Madrasah Sunni Online MSO مدرسة السني أون لاين
3.26K subscribers
293 photos
1 video
2 files
506 links
مدرسة السني أون لاين

MSO adalah gabungan group dalam telegram menyebar info ahli sunnah di telegram.

Sila like facebook MSO https://www.facebook.com/madrasahsunnionlineMSO
Download Telegram
​​Selamat Menjalani Ibadah Puasa dalam bulan Ramadhan, semoga ibadat kita diterima Allah SWT

- https://tttttt.me/madrasahsunnionline_MSO
- http://madrasahsunnionline.blogspot.my
​​Selamat menyambut Nuzul Quran. Jadikanlah bulan yang penuh keberkatan ini sebagai bulan untuk kita memaknai hidup dengan Al-Quran.

- @madrasahsunnionline_MSO
- http://madrasahsunnionline.blogspot.my
Berapakah rakaat tarawih di tempat anda?
Anonymous Poll
7%
10 rakaat
47%
8 rakaat
46%
20 rakaat
​​​​Seluruh warga MSO mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri, semoga amalan kita pada bulan Ramadan diterima Allah SWT

https://tttttt.me/madrasahsunnionline_MSO
- http://madrasahsunnionline.blogspot.my
​​Sering-sering tengok orang di sebelah kita. Dalam masa-masa susah ini, ibadah terbaik adalah membantu orang yang memerlukan. Terlebih lagi, jika orang susah itu adalah keluarga dan kerabat kita sendiri.

Imam al-Nawawi berkata: "Umat Islam telah bersepakat (ijmak) bahawa bersedekah kepada kaum kerabat lebih baik daripada memberi orang yang jauh." (Majmu' 6:152).

Sekiranya orang yang memerlukan itu adalah ahli keluarga atau kerabat kita yang pernah memusuhi atau membenci kita, maka membantu mereka menjanjikan pahala yang lebih besar lagi.

Imam al-Nawawi menukil ucapan ramai ulama mazhab Syafii: "Disunatkan memberikan sedekahnya kepada ahli kerabatnya yang paling memusuhinya untuk mengambil hatinya dan merubah permusuhannya kepada kecintaan." (Majmu' 6:152).

Dr Umar Muhammad Noor
​​Kami warga MSO mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Semoga ibadah kita diterima.
​​Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadli Yusof , seorang pendakwah yang telah mengislamkan ramai orang, baru saja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Admin telah lama mengikuti facebook Ustaz ni dan sangat kagum hampir setiap minggu ada saja yang telah diislamkannya.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار

اللّهمّ اجعل قبره روضة من رياض الجنّة...
ولا تجعل قبره حفرة من حفر النّيران

Mohon doakan keampunan dan kesejahteraan buat Allahyarham.
​​MUNAJAT ULAMA, TAUSIAH BUAT UMMAH

Tarikh: 29 Ogos 2021 bersamaan 20 Muharram 1443H (Ahad)
Masa: 9:15 malam

Bersama:
1. SS Datuk Dr. Luqman bin Hj Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan)
2. Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki
3. Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki
4. Dato’ Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad
5. Ustaz Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim

Moderator:
SS Tuan Hj. Jamali bin Mohd Adnan

Anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Persatuan Ulama Cawangan Wilayah Persekutuan
​​23 Rabiul Awwal 1443H
30 Oktober 2021M
6.45 pagi.

Mendapat perkhabaran yang begitu menyedihkan pagi ini.

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

Terimalah takdir ketentuan Allah dengan penuh keredhaan ..

Telah kembali kerahmatullah, Guru Mulia kita yang amat kita cintai, Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki) Hafizahullahu Taala pada jam 6.45pagi tadi dalam usia 62 tahun..

‎Ya Allah, ampuni Guru Kami, Ahmad Fahmi Zamzam.

Ya Allah RAHMATILAH dia, AMPUNI segala dosa & kesalahan dia, MULIAKAN kematian dia, LAPANGkan kubur dia & jadikannya sebagai sebaik-baik tempat istirehatnya.

Ya Allah !
Kumpulkan beliau bersama Rasūlullāh ﷺ & orang-orang yang beliau cintai..

Ya Allah!
KURNIAKAN syurga sebagai BALASANnya mendidik kami dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya & para Muhibbinnya.

آمين آمين آمين يا مجيب السائلين . . .


Semuga Abuya tenang & damai di sana ...

آمين آمين آمين يا مجيب السائلين . . .