah. (Inilah sebenar-benar tawakal) (Syu'ab al-Iman).

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Taman Ilmu
telegram.me/tamanilmuofficial
Pahala Zikir Sepanjang Hari
======
1. Pernah suatu ketika Rasulullah keluar untuk menunaikan solat subuh dari rumah isterinya Saidatina Juwairiyah dan Baginda dapati, Juwairiyah sedang duduk ditempat solatnya.

2. Apabila selesai solat subuh (ketika waktu Dhuha), Rasulullah pulang ke rumah dan mendapati Saidatina Juwairiyah masih ditempat duduknya (sama seperti keadaan Rasulullah keluar dari rumah tadi).

3. Lalu Rasulullah bertanya kepadanya: "Apakah kamu masih seperti ini ketika aku keluar tadi?" Juwairiyah menjawab: Ya. Lalu Rasulullah mengajarkan Juwairiyah satu zikir yang sekiranya diucapkan tiga kali sahaja sudah sama pahalanya dengan apa yang Juwairiyah bacakan sepanjang hari. Lafaz zikir tersebut ialah:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

4. Amalkan zikir yang diajarkan oleh Baginda Nabi buat isterinya ini. Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Taman Ilmu
telegram.me/tamanilmuofficial
Allah Maha Pemurah
========
1. Semalam dalam episod pertama MyHadithTime kita membincangkan mengenai sifat Maha Pengasihnya Allah sehingga Dia merasa segan untuk menolak doa hambanya.

2. Sabda Rasulullah:

عَنْ سَلْمَانَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَيِيٌّ كَرِيمٌ، يَسْتَحْيِي مِنْ عَبْدِهِ إِذَا رَفَعَ يَدَيْهِ إِلَيْهِ، أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا

Daripada Salman al-Farisi RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu mempunyai sifat Maha Pemalu dan Maha Mulia. Allah malu sekiranya hambanya mengangkat tangan berdoa kepadanya sedangkan dia membiarkan hambanya pulang dengan kekosongan.” (HR Abu Daud)

3. Ketika menghuraikan mengenai sifat yang Maha Pemurah Allah ini, al-Imam al-Nawawi dalam sebuah hadis yang lain menjelaskan bagaimana maksud malu tersebut adalah Allah akan melimpahkan kepada hambanya rahmat dan menjauhkan mereka dari azab. Kata al-Nawawi:

رَحِمَهُ ولم يُعذِّبْهُ، بل غَفرَ ذنوبَهُ، وقيل: جازاه بالثَّوابِ

Iaitu Allah akan memberikan kepadanya rahmatNya, tidak mengazab mereka bahkan mengampunkannya atau mengurniakan kepadanya pahala.

4. Begitulah sifat Allah Yang Maha Pemurah. Penjelasan lanjut mengenai hadith ini telah dikongsikan dalam episod semalam rancangan My #HadithTime.

Semoga Allah membimbing kita.

📮Join Telegram Taman Ilmu
telegram.me/tamanilmuofficial
KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH DAN MADINAH

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/03/05/kelebihan-meninggal-dunia-di-makkah-dan-madinah/

Jangan lupa Follow Telegram Taman Ilmu:

https://tttttt.me/tamanilmuofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Forwarded from Islam Itu Sempurna
Inilah Ikhtiar Guna Perubatan Islam Menghilangkan Bisa, Lenguh Sendi dan Gangguan Makhluk Halus

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2019/01/01/inilah-ikhtiar-guna-perubatan-islam-menghilangkan-bisa-lenguh-sendi-dan-gangguan-makhluk-halus/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/islamitusempurnaofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Posisi Tidur Suami Isteri Yang Bersesuaian Mengikut Sunnah!

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/05/05/posisi-tidur-suami-isteri-yang-bersesuaian-mengikut-sunnah/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/tamanilmuofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Adakah sah puasa jika man di wa jib setelah azan subuh

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2019/05/09/adakah-sah-puasa-jika-man-di-wa-jib-setelah-azan-subuh/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/tamanilmuofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
7 GOLONGAN YANG MENDAPAT PERTOLONGAN ALLAH DI PADANG MAHSYAR

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/04/02/7-golongan-yang-mendapat-pertolongan-allah-di-padang-mahsyar/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/tamanilmuofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Tanda Malam Itu Adalah Malam Lailatul Qadar Berdasarkan Hadist Rasulullah SAW

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2019/05/11/tanda-malam-itu-adalah-malam-lailatul-qadar-berdasarkan-hadist-rasulullah-saw/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/tamanilmuofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
9 Jenis Pernikahan Yang Diharamkan Oleh Islam

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/04/19/9-jenis-pernikahan-yang-diharamkan-oleh-islam/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/tamanilmuofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Mengapa Dianugerahkan Malam ‘Lailaltul Qadar’ Kepada Umat Ini. Ini Penjelasannya Menurut Para Mufassir

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2018/06/04/mengapa-dianugerahkan-malam-lailaltul-qadar-kepada-umat-ini-ini-penjelasannya-menurut-para-mufassir/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/tamanilmuofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ
Hukum Bila Suami Melarang Isteri Menziarahi Ibu Bapa Sendiri

Rujukan : https://www.myinfomaya.com/2019/01/07/hukum-bila-suami-melarang-isteri-menziarahi-ibu-bapa-sendiri/

Jangan lupa Follow Telegram Islam Itu Sempurna:

https://tttttt.me/tamanilmuofficial

‘’MOHON JASA BAIK FORWARD GROUP SBELAH.TQ