Panduan Telegram
49.4K subscribers
2 photos
402 videos
333 links
Telegram memperjuangkan kebebasan dan privasi, dan mempunyai banyak ciri-ciri mudah diguna.
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stori Langsung. Setiap pengguna boleh hos strim langsung di stori Telegram mereka, di mana penonton boleh kirim komen dan derma Star untuk sokong pencipta konten.

Stori Langsung boleh diunjur dari akaun pengguna, dan juga sebagai grup dan saluran yang telah membuka kunci mengepos Stori melalui tingkat.

Stori Langsung memberi anda tetapan privasi terperinci sama seperti stori lain – dapat dilihat oleh Setiap Orang, Kenalan, Rakan Karib atau Pengguna Terpilih.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Menghos Stori Langsung. Stori Langsung sokong kunci RTMP untuk integrasi tanpa batas dengan apl luaran.

Pencipta konten juga boleh set harga per komen di stori langsung mereka – dan naik taraf pentadbir untuk bantu urus bual.

Untuk kawal komen, tekan 'Tetapan Langsung' ketika menstrim. Untuk pentadbir bual, beri mereka permisi pentadbir 'Urus Bual Video / Strim Langsung' dalam grup atau saluran anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mesej Berulang. Mesej berjadual dan peringatan juga boleh diset untuk diulangi dengan kekerapan tertentu seperti setiap hari atau dua kali sebulan.

Untuk set mesej berulang, pilih kekerapan untuk diulang di medan ‘Ulang’.

Selepas jadual diset, anda boleh tekan ikon 📅/🕓 dalam bar mesej untuk sunting teks atau kekerapan mesej diulang.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lelongan Hadiah. Telegram Hadiah edisi terhad dikeluarkan menerusi sistem berdasarkan lelongan untuk pastikan pengagihan yang adil.

Lelongan membenarkan anda untuk letak bida dengan Star. Hadiah kemudian diagihkan kepada pembida tertinggi selepas beberapa pusingan.

Bida yang lebih rendah dibawa ke pusingan seterusnya – dan dibayar balik dengan serta merta selepas pusingan terakhir jika anda tidak memenangi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kunci Laluan. Anda boleh cipta kunci laluan di peranti anda untuk log masuk secara serta merta dengan kod PIN atau biometrik anda tanpa memerlukan kod SMS.

Kunci laluan berfungsi di mana sahaja dan setiap waktu, walaupun jika anda tiada servis – dan boleh segerak dengan aplikasi pengurusan kata laluan anda.

Untuk cipta kunci laluan, sila ke Tetapan > Privasi dan Sekuriti > Kunci laluan pada mana-mana peranti. Untuk maklumat lanjut, sila semak di Soalan Lazim kami.